Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat
Lokasi
DALAT, 96300, Dalat,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoDALAT GEMILANG
Nombor sekolah6084864253
Kod sekolahYEE3501
PengetuaPUAN MAGDALINE BINTI JON
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikDONNY BIN DAHLAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNORAINON BINTI AMIT
Faks6084863251



Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat atau nama ringkasnya SMK Dalat, merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih untuk program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dan terletak di Pejabat Pendidikan Daerah Dalat, Sarawak, Malaysia.

Sehingga bulan Julai 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat memiliki 455 pelajar lelaki dan 385 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 840 orang. Ia juga mempunyai seramai 73 orang guru dan 15 orang kakitangan sokongan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan sekolah ini adalah atas daya usaha pemimpin-pemimpin tempatan dan ketua-ketua kaum di daerah ini ( sebelum ini Dalat bukanlah sebuah daerah ). Ini adalah kerana pada peringkat awal boleh dikatakan hampir 90% penuntut-penuntut dari kawasan ini melanjutkan pelajaran menengah mereka di SMK Three Rivers, Mukah.

Di antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam membuka sekolah ini adalah wakil-wakil rakyat seperti YB En. Sim Boon Liang, En. Vincent Suyong, YB.  En. Edward Ensen dan  Datuk Haji Salleh Jafaruddin. Pada masa itu, YB Datuk Hj. Salleh Jafaruddin adalah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang merupakan perasmi  sekolah ini pada 29 Oktober 1978.

Tapak asal yang dicadangkan bagi sekolah ini bukanlah di tapak sekarang tetapi di Tegup, Jengin, satu kawasan di antara kampung Kekan dengan Pekan Dalat. Sekolah ini adalah untuk menampung pelajar-pelajar dari persekitaran Batang Oya ( dari Ulu Baoh hingga ke Oya )   serta kawasan muara Batang Igan ke kawasan Bungan, Batang Igan. Murid-muridnya  sebilangan besar adalah dari suku kaum Melanau, Iban dan Cina.

Pada tahun 1977, bangunan Sekolah Menengah Kerajaan Dalat sudah didirikan di Daerah Dalat dengan belanja RM3.3 juta dengan keluasan tapak 22 ekar. Bangunan-bangunan yang siap dibina pada tahun itu ialah Blok Pentadbiran ( terdiri dari bilik pejabat, bilik guru dan perpustakaan ), 1 blok bilik darjah 2 tingkat ( Blok A ), dewan serbaguna, 4 blok asrama ( 2 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan ), bangunan kantin, kuarters guru-guru dan 1 unit 4 pintu berek guru.

Pada tahun 1980, 4 lagi unit kuarters guru, 1 blok 2 tingkat bilik darjah ( Blok B ) termasuk 3 buah makmal sains, 1 bilik Sains rumahtangga telah dibina. Pada masa yang sama 2 blok lagi asrama iaitu 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan telah ditambahkan. 1 unit 4 pintu berek guru juga didirikan.

Pada tahun 1985, bangunan Blok C dan Blok D telah dibina dengan 2 buah makmal sains dan 10 bilik darjah. 3 buah asrama baru juga didirikan dimana 2 buah adalah untuk lelaki dan 1 lagi untuk perempuan. Pada tahun 1986, beberapa buah bilik darjah di Blok A telah ditukar menjadi bilik sumber, bilik perdagangan dan bilik kelab-kelab seperti Sejarah , Geografi, Matematik dan sebagainya. Pada tahun 1987, sebuah lagi bilik darjah di Blok D telah dijadikan makmal sains yang sekarang berjumlah 6 buah (makmal sains ) kesemuanya.

Pada tahun 1995, beberapa buah bangunan telah didirikan menggantikan beberapa bangunan lama yang tidak selamat diduduki. Antaranya Blok Pentadbiran ( 3 tingkat ), kantin, dewan utama, dapur, bengkel KHB, 2 blok asrama 4 tingkat ( 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan) dan 3 blok rumah guru. Pada tahun 2003 pula, dewan terbuka telah didirikan sebagai tempat kegiatan kokurikulum. Pada tahun 2004, makmal komputer didirikan sebagai mendukung pemilihan sekolah ini menjadi Sekolah Bestari ( Fasa 2 ). Bagi menampung masalah rumah guru, pada tahun 2004, tiga blok flat guru 4 tingkat ( 24 unit ) serta sebuah rumah pengetua telah didirikan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

JOHAN, PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 (NRC)

MEWAKILI MALAYSIA KE WORLD ROBOTIC COMPETITION 2018 DI COSTA RICA

MENCATATKAN REKOD "KAIN RENTANG PETA MINDA TERPANJANG DI MALAYSIA" DAN DIIKTIRAF OLEH THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS PADA TAHUN 2018

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat
96300 Dalat,
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084864253
Fax = 6084863251

Pautan luar[sunting | sunting sumber]