Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan
MotoBerilmu Berbakti
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaEn Abdul Bashid bin Harun
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEn. Nithiaselvan a/l Thamatharan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Loo Chin Cheang (bersara)
Penolong Kanan KokurikulumEn. Ahmad Kamal bin Sabarudin
Kod sekolahAEB6056[1]
LokasiJalan Izzuddin Shah 34007, Taiping,, Perak Darul Ridzwan,  Malaysia
Kemasukan Pelajar13 - 17 tahun
Nama singkatanS.M.K Darul Ridwan
Laman sesawanghttp://smkdridwan.blogspot.my/
Telefon+6058072727
Faks+6058086570
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan atau nama ringkasnya SMK Darul Ridwan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Izzuddin Shah.

Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan memiliki seramai 517 orang pelajar. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Rendah Laki-laki, Taiping ditubuhkan pada 11 Januari 1965 dengan 8 kelas peralihan berjumlah 371 orang pelajar dan 15 orang guru. Pada masa itu, sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri dan terpaksa “menumpang” di Sekolah Menengah St. George, Taiping. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Lee Swee Keng.Pada tahun 1966, pelajar sekolah ini bertambah menjadi 564 orang dan 27 orang guru. Pelajar-pelajar sekolah ini menumpang pula di Sekolah Kebangsaan Taiping dan SRJK (C) Aulong, Taiping.

Pada ketika itu Guru Besar sekolah ini diberi gelaran ‘Guru Bergerak Taiping’ kerana beliau bergerak dari sebuah sekolah ke sekolah lain untuk memungut yuran sekolah dan yuran-yuran lain serta menanam perasaan perpaduan di kalangan pelajar dan guru yang berselerak itu. Pada tahun 1967, sekolah ini mempunyai 743 orang pelajar dan 31 orang guru. Pejabat sekolah masih di Sekolah Menengah St. George, Taiping. Kelas-kelas sidang petang diadakan di SRJK (C) Phui Choy, Kamunting dan Sekolah All Saints, Kamunting.

Pada tahun 1968, bilangan pelajar dan guru bertambah. Terdapat seramai 939 orang pelajar dan 31 orang guru. Bangunan baru sekolah ini yang didirikan di Jalan Thomson (kini dinamakan Jalan Izuddin Shah) hampir siap. Walau bagaimanapun, sekolah masih menumpang selama dua penggal pada tahun itu di SRJK (C) Phui Choy, Kamunting dan Sekolah All Saints, Kamunting. Pejabat dan kelas-kelas di Sekolah Menengah St. George, Taiping dipindahkan ke bangunan DTC (Pusat Latihan Harian) di SRK King Edward VII, Taiping. Pada penggal ketiga, barulah kelas-kelas yang bertaburan itu dipindahkan ke bangunan sekolah baru.

Bangunan sekolah yang baru ini terdiri daripada 2 blok bilik darjah (kini Blok A dan B) dan sebuah kantin. Semuanya dibina di atas kawasan paya yang telah ditebusgunakan. Beberapa Projek Gotong-Royong diadakan untuk menyiapkan padang dan kawasan sekolah.Pada tahun 1974, bangunan Blok C mula digunakan. Pada 01 Februari 1978, nama sekolah telah ditukarkan ke ‘Sekolah Menengah Darul Ridwan, Taiping.

Pada tahun 1980, bangunan tiga tingkat (Blok D) dan bangunan seni perusahaan pula digunakan. Pertambahan pelajar yang pesat memaksa Blok E dibina dengan 8 buah bilik darjah pada tahun 1990.

Pelajar-pelajar sekolah ini mula mengambil Peperiksaan LCE pada tahun 1968 dan MCE pada tahun 1970. Pelajar-pelajar MCE/SPM adalah dari Aliran Sastera sahaja. Hanya pada tahun 1983 sekolah ini mula mengeluarkan calon-calon SPM Aliran Sains.

Pada tahun 1985 pengambilan pelajar-pelajar perempuan diserapkan ke Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu. Pada tahun 2001, bangunan Makmal Komputer dan Blok F dibina. Pihak berkuasa menyerahkan sijil layak menduduki (CF) bangunan Blok F pada 7 Mac 2002. Makmal komputer mula digunakan pada tahun 2003. 

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. En. Lee Swee Keng (11-01-1965——11-07-1977)
  2. En. P.G.K. Menon (12-07-1977——31-12-1979)
  3. En. Abdul Halim bin Abdul Aziz,PPT (01-01-1980——15=03-1983)
  4. En. Salleh bin Muhammad Hussein,PPT (16-03-1983——31-01-1988)
  5. En. Muthalib bin Hashim,BKM (01-02-1988——31-12-1988)
  6. En. Balasubramaniam Kuppusamy,PPT (01-01-1989——15-01-1992)
  7. Tn. Hj. Ahmad Zaki bin Hj. Abdul Wahad (16-01-1992——15-10-1992)
  8. Tn. Hj. Zamri bin Hj. Abdullah,AMN (16-10-1992——30.08-2005)
  9. Tn. Hj. Yahaya bin Abduk Wahab (16-10-2005——30-06-2008)
  10. En. Rusli bin Muhammad Zain (01-07-2008——11-05-2014)
  11. Tn. Hj. Ahmad Husni bin Hj. Tusin (20-06-2014——27-02-2015)
  12. Tn. Hj. Zubaidillah bin Sulaiman (18-05-2015——Sekarang)

Pencapaian dan Rekod Pelajar[sunting | sunting sumber]

SMK Darul Ridwan mencatat rekod terbaik dalam sejarah sekolah pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dengan sepuluh orang pelajar mendapat semua A yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pencapaian terbaik SPM ialah pada tahun 2014 dengan tiga orang pelajar memperoleh semua A, empat orang 9A, dua orang 8A, seorang 7A, tiga orang 6A dan 5A.

Unit beruniform St John Ambulans merupakan pasukan paling berjaya.

Panther Emas[sunting | sunting sumber]

  • 1993 - Teh Wei Lun
  • 1996 - Yip Wai LIng
  • 1998 - Chuah Tian Chai
  • 2004 - Lee Han Yit
  • 2005 - Lee Kaih Yeang
  • 2010 - Dhivian a/l Nithiaselvan
  • 2011 - Kevin Jay Singh a/l Anajee Singh
  • 2014 - Kaviena a/p Nithiaselvan
  • 2015 - Kaylvin Jay Singh a/l Anajee Singh

Ketua Pelajar[sunting | sunting sumber]

  • 2010 - Dhivian a/l Nithiaselvan
  • 2011 - Kwek Shi Ying
  • 2012 - Lim Yeong Shya
  • 2013 - Ee Kai Ling (Denice)
  • 2014 - Kaviena a/p Nithiaselvan
  • 2015 - Kaylvin Jay Singh a/l Anajee Singh
  • 2016 - Chen Hui Teng

Ketua Pelajar Lelaki[sunting | sunting sumber]

  • 2010- Zul Faizan b Abdul Rahman
  • 2011- Izwan b Mohd Rashid
  • 2012- Woo Chia Hooi
  • 2013 - Lee Yong Hong
  • 2014 - Mohamad Zulkarnain b Mohd Dali
  • 2015 - Phan Khoon Yuan
  • 2016 - A. Magesswaran

Ketua Pelajar Perempuan[sunting | sunting sumber]

  • 2011 - Chong Phui Kuan
  • 2012 - Wan Norazlen bt Wan Juelim
  • 2013- Jestine Tang Shue Jing
  • 2014- Cheong Wai Kei
  • 2015 - Ng Pei Yi
  • 2016 - Shakti Dharshini Varma

Aktiviti Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Kelab Akademik dan Persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Agama Buddha
  • Agama Hindu
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kemahiran Hidup
  • Kelab AVA
  • Rukun Negara
  • ERT
  • Pusat Sumber
  • Keselamatan Jalan Raya
  • Komputer
  • Koperasi
  • Pencegahan Jenayah
  • SPBT
  • Bimbangan & Kaunseling
  • JCI Junior
  • Pengguna
  • Pembimbing Rakan Sebaya
  • ISCF
  • Majalah & Fotografi
  • Persatuan Pemimpin Nuda Sukan

Kelab Sukan dan Permainan[sunting | sunting sumber]

  • Bola baling
  • Bola sepak
  • Bola keranjang
  • Bola tampar
  • Bola jaring
  • Sofbol
  • Sepak takraw
  • Badminton
  • Catur
  • Boling
  • Senamrobik
  • Olahraga
  • Permainan dalamam
  • Memanah
  • Pingpong
  • Gimnastrada

Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

  • Pengakap
  • Kadet Remaja Sekolah
  • Saint John Ambulans
  • Pandu Puteri Remaja
  • Pandu Puteri Renjer
  • Puteri Islam
  • Okestra Cina
  • Silat Satu Malaysia

Tarikh Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum 2016[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berilmu Berbakti

Itu Cogan Kata

Berjasa Berbudi

Itulah Amalan Kita

Usaha Berdikari

Tabah dan Setia

Berbakti Berbudi

Untuk Bangsa dan Negara

Tetap Berjaya Berjasa

Bersopan dan Berbudi

Biarlah Maju Dipuja

Berilmu dan Berbakti

Maju dan Berjasa

Tetap Berkekalan

Disanjung Dipuja

Sekolah Darul Ridwan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridzuan
Jalan Izzuddin Shah
34007, Taiping
Perak,  Malaysia
Telefon = +6058072727
Fax = +6058086570

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]