Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja
Lokasi
Km 27, Jalan Seremban Tampin, 71309, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bestari
MotoBestari Cemerlang Pelajar Gemilang
Nombor sekolah6066851214
Kod sekolahNEA3035
Pengetua
  • Tn Hj Ismail bin Samah (2024 - kini)
  • En Azhar bin Ali (2021 - 2024)
  • Tn. Hj. Mohd Adnan bin Saffi (2019 - 2021)
  • En. Jamri bin Ahmad (2017 - 2019)
  • Pn. Hjh. Mahsura Binti Mohd. Sain (2015 - 2016)
  • Pn. Hjh Sarieh binti Md. Din (? - 2014)
[1]
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Hj. Adnan bin Abdul Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. A.Rahman bin Ahmad[1]
Penolong Kanan KokurikulumTn. Hj. Mohd Jaffri bin Dahalan[1]
Faks6066851432
Laman sesawang
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja atau nama ringkasnya SMK Dato' Sedia Raja, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 27, Jalan Seremban Tampin.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja memiliki 548 orang pelajar lelaki dan 655 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1203 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1963 pembinaan bangunan sekolah di tanah seluas 11.277 ekar telah dimulakan di kawasan Chembong. Pembinaan awal terdiri daripada 4 blok bangunan. Pada 28 November 1964, perasmian bangunan sekolah telah dilaksanakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Sedia Raja Hj. Adnan bin Maah. Ketika itu, nama sekolah di kenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Rembau.

Pada tahun 1970, pembinaan bangunan tambahan yang terdiri daripada 1 blok mengandungi 3 makmal sains tulen, 1 blok 2 tingkat mengandungi 10 bilik darjah, 1 bilik perpustakaan dan 1 blok dewan telah diperuntukkan.

Dalam usaha mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran, maka pada tahun 1972 aliran sains telah diwujudkan dengan harapan dapat melahirkan pelajar-pelajar bidang sains yang berkebolehan dan berketerampilan. Bahkan, kelas peralihan juga diwujudkan untuk menampung pelajar-pelajar dari sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina. Seterusnya nama sekolah telah diubah kepada Sekolah Menengah Dato' Sedia Raja.

Memandangkan peningkatan bilangan pelajar, maka pembinaan bangunan tambahan yang terdiri daripada 1 blok 3 tingkat mengandungi 9 bilik darjah telah dibangunkan pada tahun 1976. Pembinaan bangunan asrama puteri yang dikenali sebagai Asrama Toh Puan Rahimah sempena nama Toh Puan Yang Teramat Mulia Dato' Undang Luak Rembau juga didirikan. Bangunan asrama ini mampu menampung sehingga 100 orang pelajar.

Seterusnya pada tahun 1982, sekolah menerima peruntukan pembinaan bangunan tambahan 1 blok 1 tingkat yang mengandungi 2 makmal serta 1 bilik darjah. Dengan adanya tambahan bangunan ini, maka kelas Tingkatan 6 telah diwujudkan. Pada tahun 1987, pembinaan surau untuk penghuni asrama dimulakan.

SMK Dato' Sedia Raja juga terlibat dengan pelbagai projek yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan sekolah dalam Projek Pusat Sumber Elektronik (Rangkaian Munsyi) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Syarikat Telekom Malaysia pada tahun 1995 ialah satu penghormatan buat sekolah ini. SMK Dato' Sedia Raja menjadi sekolah pertama di Negeri Sembilan yang mempunyai kemudahan melayari internet. Seterusnya pada tahun 1996, sekolah menerima peruntukan pembinaan Makmal Komputer Rekacipta. Pada tahun 1997 pula, pembinaan bangunan tambahan untuk menampung Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta pertambahan pelajar telah dilaksanakan. Pembinaan ini terdiri daripada 1 blok 4 tingkat yang terdiri daripada bilik guru, bilik Pusat Sumber dan bilik darjah; 1 blok 3 tingkat yang mengandungi bilik darjah dan bilik kemahiran hidup serta 1 blok 4 tingkat untuk asrama pelajar perempuan. 2 blok apartment guru juga didirikan untuk kemudahan penginapan.

Pada tahun 1998, SMK Dato' Sedia Raja terpilih sebagai satu daripada 88 buah sekolah untuk melaksanakan Projek Rintis Sekolah Bestari. Dengan adanya projek ini, sekolah telah dibekalkan dengan kemudahan server dan komputer berserta kemudahan perangkaian. Sekolah juga telah dipilih untuk melaksanakan Projek STIC (Strategic Trust Implementation Committee) tahun 2000 dan telah diperuntukkan sebuah makmal komputer berserta perangkaian.

Kemudahan prasarana sekolah semakin meningkat apabila pada tahun 2008, sekolah menerima kemudahan Pusat Akses dengan bekalan 10 komputer berserta perangkaian. Sekolah ini juga menerima peruntukan sebuah bangunan 2 tingkat makmal komputer dengan disediakan 21 buah komputer pada setiap makmal berserta perangkaian. Terkini pada tahun 2010, sekolah terlibat dengan Projek LMS (Learning Management System) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kejasama MAMPU. Projek ini membekalkan sekolah dengan 20 buahkomputer serta server berserta perangkaian.

Pada tahun 2016, Ikamilia Hanim Binti Mohamad Khairizal telah dilantik sebagai Ketua Pelajar SMK Dato' Sedia Raja bagi tahun tersebut. Beliau juga merupakan pelajar perempuan yang pertama dan setakat ini, hanya beliau sahaja pelajar perempuan yang dilantik sebagai Ketua Pelajar merangkap Pengerusi Badan Pemimpin Pelajar (BPP) sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2014 - Tempat Ketiga dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris di Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Peringkat Daerah Rembau

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja
Km 27, Jalan Seremban Tampin
71309, Rembau
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6066851214
Faks = 6066851432

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja Dicapai pada 6 Disember 2020 (dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]