Rembau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

[[Image:|40px|border]]

Daerah
Negeri Sembilan Darul Khusus
Rembau
Pejabat daerah Rembau
Pegawai daerah Mohd Rawi Baharom
Kawasan
 - Jumlah  km²
Populasi
 - Anggaran 2010 43, 011
 - Kepadatan /km²

Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan negeri Melaka. Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 43,011 (2010) orang yang mendiami 17 mukim mengandungi 204 buah kampung. Penduduk daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan perindustrian daerah atau di Seremban.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Adat Perpatih telah dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Mereka membuka perkampungan di sini dan ramai yang berkahwin dengan penduduk asli di daerah ini. Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka dipercayai Rembau adalah sebahagian daripada jajahan Melaka. Orang-orang Rembau pernah berperang dengan orang-orang Naning, Melaka pimpinan Haji Dol Said.

Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar, ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam di Kampung Astana Raja. Baginda mangkat di Rembau dan makamnya masih ada di Rembau.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Peta daerah Rembau di Negeri Sembilan

Taman perumahan[sunting | sunting sumber]

  1. Taman Rembau Utama
  2. Taman Seri Rembau
  3. Taman Seri Purnama
  4. Taman Desa Permai
  5. Taman Chembong Jaya

Bandar berdekatan[sunting | sunting sumber]

  1. Seremban
  2. Pedas
  3. Pilin
  4. Tampin
  5. Alor Gajah
  6. Spri
  7. Chembong
  8. Batu Hampar

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah ini mempunyai satu kawasan parlimen iaitu Parlimen Rembau dan dua kawasan undangan negeri iaitu Chembong dan Kota. DUN Paroi dan Rantau terletak dalam pentadbiran daerah Seremban. Ahli Parlimen Rembau yang pertama dalam sejarah ialah Dato' Firdaus Muhammad Rom bin Harun yang dipilih pada tahun 2004. Kini, Parlimen Rembau diwakili oleh Khairy Jamaluddin sebagai ahli parlimen. Manakala, Undang Rembau pada masa ini ialah Dato' Haji Muhammad Sharip bin Othman.

Majlis Daerah Rembau sebuah badan pengawal tempatan yang ditubuhkan pada 1 Julai 1980 melalui Lembaran Negara kerajaan deklarasi No.334 pada 23 jun 1980. Ini adalah sebuah badan pengawal tempatan di bawah undang-undang Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Majlis Daerah Rembau adalah Parti Tempatan otoriter (PBT) yang orientasi warga perkhidmatan yang bertindak sebagai inisiator utama dalam membuat Rembau sebuah daerah yang indah dan dikembangkan. Pembangunan kawasan pentadbiran sejajar dengan perkembangan seluruh Negeri Sembilan dengan fokus berada dalam industri, pelancongan dan sektor pertanian. Pembentukan infrastruktur yang cepat juga membantu meningkatkan aliran pelabur tempatan dan luar negeri dalam meningkatkan modal kemudian menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak bagi masyarakat.[2]

Jabatan Kerajaan[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Daearah Rembau
  • Majlis Daerah Rembau
  • Jabatan Pertanian Rembau
  • Pejabat RISDA Stesen (PRS), Rembau

Pekan[sunting | sunting sumber]

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Batu Hampar
  2. Mukim Bongek
  3. Mukim Chembong
  4. Mukim Chengkau
  5. Mukim Gadong
  6. Mukim Kundor
  7. Mukim Legong Ilir
  8. Mukim Legong Ulu
  9. Mukim Miku
  10. Mukim Nerasau
  11. Mukim Pedas
  12. Mukim Pilin
  13. Mukim Selemak
  14. Mukim Semerbok
  15. Mukim Sepri
  16. Mukim Tanjong Kling
  17. Mukim Titian Bintangor
  18. Bandar Rembau
  19. Pekan Kampong Batu
  20. Pekan Kota
  21. Pekan Lubok China
  22. Pekan Pedas
  23. Pekan Chembong
  24. Pekan Rembau
  25. Pekan Chengkau
  26. Pekan Seri Kota
  27. Pekan Seri Kendong
  28. Pekan Merbau Sembilan

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Replika Istana Raja Melewar[sunting | sunting sumber]

Replika Istana Raja Melewar telah dibuka kepada orang ramai semenjak September 2004. Replika yang bernilai 2.7 juta ini merupakan daya usaha Pejabat Daerah Rembau dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tujuan pembinaan Replika ini adalah sebagai objek pelancongan bersejarah agar dapat mengingatkan kembali rekabentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah diduduki di tapak asal ini. Pejabat Daerah Rembau telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar pengisian muzium diamanahkan kepada Lembaga Muzium Negeri dengan konsep dan objektif yang sesuai dengan latar belakang bangunan dan sejarah Rembau.

Hutan Lipur Gunung Datuk[sunting | sunting sumber]

Gunung Datuk adalah puncak tertinggi di daerah ini dengan ketinggian melebihi 2,900 kaki dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Pendaki gunung yang sampai di kemuncaknya boleh melihat pemandangan yang luas di bahagian barat dari gunung - gunung Sungai Ujong menyeberangi pinggir laut hingga ke Selat Melaka. Gunung ini juga kaya dengan lagenda, antaranya tapak kaki di puncaknya yang menyumbang kepada legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah, yang dikatakan berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Tuan.[3]

Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  1. Pasaraya Zemart
  2. Family Store
  3. Fresco Rembau


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]