Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad
Fail:Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad.jpg
Lokasi
Kampong Kastam, Bukit Gelugor, 11700, Gelugor,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBertindak
Nombor sekolah6046581272
Kod sekolahPEE1101
PengetuaEn Shabri Bin Mohamad Idris
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Rashida Binti SK Abdul Kader
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Zarina Binti Daud
Penolong Kanan KokurikulumEn. Ruzi Bin Omar


Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad atau nama ringkasnya SMKDHMNA, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Kastam, Bukit Gelugor. Sekolah ini juga merupakan sekolah pelajar-palajar cemerlang yang mendapat 3 A keatas sahaja bagi sesi 2012.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad memiliki 396 pelajar lelaki dan 367 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 763 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula daripada setapak tanah belukar seluas 10.5 ekar Gelugor Secondary School memulakan sesi persekolahan pada tarikh bersejarah 1 Januari 1969. Pada tahun 1979, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Gelugor selaras dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pada tahun 1990, buat kali kedua nama sekolah ini ditukar lagi menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohd Nor Ahmad sempena nama seorang tokoh pendidik, pejuang bangsa dan pengasas UMNO Pulau Pinang, iaitu Datuk Haji Mohd Nor B. Ahmad.


Bertukar Wajah...


Pada 1 Januari 1993, asrama desa ‘Hurun Ain’ telah diwujudkan. Penubuhan asrama desa ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar yang tinggal berjauhan dari sekolah. Satu blok khas asrama desa telah dibina pada 2007. Penghuni di asrama ini hanya terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan sahaja. Selain dari itu, Sekolah ini dilengkapi dengan 7 Makmal Sains, 2 Makmal Komputer, Dewan, Mini Teater, Bilik Guru, Stor Sukan, Pusat Sumber, Bengkel Kemahiran Hidup, Bengkel Menservis Motosikal serta bilik Katering. Di samping itu, sebuah bangunan turut diubah suai menjadi bilik mesyuarat yang lebih cantik dan selesa. Ianya menjadi pilihan JPN dan pihak yang lain sebagai tempat bermesyuarat bagi beberapa aktiviti kurikulum dan kokurikulum peringkat daerah dan negeri.


Sejarah Baru...


Kini, SMKDHMNA terus menapak dengan membawa sinar yang baru kepada para pelajarnya. Beberapa subjek baru telah diperkenalkan, antaranya; pembelajaran literasi komputer, penubuhan 2 kelas MPV iaitu Katering & Penyajian dan Menservis Motosikal serta penubuhan kelas aliran agama. Kepercayaan Jabatan Pelajaran Negeri dengan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah 'Showcase' bagi mata pelajaran Pendidikan Seni, Menservis Motosikal dan Litar 'Parcouse' menyemarakkan warga SMKDHMNA untuk terus menggungguli sebaris dengan sekolah-sekolah ternama yang lain.

Dengan perubahan dan suasana yang baru ini, diharapkan warga SMKDHMNA akan lebih berusaha untuk mengejar kejayaan hidup dan sekaligus memberi kecemerlangan kepada SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bertindak Menuju Kejayaan
Berganding Mahu Ke Puncak Jaya
Bertindak Menuju Kecermerlangan
Kamilah Harapan Negara
Demimu sekolah kami
Berakhlak, berbudi pegangan kami
Semangat juang kami tinggi
Rukun Negara Kami Taati
Putera puteri penuh semangat
belajar penuh azam dan tekad
Di dada kami sudah tersemat
Kecermerlangan sepanjang hayat

FALSAFAH SEKOLAH[sunting | sunting sumber]

Sekolah sebagai gedung ilmu yang bakal melahirkan puteri-putera yang berwawasan

Visi[sunting | sunting sumber]

Berazam mencapai kejayaan dalam bidang disiplin, akademik, dan kokurikulum menjelang tahun 2020

Misi[sunting | sunting sumber]

♦ Berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif

♦ Meningkatkan sahsiah, kualiti diri serta berimej melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni.

♦ Berusaha meningkatkan kecermerlangan dalam bidang kokurikulum melalui tindakan dan perancangan yang proaktif.

Slogan[sunting | sunting sumber]

Day by day, in every way, i am getting better and smarter.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad
Kampong Kastam, Bukit Gelugor
11700, Gelugor
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046581272
Fax = 6046583644


Pautan luar[sunting | sunting sumber]