Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana
MotoILMU AMAL BUDI
Dirasmikan (1995-12-04) 4 Disember 1995 (umur 23)
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaYakari Bin Sulong
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikIbrahim Bin Meting
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHairol Bin Jimlok
Penolong Kanan KokurikulumAminah Binti Janowin
Kod sekolahXEA3105
LokasiPeti Surat 344, FELDA Sahabat, 91150, Lahad Datu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu,  Malaysia
Nama singkatanSMKDKLD
Telefon6089811149
Faks6089811839


Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana atau nama ringkasnya SMK Desa Kencana, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 344, Pos Cenderawasih, Felda Sahabat 03. Sekolah ini juga terletak sejauh 113 Kilometer dari bandar Lahad Datu melalui jalan Lahad Datu-Tungku dengan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana memiliki 941 orang pelajar lelaki dan 942 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1883 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana yang dibuka pada 4 Disember 1995 telah mendapat nama sempena nama kampung ia dibina iaitu Kampung Desa Kencana, FELDA Sahabat 03, Lahad Datu, Sabah.

Seramai 333 orang pelajar (kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sahaja dibuka) telah mendaftarkan diri pada minggu pertama pembukaan. Terdapat seramai 4 orang guru termasuk pengetua pertamanya, Encik Wajuhus Bin Juhin.

Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dimulakan pada awal tahun 1996. Sebanyak 5 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2 telah dibuka. Pada bulan Januari 1996 itu juga asrama SMK Desa Kencana telah dibuka untuk pelajar yang tinggal jauh dari kawasan sekolah. Sejajar dengan peningkatan usianya, jumlah tenaga pengajar SMK Desa Kencana juga kian bertambah.

Kini setelah menjangkau usia 22 tahun, SMK Desa Kencana mempunyai 58 buah kelas daripada kelas Pendidikan Khas sehingga kepada Tingkatan 6 atas (Pra U). Pada tahun 2016, jumlah guru adalah seramai 126 orang, Anggota Kumpulan Pelaksana seramai 14 orang dan pelajar sebanyak 1805 orang. Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA Sahabat, kakitangan Felda Sahabat serta anak-anak kampung yang terletak berhampiran FELDA khususnya Tambisan dan Tanjung Labian.

Senarai Pengetua SMK Desa Kencana 1995-2018[sunting | sunting sumber]

  1. Wajuhus Bin Junin (1995-2001)
  2. Mohd Khir Bin Abu Bakar (2001-2003)
  3. Ganesan Manickam (2003-2009)
  4. Abd Malek Bin Haron (2010-2011)
  5. Jefri Bin Hj. Abd. Ahmad (2012-Jan 2013)
  6. Zamri Bin Pehakan (Feb 2013-2015)
  7. Abd. Samad Bin Sulaiman (2016-2018)
  8. Yakari Bin Sulong (2018-Kini)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan kejayaan dan pencapaian yang telah diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana sejak pembukaannya dari tahun 1996 sehingga kini:

  1. Sekolah Cemerlang (2007)
  2. Sekolah Kluster (2008)

Selain itu, SMK Desa Kencana juga memegang rekod 12 kali juara Kejohanan Balapan dan Padang berturut-turut peringkat daerah Lahad Datu dan melahirkan atlet-atlet yang berpotensi sehingga mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana
Peti Surat 344
91150, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089811149
Faks = 6089811839

Pautan luar[sunting | sunting sumber]