Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong
Lokasi
Jalan Gedong, Simunjan, Via Serian, 94700, Serian,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Dedikasi Jujur Jaya
Nombor sekolah+6082781200
Kod sekolahYEA8302
Pengerusi PIBGEn. Joseph Joran
PengetuaEn. Rosli bin Sahmat
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Patrick Pawan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Aman Bin Akup
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mazlan Bin Mohamed
Faks+6082781471


Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong atau nama ringkasnya SMK Gedong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Gedong, Simunjan, Via Serian.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong memiliki 455 pelajar lelaki dan 444 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 899 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Gedong ditubuhkan pada tahun 1980.Ia dibina berhampiran Sungai Sadong dan berkongsi kawasan dengan SK Abang Kadir,Gedong. "Gedong" dipilih sebagai nama sekolah bersesuaian dengan tempat ia didirikan,iaitu kawasan perkampungan di mana majoriti penduduknya ialah kaum Melayu yang menyarakan hidup daripada hasil pertanian dan menangkap ikan sungai. Gedong merupakan sebuah daerah kecil di Bahagian Samarahan yang terletak kira-kira 92 km dari Bandar Raya Kuching.

Pertumbuhan jumlah murid yang semakin pesat pada setiap tahun dan permohonan dari pihak kampung maka ilham untuk membina sebuah sekolah menengah awal 1979 menjadi realiti. Oarng-orang kampung mengadakan pertemuan dengan Ahli Yang Berhormat dan menyatakan hasrat mereka untuk mendirikan sebuah sekolah menengah harian berasrama di Gedong. Sebelum itu,anak-anak didik dari Gedong melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMK Simunjan atau SMK Serian. Maka pada pertengahan tahun 1979 sebuah bangunan kayu dan beratap zink telah dibina secara kilat hasil kerjasama dari semua pihak dengan sedikit bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Bangunan tersebut mempunyai 4 bilik yang boleh menampung 30 orang murid bagi setiap bilik.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong,
Jalan Gedong, Simunjan, Via Serian,
94700, Serian,
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082781200
Fax = 6082781471

lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]