Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu atau nama ringkasnya SMK Guar Perahu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Guar Perahu,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu memiliki 761 pelajar lelaki dan 640 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1401 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SMK GUAR PERAHU​

1978      Y.B Datuk Hj Mohd Noor membuat cadangan dalam mesyuarat agung UMNO cawangan Guar Perahu dan  memohon Kementerian  Pendidikan pada kaetika itu mendirikan sekolah menengah di sini.

1980      Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah mengenalpasti sebidang tanah untuk tapak sekolah. Walau bagaimanapun pihak tuan tanah telah membuka lot untuk dijual sebelum sempat tanah itu diambil oleh Pejabat Daerah. Namun Pegawai Daerah dan Penghulu mukim telah menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli tanah lot tersebut kerana tanah tersebut akan diambil oleh kerajaan untuk dijadikan tapak sekolah.

1980     Sekolah yang menelan belanja hampir RM 2.7 juta ini didirikan atas tapak tersebut.

1989     Seramai 330 pelajar mendaftar untuk sesi pertama persekolahan ini berbanding 780 orang sekarang.  Jika dahulu seramai 10.3% pelajarnya adalah kaum Cina dan India sekarang pelajarnya adalah 100% bumiputera.

1990     Bangunan SMK Guar Perahu mula digunakan setelah menumpang di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.

2/2/91   SMKGP telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan iaitu Datuk  dan  Anwar bin Ibrahim.

1992      Bangunan Asrama Desa mula dibina.

1994      Asrama Desa mula digunakan.

1998      Projek pembinaan surau mula dijalankan.

1999      Surau siap dibina sepenuhnya dan mula digunakan.  Projek pembinaan Blok D dimulakan.

2000      Blok D siap dibina sepenuhnya.

2002      Pembinaan Dewan SMK Guar Perahu dan rumah warden dimulakan.

Julai 03 Dewan SMK Guar Perahu dirasmikan dan dinamakan Dewan Ibnu Sina. 

             Rumah warden mula diduduki.

2006      Pembinaan dewan gymnasium dimulakan

2007      Dewan Gimnasium dirasmikan dan mula digunakan.

Mei 07   Bilik operasi Kelab Usahawan Muda dirasmikan dan mula digunakan

2009       Gelanggang Petanque siap untuk digunakan. Gelanggang futsal mula beroperasi dan boleh digunakan.                    

Astaka sukan juga siap digunakan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu
Guar Perahu,
14400, Bukit Mertajam
Pulau Pinang,  Malaysia
Telefon = 6045213128
Fax = 6045221835

Pautan luar[sunting | sunting sumber]