Sekolah Menengah Kebangsaan Katibas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Katibas
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Song, 96850, Song,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerdisiplin & Berusaha
Nombor sekolah084-777263
Kod sekolahYEA7301
Faks084-777829


Sekolah Menengah Kebangsaan Katibas atau nama ringkasnya SMK Katibas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Song.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Katibas memiliki 321 pelajar lelaki dan 288 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 609 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Katibas merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di daerah Song, dalam bahagian kapit. Perjalanan untuk sampai ke sekolah ini dari pekan Song mengambil masa kira-kira 40 minit melalui jalan air dengan menggunakan perahu panjang. 

Sekolah ini pada awalnya dikenali dengan nama SMK Rarong sempena nama sebatang sungai kecil yang bertentangan dengan sekolah tersebut. Kemudian, nama sekolah ini ditukar kepada SMK Katibas memandangkan ia dibina betul-betul di tebing sungai Katibas yang merupakan penghubung utama sekolah ini dengan kawasan luar dan sekitarnya. Pembinaan sekolah ini adalah atas permintaan pihak tertentu termasuklah penduduk yang tinggal di kawasan ini.

Sekolah ini dibina pada awal tahun 1983 atas tapak seluas 62 ekar. Pembinaan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 1985 dengan beberapa buah bangunan, dan sesi persekolahan julung kalinya bermula pada 6hb Januari 1986 dengan 10 orang guru dan 74 orang pelajar yang mengisi 2 buah kelas Tingkatan 1. Sejak penubuhannya, SMK Katibas telah dipimpin oleh 10 orang Pengetua/Pemangku. Para pelajar SMK Katibas buat kali pertama menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1988. SRP diganti oleh Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1994. Kelas Ting. 4 mula ditawarkan pada tahun 1998, dan peperiksaan pertama SPM diduduki oleh para pelajar pada tahun 1999. 

Bangunan tambahan (Kuaters Pengetua dan 3 blok 4 tingkat untuk kediaman staf) dibina pada tahun 2003 dan siap pada tahun berikutnya. Pada tahun 2003 juga merupakan tahun pertama kelas aliran sains tulen bagi tingkatan 4 ditawarkan. Oleh kerana kedudukan sekolah di tebing sungai, ancaman banjir kilat sentiasa wujud. Pada tahun 2007, banjir yang amat besar telah melanda sekolah dan merosakkan beberapa buah bangunan, kemudahan dan harta benda sekolah. Kerja pembersihan dan membaikpulih telah dilakukan secara menyeluruh untuk meyediakan sekolah bagi pemukaaan sesi persekolahan 2008. 

Pada akhir tahun 2010, 5 buah asrama kabin telah siap dibina dengan kos hampir RM4.5 juta, dan akan diduduki oleh penghuni asrama mengikut fasa bermula pada tahun ini. Tahun ini juga terdapat sedikit pembaharuan dalam bilangan kelas untuk tingkatan 1 iaitu 3 buah kelas berbanding tahun-tahun sebelumnya terdapat 4 buah kelas. Ini bermakna hanya ada 19 buah kelas kesemuanya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan seramai 42 orang guru.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Katibas
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Song
96850, Song
Sarawak, Malaysia
Telefon = 084-777263
Fax = 084-777829

Pautan luar[sunting | sunting sumber]