Sekolah Menengah Kebangsaan Lake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKE, BAU
Lokasi
JALAN BIDI-KROKONG, 94000, Bau,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERSOPAN DAN BERBAKTI
DitubuhkanJANUARI 1966
Nombor sekolah6082763148
Kod sekolahYEB1102
Pengerusi PIBGENCIK Nathan anak Achuk
PengetuaNazamud-din Bin Alias
GPK Pentadbiran dan AkademikRemaxson Jumen
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPatrick Pawan
Penolong Kanan KokurikulumJohn Nichol Jalak
Faks6082764558


Sekolah Menengah Kebangsaan Lake, Bau ataupun nama singkatannya SMK Lake merupakan salah satu daripada sekolah menengah yang terdapat di Daerah Bau selain Sekolah Menengah Kebangsaan Bau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Paku. Selain itu, SMK Lake termasuk dalam kelompok sekolah-sekolah ZON C dalam bahagian Kuching. Pada hari ini, SMK Lake muncul sebagai sebuah sekolah yang berketerampilan tinggi dan dikagumi di seluruh negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lake (nama asalnya, Sekolah Menengah Kerajaan Lake) telah ditubuhkan pada Januari 1966 hasil daripada penggemblengan tenaga daripada mendiang Encik Si Kheng Kwang, Encik Morshidi Ahin, Encik William Chan dan seorang sukarelawan bebas dari Amerika Syarikat, yakni Encik Arnchenbuck. Pada awal penubuhannya, sekolah ini tidak memiliki premis atau bangunan sendiri dan terpaksa menumpang sementara di Pejabat Pelajaran Daerah Bau. Ketika itu, sekolah ini hanya menawarkan pengajian untuk para pelajar Tingkatan Peralihan, Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua. Para pelajar Tingkatan Dua merupakan para pelajar yang telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendrissen tetapi berasal dari Daerah Bau. 100 orang pelajar telah didaftarkan tetapi 30 daripada mereka terpaksa menumpang di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bau berikutan sekolah ini belum mempunyai asrama sendiri. Perpustakaan sekolah dan makmal sains pula terletak di " Club House" di Bandar Bau. Walau bagaimanapun, sekolah ini telah berpindah ke tapaknya sendiri pada suku ketiga tahun 1967. Sekolah ini mempunyai sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan bilik guru dan bilik darjah, sebuah bangunan satu tingkat bagi Sains Rumahtangga, sebuah dewan makan yang diberi nama "DEWAN SRI MUTIARA", sebuah rumah pengetua Kelas 3, tiga buah rumah guru, dua buah berek staf, dua buah bangunan asrama putera dan sebuah asrama puteri. Sekolah ini telah dirasmikan pada 12 April 1968 menggunakan nama Sekolah Menengah Kerajaan Lake, Bau oleh Allahyarham Tun Abang Haji Openg yang merupakan Gabenor Sarawak pada ketika itu. Pada tahun 1983, SMK Lake mula menawarkan pengajian bagi para pelajar Tingkatan Empat. Kelas Tingkatan Enam pula telah ditawarkan pada tahun 1991 bawah pimpinan mendiang Encik Chang Yit Yong. Sekolah ini telah dinaiktaraf daripada sekolah Gred B kepada Gred A pada tahun 1995.

Jentera Pentadbiran Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lake, Bau pernah ditabdir oleh 14 orang pengetua sepanjang masa operasinya. Pengetua terkini merupakan Encik Dr. Mazamud-din Bin Alias dan telah menjadi pengetua paling lama berkhidmat untuk sekolah ini (2018-kini). Beliau dibantu oleh Encik Remaxson Anak Jumen, selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Patrick Pawan, sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik John Nichol Anak Jalak sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Chin Jin Lan, selaku Guru Penolong Kanan Petang. Sekolah ini mempunyai lebih daripada 115 orang guru dan lebih daripada 14 orang staf sokongan. Sekolah Menengah Kebangsaan Lake terletak di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Bau.

Para pelajar[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mendaftarkan lebih daripada 1600 orang pelajar dan menawarkan kelas Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima.

Tingkatan 1-3: Kelas Amanah, Bestari, Cekap, Dedikasi, Etika, Fatan, Gigih. Hemah, Ikhlas, Jujur, dan Khidmat.

Tingkatan 4-5: Kelas 4/5 Sains 1&2 ( Aliran Sains Tulen), Kelas A (Aliran Sains Tambahan & Sains Komputer) dan Kelas B hingga Kelas H ( Aliran Sastera)

Prasarana dan Fasiliti Sekolah[sunting | sunting sumber]

33 buah kelas ,Sebuah perpustakaan ,Sebuah dewan kuliah ,Sebuah dewan makan ,Sebuah makmal komputer PIBG ,Dua buah makmal komputer sekolah ,Sebuah pusat akses pelajar ,Lima buah bilik guru ( Bilik guru Sesi Pagi. Bilik Guru Sesi Petang, Bilik Ketua Bidang, Bilik ,Guru Tingkatan Enam, Bilik Ketua Warden) ,Sebuah pejabat am ,Sebuah dataran perhimpunan ,Sebuah dataran terbuka ,Sebuah bilik Binbingan dan Kaunseling ,Dua tandas guru/pelawat ,Empat tandas pelajar ,Sebuah bilik jahitan ,Sebuah bilik PSV ,Dua buah makmal junior ,Tiga buah makmal senior ,Sebuah kafeteria/ kantin ,Sebuah koperasi ,Sebuah bilik ERT ,Sebuah padang beserta trek dan astaka ,Sebuah klinik mini ,Sebuah gelanggang tenis ,Sebuah gelanggang hoki ,Sebuah gelanggang bola tampar ,Sebuah gelanggang bola jaring ,Sebuah gelanggang bola Keranjang ,Sebuah lapangan Petanque ,Dua buah gelanggang sepak takraw ,Dua buah gelanggang badminton ,Empat asrama lelaki ,Lima asrama perempuan ,Lima flat guru ,Empat berek staf sokongan (lama) ,Enam rumah guru ,Satu bilik cetak ,Dua rumah pengetua(lama dan baru) dan sebuah pondok jaga

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lake
Jln Bidi-Krokong
94000, Bau
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082763148
Fax = 6082764558

Pautan luar[sunting | sunting sumber]