Sekolah Menengah Kebangsaan Luak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Luak, Miri
Lokasi
LOT 4875, Jalan Kampung Luak 3, Kampung Luak, Off Jalan Bakam, 98000, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoA School That Learns / Berilmu Berdisiplin Berbakti
Nombor sekolah6085427760
Kod sekolahYEA4103
Pengerusi PIBGSulaiman bin Bujang
PengetuaHadizah binti Dol (pemangku)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridJennyfer anak Kaya
Penolong Kanan KokurikulumMuzamil bin Mustapha
Faks6085430760


Sekolah Menengah Kebangsaan Luak atau nama ringkasnya SMK Luak, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lot 4875, Jalan Kampung Luak 3, Kampung Luak, 98000 Miri, Sarawak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Luak memiliki 269 pelajar lelaki dan 297 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 566 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Luak mula ditubuhkan pada 4 Disember 1989. SMK Luak pada masa itu menumpang di SK Kampung Luak iaitu sebuah bangunan kayu hasil projek gotong-royong penduduk kampung Luak. Sekolah ketika itu hanya ada sebuah bilik pentadbiran, sebuah bilik guru dan 4 buah bilik darjah dengan jumlah pelajar seramai 120 orang terdiri daripada 2 kelas peralihan dan 2 kelas tingkatan 1.Guru ketika itu hanya 7 orang dengan 2 orang staf sokongan sahaja.

Pada 22 Mac 1991 SMK Luak telah mendapat sebuah lagi bangunan baru tetapi masih berstatus menumpang di SK Kampung Luak. Manakala pada 1 April 1993 SMK Luak dibekalkan sebuah lagi bangunan baru. Pada masa itu bangunan kayu yang pertama diserahkan kepada SK Kampung Luak. Kemudahan asas seumpama ini kekal sehinggalah SMK Luak mendapat bangunannya sendiri pada 14 Ogos 2004. Dengan prasarana yang serba lengkap terdiri daripada blok pentadbiran, blok akademik, blok makmal, blok bengkel KHB, blok perpustakaan dan bilik seminar. Bangunan baru ini juga mempunyai sebuah bilik guru, bilik serba guna, bilik tayangan, bilik memasak, beberapa buah stor serba guna, bilik koperasi, beberapa buah bilik khas mata pelajaran, bilik komputer dan, bilik bimbingan kaunseling.

Istimewanya bangunan baru ini menyediakan bilik air di setiap bloknya bagi kemudahan semua pihak.Kemudahan infrastruktur lain ialah gim, bilik persalinan, bilik peralatan sukan dan permainan, sebuah kantin, dewan utama, beberapa padang permainan seperti bola sepak, futsal, bola keranjang, bola jaring dan beberapa tempat letak kenderaan berbumbung.

Meninjau dari sudut pentadbiran, SMK Luak diasaskan oleh Encik Affandi bin Ali iaitu pengetua pertamanya antara 4 Disember 1989 hinggalah 31 Oktober 1993. Ini disusuli oleh Cik Hasimah Abang Zen pada 1 November 1993 hingga 28 Disember 1997. Encik Abu Saran bin Sahari pula menjadi pengetua ke tiga sekitar 29 Disember 1997 hingga 17 Januari 2006. Pada 18 Januari 2006 SMK Luak mendapat pengetua baru iaitu Encik Koh Chee Kiat. Beliau meneraju SMK Luak hingga 2013. Pengetua terbaru SMK Luak adalah Sumarni binti Said.

Sejak penubuhannya SMK Luak telah mengalami pertukaran beberapa orang Guru Penolong Kanan.Umpamanya Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Luak terdiri daripada Encik Mustapha bin Munin, Encik Abdul Azid bin Ismail dan Puan Hadizah bt Dol.Manakala Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula ialah Encik Mukhali bin Uhi, Puan Chong Foong Yee dan Puan Voon Hui Ping. SMK Luak juga pernah mengadakan sekolah 2 sesi pada 1995 hingga pertengahan 2004,di mana Penyelia Petangnya ialah Puan Sherene Choo Siak Lan dan diikuti oleh Puan Zarina bt Abdul Talip. Selain itu, Penolong Kanan Kokurikulumnya pula terdiri daripada Encik Tahir bin Ismail , Encik Andek Ahmad Andek Yusup, Encik Abang Mohd. Hatta bin Bulik dan Encik Benedict ak Saran.

Bermula dengan hanya tingkatan peralihan dan satu pada 1989, kini SMK Luak menawarkan kelas akademik hingga ke tingkatan enam atas. Pada tahun 1994, SMK Luak menawarkan kelas tingkatan empat kepada pelajar dan ia diikuti penawaran kelas tingkatan empat aliran Sains tulen. Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 2005 SMK Luak memulakan kelas tingkatan 6 Rendah. Perkembangan ini berterusan di mana pada tahun 2006 SMK Luak telah diamanahkan membuka kelas untuk Program Kelas Rancangan Khas (KRK). Sehingga kini SMK Luak mempunyai 50 guru, 9 orang staf sokongan dan, 541 orang pelajar mengisi 23 buah bilik darjah pelbagai tingkatan.

Kesimpulannya, sekolah ini mempunyai sejarahnya yang unik dan tersendiri. Bermula dengan sebuah blok gotong-royong berstatus menumpang, hinggalah memiliki bangunannya sendiri yang serba indah. Akhirnya diharap SMK Luak mampu lahir sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul di Miri suatu ketika nanti selaras dengan visi sekolah masa kini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Luak
LOT 4875, Jalan Kampung Luak 3, Kampung Luak,
Off Jalan Bakam
98000, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon : +6085427760
Faks  : +6085430760

Pautan luar[sunting | sunting sumber]