Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah YEE4101
Lokasi  Malaysia Jalan Pantai, Lutong
98100, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Telefon 6085655205
Faks 6085652503


Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong atau nama ringkasnya SMK Lutong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pantai, Lutong.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong memiliki 1019 pelajar lelaki dan 1027 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2046 orang. Ia mempunyai seramai 129 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dengan nama asalnya Lutong Government Secondary School. Mulai tahun 2003 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong.

Pada tahun 1963, lokasi sekolah ini ialah di rumah kaki tangan Sarawak Shell Berhad. Bangunan ini terletak berhampiran dengan Kelab Shell, Lutong (KSL). Bangunan ini dimiliki oleh Sarawak Shell Berhad.

Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar yang tamat sekolah rendah di kawasan sekitar Lutong dan Kuala Baram iaitu Sekolah Rendah Chung Hua, Sekolah Rendah Kebangsaan Lutong dan Sekolah Kebangsaan Kuala Baram.

Pada awal penubuhan sekolah ini, terdapat sebuah kelas peralihan sahaja. Kelas ini menampung seramai 40 orang pelajar yang kebanyakannya berbangsa Cina, dengan se orang guru iaitu Encik William Kok. Pada tahun 1964, bilangan pelajar telah meningkat kepada 130 orang deng an pertambahan guru seramai 3 orang, iaitu Encik Choo Kwang Chuan, Encik Lau Swee Pang dan Puan Lai Ching Chiau. Pengetua pertama SMK Lutong ialah Puan Ryan, seorang yang berbangsa Serani.

Pada awalnya pakaian seragam bagi pelajar perempuan adalah baju berwarna putih dan skirt berwarna biru tua manakala pelajar lelaki berbaju putih dan berseluar pendek berwarna biru tua.

Seterusnya pada tahun 1971, pakaian seragam sekolah telah ditukar apabila kerajaan mewajibkan semua sekolah memakai baju seragam yang sama.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini mengamalkan sistem satu sesi yang mengandungi dua sidang. Sidang pertama bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi manakala sidang kedua bermula dari pukul 1.30 petang hingga 4.30 petang. Kedua- dua sidang dihadiri oleh pelajar-pelajar yang sama. Memandangkan sekolah tidak dapat menampung bilang an pelajar yang kian meningkat, satu bangunan baru didirikan untuk memenuhi keperluan tersebut.

Pada akhir tahun 1966, bangunan baru yang siap dibina terdiri daripada Blok A, dua buah makmal sains dan sebuah dewan. Bangunan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Allahyarham Tun Abang haji Openg iaitu Gabenor Sarawak yang pertama. Pengetua sekolah pada masa itu ialah Encik C.P.Philips.

Bermula pada tahun 1974, sekolah ini telah memulakan satu projek pembangunan sekolah dengan menambahkan prasarana sedia ada. Sekola h ini mula menerima pelajar- pelajar asrama pada tahun 1975. Oleh itu, maka sebuah asrama telah dibina dan diberi nama Asrama Pipit, diikuti dengan pembinaan asrama Tun Tijah. Pembangunan ya ng semakin pesat di SMK Lutong boleh dilihat dengan pembinaan bangunan Blok B s etinggi tiga tingkat pada tahun yang sa ma. Persatuan Ibu Bapa da n Guru ( PIBG ) sekolah ini d itubuhkan pada tahun 1975,

namun

ambutannya tidak begitu m enggalakkan. Pada tahun be rikutnya, sebuah makmal s ains siap dibina untuk kegu naan pelajar-pelajar menengah atas. Blok C dan bangunan Seni P erusahaan pula siap dibina pada tahun 1977. Di samping itu, terdapat jug a blok kediaman disediakan

untuk guru-

guru dan staf sokongan. Antara tahun 1984 hingga 1 985, Projek Kilat telah jalan kan merangkumi pembinaa n bangunan pelajar- pelajar Tingkatan Enam iait u Blok D dan E. Pada tahun 1986, sebuah makmal sains dibina untuk kegunaan Kela s Tingkatan Enam. Pada awal

tahun 1985, perpustakaan

dan Bilik Alat Pandang Deng ar (APD) dibuka dan dilengk api dengan buku- buku dan alat- alat pandang dengar. Kelengkapan ini dibiayai se penuhnya oleh Sarawak She ll Berhad. Pihak Sarawak Shell Berhad

juga sudi menjadikan Sekol

ah Menengah Kebangsaan L utong sebagai sekolah angk at. Sehubungan dengan hal ini, satu upacara penyerahan K unci oleh Sarawak Shell Ber had kepada pihak sekolah s emasa perasmian bilik APD dan pe rpustakaan yang terletak di Blok C. Kemudahan ini bert ujuan untuk memacu presta si pelajar di sekolah ini Pada tahun 1995, sebuah la gi dewan dan dua buah ben gkel telah dibina sebagai ta mbahan prasarana di SMK Lutong. Pada tahun 2003, Makmal I CT telah dibina atas tapak g elangggang bola tampar. Se bagai ganti, gelanggang bola

tampar baru dibina berha

mpiran gelanggang bola ker anjang. Setakat ini, terdapat

lapan buah bangunan, dua

buah bangunan makmal dan sebuah bilik Pe ndidikan Seni. Pejabat Am S ekolah telah dinaik taraf pa da tahun 2004. Pembangun an berterusan di SMK Lutong merangkumi tempat letak k ereta untuk guru-guru. Pada awal bulan Februari 2 004, jawatan pengetua SMK Lutong diisi oleh Encik Marc us Hugo Matu Lejau menggantikan Encik Nichola s Yii yang bersara. Manakal a Cik Anita Yi Fuon Mee tela h dilantik sebagai Penolong Kanan 1 pada tahun yang s ama.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Gedung ilmu di rantau ini

Menjemput tiba putera puteri pertiwi

Menyemai budi menyinari janji SMK Lutong yang disanjungi

Berpandukan rukun negara

Kami berbakti kepada bangsa

Pesanan guru guru sentiasa

Jadi amalan kami bersama

Berdisiplin berdikari

Itulah prinsip kami

Dengan restu ayah bonda

Semoga kami berjaya (3×)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong
Jalan Pantai, Lutong
98100, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085655205
Fax = 6085652503

Facebook SMK Lutong:

https://facebook.com/portalsmklutong/?locale2=ms_MY&_rdc=1&_rdr