Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas ( Harian ) | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Sawah,, 85100 Pekan Nenas, Pontian., Johor Darul Takzim![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Amanah |
Moto | Berilmu, Berdikari, Berbakti |
Ditubuhkan | 17th January 1965 |
Nombor sekolah | 07-6991261 |
Kod sekolah | JEE6011 |
Pengetua | Puan Suriati binti Sailin |
Faks | 07-6992387 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas atau SMKPN atau "SEMPENA" adalah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di daerah Pontian, Johor Darul Takzim
Sekolah ini ditubuhkan pada 17 Januari 1965. Sekolah ini telah berdiri hampir 60 tahun lamanya menjadikannya antara sekolah tertua di Daerah Pontian
Visi dan Misi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Misi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Melestarikan pendidikan berkualiti membangunkan individu bagi memenuhi aspirasi negara
Visi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera
Matlamat Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Mempunyai barisan pemimpin berkualiti tinggi
- Memaksimumkan pencapaian dan potensi sekolah
- Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran
- Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan yang lain
Motto
[sunting | sunting sumber]"Berilmu, Berdikari, Berbakti"
Slogan
[sunting | sunting sumber]"Together We Make A Difference"
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas telah ditubuhkan pada 17 Januari 1965 yang terletak di Pekan Nenas, Pontian, Johor. Pada awal penubuhan sekolah ini, seramai 180 orang pelajar sahaja yang menduduki Kelas Peralihan Inggeris dan Tingkatan Satu aliran Melayu. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di banguna SRJK(C) Yu Ming, Pekan Nenas sehinggalah sekolah mendapat banguna sendiri pada 1967 yang terletak di Jalan Sawah. Dua blok bangunan dengan lapan bilik darjah, dua bilik makmal, satu bilik seni perusahaan dan satu bilik Ekonomi Rumah Tangga. Sehingga kini, sekolah telah mempunyai 6 blok bangunan, Makmal Komputer, Kantin, Suran dan Dewan Serbaguna.
Sekolah ini juga telah dipilih sebagai Sekolah Amanah Kohort 2014-2018. Antara objektif Program Sekolah Amanh ialah meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah, membaik pulih proses pengajaran, meningkatkan pembangunan modal insan
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas
- Jalan Sawah,
- 81500 Pekan Nenas, Pontian.
- Johor,
Malaysia
- Telefon = 07-6931237
- Fax = 07-6931237