Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen
Lokasi
 Malaysia Km.20, Jalan Kuching/Serian, 93250, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Autoriti pendidikanPadawan
Nombor sekolah6082611136
Kod sekolahYEE1303
Slogan"Arif dan Tekun"
Faks6082618976


Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen atau nama ringkasnya SMK Penrissen, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km.20, Jalan Kuching/Serian.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen memiliki 1255 pelajar lelaki dan 1337 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2592 orang. Ia mempunyai seramai 140 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Penrissen dipercayai adalah nama seorang juruukur zaman British terdahulu. Sekolah ini ditubuhkan pada 1965 dan mengalami pembaikan pada bangunan mengikut kesesuaian beberapa kali.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Johan dan Naib Johan Pertandingan Menulis Esei Kategori Sekolah Menengah Rendah PPD Padawan 2021
  • Juara Pertandingan Hoki Lelaki Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS) Daerah Kuching 2016[[1]]
  • Naib Juara Drama Bahasa Inggeris Bahagian Kuching 2015
  • Juara ASAT Public Speaking 2015
  • Juara Pertandingan Sofbol L18TKB MSS Sarawak 2018
  • Naib Juara Pertandingan Pidato Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia 2018

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Penrissen Nombor Satu Megah berdiri dan berjasa Menjadi perangsang hidup Putera Puteri harapan bangsa

Walau apa yang merintang Rukun negara menjadi pegangan Wawasan maju warga penyayang Berbudaya beriman

Korus: Gagah megah berdiri Sekolahku nan tercinta Warga arif tekun sentiasa Bersama menuju puncak jaya

Penrissen Nombor Satu Jasamu takkan kulupakan Membentuk insan sempurna harmonis Mencapai kesejahteraan