Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah
Lokasi
Felda Lasah, 31120, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6055918182
Kod sekolahAEA4131
Faks6055911037


Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah atau nama ringkasnya SMK Rlkt Lasah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Lasah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah memiliki 352 pelajar lelaki dan 348 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 700 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Idea Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah adalah hasil desakan Lembaga Pengelola Sekolah Kebangsaan RKT Lasah dan UMNO Cawangan Felda Lasah. Ia mula dibina pada tahun 1970 selepas 5 tahun Tanah rancangan persekutuan diduduki dan siap dibina pada awal 1971 atas desakan Ketua Pengarah Pendidikan Perak iaitu Tuan Haji Abdul Ghani Bin Haji Nasir.

Pembinaan utama adalah Blok A, B,C, dan kantin. Pada tahun 1974 bangunan bengkel seni perusahaan telah dibina. Tahun 1982 Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah berhadapan dengan masalah kekurangan kelas, hanya terdapat 8 kelas sahaja dari jumlah sepatutnya 15 kelas. Alternatif atasi masalah, kedua-dua makmal sains terpaksa digunakan dan kantin juga terpaksa diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah.

Selepas permohonan bangunan tambahan, pada September 1983, 2 bangunan tambahan dibina, bangunan Blok F dan sebuah bangunan setingkat ( 3 bilik ) dibina pada tahun 1991 – 1993.

Tahun 1997 Program Percubaan Persekolahan Satu Sesi ( 7.45 pagi dan berakhir jam 4.00 petang ) bermula. Pada awal tahun 1998, kerja-kerja pembinaan 3 blok bangunan mengandungi 6 unit Rumah Guru Kelas F telah dimulakan pembinaannya. Padas 1 Januari 2001 – Pembinaan Pusat sumber, bengkel seni dan sebatang jalan rintis dari blok bangunan baru ke jalan besar secara gotong-royong pihak sekolah dan PIBG. Bangunan Terkini dibangunkan pada 2008 yang terdiri dari 1 kiosk untuk PUM dan Bengkel Seni Visual.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Rlkt Lasah
Felda Lasah
31120, Sungai Siput (U)
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055918182
Fax = 6055911037

Pautan luar[sunting | sunting sumber]