Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi
Moto Berwawasan dan Berkualiti
Ditubuhkan 1 Januari 2000
Dirasmikan 12 September 2001
Jenis Sekolah harian, Sekolah menengah kebangsaan
Pengetua Tuan Haji Md. Rashid bin Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Cik Hajah Dayang Normala binti Abang Bohari
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Fauziah binti Dinel
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Ramile bin Mantali
Kod sekolah YEA1309
Lokasi Jalan Depo Petra Jaya,93050, Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang,  Malaysia
Nama singkatan SMKSP
Laman web smksp.atspace.com
Telefon 6082-441403
Faks 6082-441468

Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi atau nama ringkasnya SMK Semerah Padi, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Depo Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi memiliki 790 pelajar lelaki dan 781 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1571 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Semerah Padi telah ditubuhkan pada 1 Januari 2000 dengan nama asalnya SMK Petra Jaya No.2. Pengetua pertama sekolah ini, Puan Mordiah binti Sani bersama 27 orang guru telah memulakan sesi persekolahan pada 13 Januari 2000 dengan menumpang di SK Semariang Baru ( SK Semerah Padi ) bagi pelajar Tingkatan 1 dan di SMK. Petra Jaya serta SMK. Tunku Abdul Rahman bagi pelajar Tingkatan 2 dan 3. Bilangan kakitangan sokongan pada masa itu ialah lima orang. Jumlah pelajar pula ialah seramai 626 orang yang ditempatkan dalam enam buah kelas Tingkatan 1, 5 buah kelas Tingkatan 2 dan 4 buah kelas Tingkatan 3. Pada 16 Februari 2000, Encik Md Rashid bin Ahmad telah dilantik menjadi pengetua menggantikan Puan Mordiah binti Sani. Sekolah telah menerima bangunan baru pada 29 Mac 2000 dan pelajar-pelajar telah memulakan kelas di bangunan dan tapak baru mulai 5 April 2000. PIBG SMK.Petra Jaya No.2 telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 31 Julai 2000. YDP PIBG yang pertama ialah Encik Wan Hashim bin Tuanku Johan. Penaung PIBG yang pertama ialah Yang Berbahagia/YB Hajah Dona Babel,ADUN N7 Semariang pada masa itu. Pada tahun 2001 bilangan guru telah bertambah kepada 48 orang dan bilangan pelajar seramai 956 orang. 4 buah kelas Tingkatan 4 termasuk sebuah kelas Aliran Sains telah ditubuhkan. Terdapat 6 buah kelas bagi Tingkatan 2 dan 3, manakala bagi Tingkatan 1, terdapat 8 buah kelas termasuk sebuah Kelas Aliran Agama ( KAA ). SMK.Petra Jaya No.2, telah dirasmikan pada 12 September 2001 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr.Haji Abdul Taib bin Mahmud. Pada masa itu YAB telah mengumumkan pertukaran nama sekolah kepada Sekolah Menengan Kebangsaan Semerah Padi. Pada tahun 2002, bilangan guru telah meningkat kepada 64 orang. Bilangan kakitangan sokongan juga bertambah kepada sepuluh orang dan terdapat 1289 orang pelajar. Pada tahun ini terdapat 4 buah kelas Tingkatan 5, 6 buah kelas masing-masing di Tingkatan 4 dan 3, 8 buah kelas di Tingkatan 2 dan tingkatan satu serta sebuah kelas Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran ) Pada tahun 2003, bilangan guru telah meningkat kepada 73 orang. Manakala bilangan pelajar telah bertambah kepada 1350 orang. Terdapat 7 buah kelas Tingkatan 1, 8 buah kelas Tingkatan 2 dan 3, 7 buah kelas Tingkatan 4 dan 6 buah kelas Tingkatan 5. Pada tahun ini juga, SMK.Semerah Padi telah memperkenalkan Matapelajaran Vokasional ( MPV ) di Tingkatan 4, iaitu bagi matapelajaran Seni Reka Tanda ( SRT ) serta Katering dan Penyajian ( KP ).

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi

Menjadi sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang bagi menepati keperluan dan aspirasi Negara Malaysia

Misi

Mewujudkan suasana dan budaya yang kondusif, strategik serta berkualiti bagi menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

Slogan[sunting | sunting sumber]

"SMKSP menuju kecemerlangan"

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Menyediakan peluang pendidikan asas yang berkualiti bagi menghasilkan individu yang berketerampilan, bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
  2. Melaksanakan program pendidikan yang berwibawa, sistematik, berkesan dan terkini bagi menghasilkan insan yang bersikap proaktif, kreatif, inovatif dan produktif.
  3. Mengamalkan perkhidmatan pendidikan yang profesional, adil dan saksama bagi melahirkan insan yang berilmu, beriman, penyayang dan setia kepada negara.
  4. Menyediakan suasana sekolah yang indah, bersih dan ceria bagi menghasilkan insan yang mempunyai keyakinan diri, disiplin kendiri dan budaya sedia berkhidmat.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu sekolah bertajuk "Cahaya Ilmu. Lagu dan lirik ciptaan Abang Ahmad bin Abang Ballia.

[sunting | sunting sumber]

Logo berbentuk bulatan[sunting | sunting sumber]

Melambangkan semangat permuafakatan yang menjadi asas perpaduan rakyat negara ini

Bintang pecah lima[sunting | sunting sumber]

Melambangkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas pegangan hidup semua warga Malaysia

Kitab Al-Quran di atas rihal[sunting | sunting sumber]

Melambangkan kesucian matlamat pendidikan bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bermoral dan beretika.

Bunga padi berwarna merah[sunting | sunting sumber]

Melambangkan kejayaan yang bakal dikecapi hasil dari sikap berdisplin dan jati diri pelajar.

Latar belakang berwarna biru[sunting | sunting sumber]

Melambangkan budaya sekolah yang sentiasa aman, makmur, bersih, indah dan cemerlang.

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

"Berwawasan dan Berkualiti" bermaksud sekolah sentiasa berusaha ke arah menghasilkan pelajar yang berwawasan dan berkualiti yang pasti akan berbakti dengan berkesan dan cemerlang kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Peraturan sekolah[sunting | sunting sumber]

Waktu sekolah[sunting | sunting sumber]

Semua kelas diadakan pada sesi pagi mengikut masa berikut :

Isnin hingga Khamis : 06:50 pagi hingga 12:35 petang
Jumaat : 06:50 pagi hingga 11:35 pagi.
  • Bagi kelas Aliran Agama dan Aliran Sains waktu balik adalah tertakluk kepada jadual luar sidang masing-masing.
  • Guru Tingkatan akan mengambil kedatangan pelajar pada jam 07:05 pagi.
  • Pelajar-pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekolah ketika masa belajar dan waktu rehat tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong-Penolong Kanan.
  • Setiap pelajar tidak dibenarkan ponteng kelas. Sekiranya seseorang pelajar jatuh sakit atau memerlukan rawatan kecemasan, Sijil Rawatan atau surat penjelasan ibu bapa/penjaga hendaklah dikemukakan kepada Guru Tingkatan.
  • Semua pelajar wajib memakai tag nama dan lencana sekolah semasa berada dalam kawasan sekolah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi
Jalan Depo Petra Jaya
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082441403
Faks = 6082441468