Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang
MotoBerilmu, Beramal, Beristiqamah
Dirasmikan04.01.1999
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaPUAN HAJAH APIDAH BT SUKIRMAN
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPUAN FAZLIYATON BT ISA
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTUAN HAJI MOHD RIDZUAN B MOKHTI
Penolong Kanan KokurikulumENCIK MUHAMMAD IQBAL FIRDAUSI B UMAR
Kod sekolahCEA7067
LokasiKm 125 Jln Pintasan Temerloh/Mentakab 28000, Temerloh,, Pahang Darul Makmur,  Malaysia
Nama singkatanSEMESTU
Laman sesawanghttp://www.smkseritualang.com
Telefon6092901061
Faks6092901060


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang atau nama ringkasnya SEMESTU, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 125 Jln Pintasan Temerloh/Mentakab.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang memiliki 330 pelajar lelaki dan 427 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 757 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 65 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

  • Pada awal penubuhan SMK Seri Tualang dibuka pada 04.01.1999. Lokasinya terletak di kilometer 7 jalan pintasan Temerloh-Mentakab.
  • Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Rancangan Khas(KRK) di negeri Pahang.
  • SMK Seri Tualang mendapat nama sempena perkampungan berhampiran iaitu Kampung Tualang. Tualang merujuk kepada spesies pokok yang tinggi dan rimbun serta amat digemari lebah untuk membina sarang. Madu lebah pokok Tualang adalah madu yang bermutu tinggi dan paling mahal harganya.

Sekolah Model Khas[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah Model Khas bermula Januari 2004 dengan 52 orang pelajar Tahun 4 serta 3 orang guru. Sekolah Model Khas merupakan sekolah yang menggabungkan Tahap II pendidikan rendah dan pendidikan menengah di bawah satu pentadbiran. Di negeri Pahang sekolah Model Khas dikenali sebagai  Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP).

Kini[sunting | sunting sumber]

  • Pada masa kini terdapat 29 buah kelas dengan jumlah pelajar seramai 776 orang. Bilangan guru pula seramai 65 orang termasuk 2 orang kaunselor.
  • Sebahagian besar pelajarnya tinggal di asrama iaitu sebanyak 87% daripada jumlah pelajar sekolah ini. Hal ini, menjadikan SMK Seri Tualang sekolah yang paling ramai perlajarnya tinggal di asrama di Temerloh, Pahang.

Matlamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • SMK Seri Tualang menawarkan peluang kepada pelajar cemerlang dalam UPSR dan PT3 yang tidak berpeluang ke mana-mana Sekolah Berasrama Penuh.[1]
  • Sekolah ini beriltizam merealisasikan misi menjadikan pelajar sebagai insan yang prihatin, bertanggungjawab, proaktif, inovatif dan kreatif. Moto sekolah ini ialah Berilmu, Beramal dan Beristiqamah. Ciri-ciri tersebut akan disematkan kepada setiap pelajar dengan harapan supaya mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.[2]


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.
  • Pada tanggal 27 September 2016, SMK Seri Tualang telah diiktiraf menjadi IB World School setelah bertungkus lumus selama 3 tahun oleh guru-guru dan pelajar.[1]


Identiti Sekolah[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Gambar ini ialah logo terkini Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang digunakan sebagai lencana Rasmi SMK Seri Tualang
  • Bulatan - Pentingnya ilmu untuk menguasai dunia.
  • al-Quran - Pengangan hidup berlandaskan Islam.
  • Hijau - Melambangkan Islam
  • Merah - Keberanian
  • Kuning - Ketaatan kepada raja dan negara
  • Biru - Kesejahteraan dan Kelembutan






Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang
Km 125 Jln Pintasan Temerloh/Mentakab
28000, Temerloh
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092901061
Fax = 6092901060

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah Penubuhan". 2018. Dicapai 22 January 2018. 
  2. ^ "Sejarah SEMESTU". 2018. Dicapai 22 January 2018.