Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah PEE4035
Lokasi Simpang Empat 14100, Simpang Ampat,, Mutiara Timur,  Malaysia
Telefon 6045887255
Faks 6045880387


Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat atau nama ringkasnya SMK Simpang Empat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Simpang Empat.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat memiliki 757 pelajar lelaki dan 688 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1445 orang. Ia mempunyai seramai 84 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMKSE telah diasaskan pada tahun 1964. Jumlah guru pada masa itu ialah seramai 10 orang sahaja. Bilangan blok bangunan ketika itu ialah sebanyak 2 blok bangunan setingkat yang menempatkan tiga kelas tingkatan 3, empat kelas tingkatan 2 dan tiga kelas tingkatan 1. Kelas tingkatan 1 diadakan pada sebelah petang. Setiap kelas mempunyai pelajar seramai lebih kurang 20 orang sahaja. Anggaran jumlah pelajar ketika itu ialah 200 orang.

Nama pengetua pada masa itu ialah Encik Razikin b. Omar. Pembukaan rasmi SMKSE telah dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Tuan Mohamad Khir Johari al-Haj pada 30 Jun 1966.

Antara tahun 1966 hingga 1970, terdapat dua aliran di sekolah ini, iaitu aliran Melayu dan Inggeris. Sekolah aliran Inggeris ditubuh pada tahun 1966 dikenali Simpang Empat National Type English Secondary School yang diadakan oleh pelajar-pelajar aliran Melayu. Sementara pelajar aliran Melayu ditempatkan di 3 blok bangunan dua tingkat berbata merah yang baru siap dibina serta 1 blok bangunan 3 tingkat.

Pada tahun 1971, kedua-dua aliran ini telah dicantumkan di bawah satu pentadbiran dengan seorang pengetua sahaja.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Syabas. Berjaya mendapat tempat ke-5 dan ke-9 dalam pertandingan robotik tug of war sempena hari wilayah peringkat antarabangsa 2018.[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat
Simpang Empat
14100, Simpang Ampat
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045887255
Fax = 6045880387

Pautan luar[sunting | sunting sumber]