Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading
Lokasi
Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading atau nama ringkasnya SMK Seri Gading atau SEGA merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa pembukaannya pada tahun 1978, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Parit Haji Hassan (Sekolah Menengah Tun Ismail II) kerana ia dijadikan cawangan Sekolah Menengah Tun Ismail, Parit Raja. Dengan itu pentadbirannya diletakkan dibawah kelolaan Pengetua Sekolah Menengah Tun Ismail iaitu En. Rashid bin Haji Ramlan. Encik Salihon bin Simin, salah seorang guru Sekolah Menengah Tun Ismail telah dilantik menjadi penyelia sekolah ini sehingga seorang pengetua dilantik.

Nama Sekolah Menengah Rendah Parit Haji Hassan diambil sempena nama kampung yang terletak berhadapan dengan sekolah ini iaitu Kampung Parit Haji Hassan. Tokoh yang telah membuka kampong ini ialah Tuan Haji Hassan bin Haji Saad atau yang juga dikenali dengan nama Tuan Haji Hassan bin Basri.

Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 1978 dengan 284 pelajar dan 16 orang tenaga pengajar. Sebanyak enam kelas tingkatan satu dan satu kelas peralihan telah dibuka. Pada tahun penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan sahaja yang mengandungi bengkel seni perusahaan, makmal, bilik jahitan, bilik masakan, bilik darjah dan kantin. Mata pelajaran asas dan praktikal termasuk Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga dan Seni Perusahaan.

Sekolah-sekolah penyumbang pelajar kepada sekolah ini ialah:

1.    Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal

2.    Sekolah Kebangsaan Seri Gading

3.    Sekolah Kebangsaan Tanjung Semberong

4.    Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat

5.    Sekolah Kebangsaan Seri Nasib Baik

6.    Sekolah Kebangsaan Seri Aman

7.    Sekolah Kebangsaan Pintas Raya

8.    Sekolah Kebangsaan Pintas Puding

9.    Sekolah Kebangsaan Seri Pandan

10. Sekolah Kebangsaan Jelutong Parit Raja

11. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sri Gading

12. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sri Gading


http://1.bp.blogspot.com/-sHkIoC_Ts8Y/UpaYu3XlkvI/AAAAAAAAANQ/YjcxDLJZhzI/s1600/SMKSG1.jpg

Sekolah Menengah Rendah Parit Haji Hassan telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd. Suhaimi bin Datuk Haji Kamaruddin D.P.M.S. A.M.N. , Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada hari Selasa 22 Sepetember 1981.

Pada tahun 1984 tiga blok bangunan tambahan telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Blok-blok tersebut mengandungi bilik darjah, makmal, bilik jahitan, bilik pengurusan diri, bilik sakit dan perpustakaan.

Sesi 1991/1992 Sekolah Menengah Parit Haji Hassan telah menempa sejarah kerana bermulanya tingkatan empat sebanyak dua kelas. Tingkatan empat aliran Sastera telah dibuka dengan jumlah pelajar seramai 81 orang. Pada sesi 1992/1993, dua kelas tingkatan lima dengan 73 orang pelajar menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kalinya. Sekolah ini sekali lagi menempa sejarah apabila sesi persekolahan tahun 2000, satu kelas Tingkatan Empat Sains telah dimulakan. Seramai 23 orang pelajar telah menjadi perintis.


http://4.bp.blogspot.com/-QYj96UkKq6M/UpaZsr5GaQI/AAAAAAAAANg/hE6jiRzX5zY/s1600/SMKSG2.jpg

Pada akhir tahun 1999, asrama sekolah telah siap dibina mengandungi dua blok bangunan tiga tingkat (asrama putera dan puteri), satu blok dewan makan dan sebuah surau. Tujuannya ialah untuk menempatkan pelajar-pelajar Rancangan Khas dari kawasan berhampiran. Program ini telah dimulakan pada sesi persekolahan pada tahun 2000 dengan membuka dua kelas Rancangan Khas dan melibatkan lebih kurang 100 orang pelajar.

Bermula pada bulan Februari 2001 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading di atas persetujuan di antara pihak pengurusan atau pengelola sekolah dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Nama SMK Sri Gading dipilih kerana:

1.    Sekolah ini terletak dalam kawasan Mukim 8 iaitu Mukim Sri Gading.

2.    Sekolah ini berhampiran dengan pekan Sri Gading yang sedang membangunan.

3.    Sekolah ini berhampiran dengan kawasan Perumahan Sri Gading.

4.    Sekolah ini berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Sri Gading.

5.    Gading merupakan benda yang bernilai tinggi. Contohnya: Gading gajah dan menara gading.

6.    Satu Bandar Satelit Sri Gading akan dibangunkan di kawasan yang berdekatan.

7.    Sekolah ini terletak dalam kawasan Parlimen Sri Gading.

8.    Parit Haji Hassan merupakan kawasan perkampungan kecil yang tidak kelihatan maju yang boleh memberi imej negatif kepada sekolah.

Pada tahun 2001 Yayasan Sultan Iskandar telah memberi cahaya baru dalam dunia pendidikan kerana telah dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Yayasan Sultan Iskandar telah menyumbangkan sebuah makmal yang dilengkapi dengan 20 buah komputer agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik IT. Majlis perasmian makmal komputer Yayasan Sultan Iskandar SMK Sri Gading telah dilaksanakan oleh DYMM Tuanku Ibrahim Ismail Ibn Sultan Iskandar al-Haj. Tunku Mahkota Johor pada hari Selasa 17 April 2001.

Pada tahun 2002 sekolah ini telah memulakan Program Tunas Cemerlang Bola Sepak terdiri daripada 23 orang pelajar tingkatan satu. Majlis Pelancaran dan Penyerahan Peralatan telah diadakan pada hari Rabu 11 Mac 2002 oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Senan bin Ibrahim. Satu kelas Rancangan Khas Sains juga telah dimulakan pada tahun tersebut.

Prasarana SMK Sri Gading telah diperlengkapkan lagi dengan pembinaan makmal komputer. Makmal komputer ini telah dilengkapi dengan 42 buah komputer dan sebuah bilik server serta kemudahan internet.

Sejarah bangunan baru bermula di satu kawasan hutan belukar. Pada sekitar bulan Januari 2002 dua blok bangunan tiga tingkat telah mula dibina. Bangunan ini telah siap pembinaanya pada akhir tahun 2002. Bangunan ini telah dilengkapi dengan makmal Biologi, Kimia dan Fizik. Juga 10 buah bilik darjah, perpustakaan, bilik guru, bilik mesyuarat, bengkel Kemahiran Hidup, bilik SPBT, bilik Muzik, tandas dan stor. Bangunan ini telah mula digunakan oleh pelajar pada bulan April 2003.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading
Batu Pahat, Johor, Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]