Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama (SMKSU)
Lokasi
 Malaysia Jalan 227B/51A 46100, PETALING JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah03-79575299
Kod sekolahBEA8624
Faks03-79571219
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama atau nama asalnya Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 227 telah ditubuhkan pada bulan Disember 1994. Pada awal pembukaannya, hanya terdapat 10 buah kelas iaitu 6 buah kelas tingkatan satu dan 4 buah kelas perlihan. Manakala jumlah tenaga pengajaranya pada ketika itu adalah seramai 17 orang guru, pelajarnya iaitu seramai 350 orang.

Kini, setelah sedekad berlaku, jumlah pelajarnya telah menjangkau seramai 821 orang dengan memiliki 463 pelajar lelaki dan 358 pelajar perempuan, manakala, jumlah tenaga pengajarnya pula telah bertambah ke angka 56 orang. SMK Sri Utama juga diperkukuh dan dibantu dengan tenaga staf sokongan sebanyak 9 orang dan jumlah kelas telah meningkat sebanyak 33 buah kelas merangkumi kelas tingkatan 1,2,3,4, dan 5. Bagi menceriakan sekolah, blok-blok bangunan telah diberikan nama blok Mutiara, blok Nilam, blok Delima dan blok Zamrud. Selain itu, sebuah bangunan makmal komputer yang telah dibina dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2004. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif pihak pengurusan sekolah telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah Pondok Bacaan bagi kegunaan para pelajar sekolah. Dengan tajaan Syarikat Carrefour Malaysia. Pondok Bacaan itu menjadi realiti dan mula digunakan pada awal tahun 2004.

Falsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

Mengakui bahawa semua pelajar di sekolah ini mempunyai potensi, kebolehan dan bakat yang boleh diperkembangkan untuk mencapai Wawasan dan Matlamat Pendidikan Negara sesuai dengan hasrat Wawasan Negara.

Yakin semua pendidik dan kakitangan sekolah ini mempunyai kepakaran kemeluran, ketrampilan berkeupayaan dan berdedikasi serta sanggup menggembeling tenaga untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, kreatif and aktif dan berdaya saing.

Dengan itu kami guru-guru SMK Sri Utama adalah komited untuk mewujudkan budaya kerja cemerlang dalam setiap tugas dan tanggungjawab kami sebagai pendidik selaras dengan ISO 9000 dan mencapai Wawasan 2020.

Piagam Pelangaan sekolah[sunting | sunting sumber]

Memastikan semua murid mendapat peluang belajar yang adil dan saksama.

Memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, sistematik dan terkawal.

Bersedia memberi penerangan dan maklumat berkaitan sekolah dengan tepat kepada pihak yang berkenaan.

Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan adil sepanjang masa.

Memastikan kesejahteraan warga sekolah sentiasa dititikberatkan melalui kepimpinan yang penyayang.

Mewujudkan hubungan baik dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

                                    “Kepuasan anda adalah matlamat kami”

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Membangun Potensi Individul Melalui Pendidikan Berkualiti.

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berilmu
Pelajar-pelajar di SMK Sri Utama mempunyai misi utama menjadi manusia yang lebih berilmu dan berguna kepada pembentukan sebuah negara yang maju.

Berakhlak
Pelajar-pelajar di SMK Sri Utama juga merupakan pelajar-pelajar dyang mempunyai akhlak yang mulia kerana walaupun seseorang itu mempunyai banyak pengetahuan tetapi tanpa akhlak yang mulia pengetahuan itu tidak mempunyai nilai.

Berjaya
Pelajar-pelajar SMK Sri Utama diajar agar mempunyai satu matlamat dalam hidup iaitu berjaya dalam semua aspek kehidupan terutamanya pelajaran.

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana S.M.K. Sri Utama

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Wawasan Putera Puteri

Tersergam indah di Petaling Jaya
Gedung ilmu naungan kami
Menimba ilmu mencurahkan bakti
Di sekolah kami

Putera Puteri Sri Utama
Kami anak wawasan negeri
Berdiri teguh berani berdikari
Demi kejayaan kami

[Chorus] Berilmu, Berakhlak, Berjaya
Pengangan dan panduan kami
Menimba ilmu tanggungjawab kami
Demi mencapai impian yang kami ingini
Kejayaan sentiasa menanti kami

Tersergam indah di Petaling Jaya
Gedung ilmu naungan kami
Menimba ilmu mencurahkan bakti
Di sekolah kami

Putera Puteri Sri Utama
Kami anak wawasan negeri
Berdiri teguh berani berdikari
Demi kejayaan kami


Pencipta: Pn.Salmah Abudul Rahman, bekas guru SMKSU


Penyunting: En.Mohd Azhar b.Akashah, MBSA

<b

Pautan luar[sunting | sunting sumber]