Sekolah Menengah Kebangsaan St. Luke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Luke (M)
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 276,, 95000, Sri Aman,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTo Give Light
Ditubuhkan1863
Nombor sekolah6083322089
Kod sekolahYFB2101
PengetuaPuan Limok Anak Shem
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Villa Lau Po Choo
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Rosdi Bin Shamsuddin
SingkatanSMKSL
Faks6083320620


Sekolah Menengah Kebangsaan St. Luke (M) atau nama ringkasnya SMK St Luke (M), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 276,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Luke (M) memiliki 542 pelajar lelaki dan 570 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1112 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Luke ini diasaskan oleh Reverend Father William Crossland pada 1863. Beliau berasal dari Eropah dan telah dihantar ke Banting, sebuah perkampungan masyarakat Iban di daerah Lingga, Sri Aman. Setelah beberapa bulan menjalankan tugas-tugas mubaligh di sana, beliau telah mendirikan sebuah stesyen baru di Sabu, tapak terletaknya SK St. Lawrence, Sri Aman sekarang ini. Di situlah beliau memulakan usaha beliau untuk memberi pendidikan kepada anak-anak masyarakat pribumi. Langkah pertamanya ialah menjalankan pendidikan secara tidak formal kepada masyarakat setempat.

Pada mulanya, proses pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan di rumah Father Crossland kerana tiada bangunan sekolah. Jumlah murid hanyalah 15 orang. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara tidak formal. Aktiviti pembelajaran hanya dijalankan jika beliau mempunyai kelapangan dan tidak terikat dengan tugas-tugas pendakwaan di tempat lain.

Pada tahun 1867, Father Crossland terpaksa meninggalkan Borneo kerana kurang sihat. Akibatnya sekolah St. Luke terpaksa ditutup. Namun usaha mulia beliau untuk mendidik anak-anak pribumi di St. Luke diteruskan oleh rakan seperjuangannya iaitu William Howell pada tahun 1878. Atas usaha beliau yang gigih, akhirnya sebilangan muridnya telah berjaya dilatih untuk menjadi tenaga guru di sekolah yang sama. Pada tahun 1928, selepas berkhidmat selama 50 tahun, beliau telah bersara.

Father Arthur Stonton telah mengambil alih tugas yang telah ditinggalkan oleh Father Howell. Beliaulah yang bertanggungjawab memindahkan ibu pejabatnya serta sekolah St. Luke ke kawasan Munggu Sabun berdekatan dengan gereja baru St. Luke sekarang. Father Stonton adalah orang yang bertanggungjawab dalam melahirkan banyak tenaga tempatan sebagai pengajar di sekolah ini waktu itu. Antara tenaga pengajar pribumi ketika itu (1931) ialah En. Bentai, En. Willie, En. Lee Hoa Sen, En. Alfred Linggang, En. Maurice Liboh, En. Giri dan En. Kay Koon. Ketika iti mereka hanya diberikan gaji sebanyak $8.00 sebulan. Enrolmen pelajar juga telah meningkat kepada 50 orang dan para pelajar telahpun mempunyai pakaian seragam sekolah putih (baju) dan hitam (seluar/skirt).

Semasa pendudukan Jepun, Father Stonton telah diberkas di Kem Tahanan Batu Lintang, Kuching bersama ratusan tahanan perang yang lain. Pada ketika itu, hanya tiga orang pengajar masih meneruskan tugas mereka. Mereka ialah Mr. Anding, Mr. Alfred Linggang dan Cik Lily Nanang. Sekolah St. Luke telah dijadikan sebagai sekolah Jepun dengan bahasa Jepun dan lagu kebangsaan Jepun diajarkan kepada para pelajarnya. Antaranya orang yang menjadi pelajar ketika itu adalah En. Stephen Landong (salah seorang Pengetua Sekolah ini kemudiannya).

Selepas pendudukan Jepun tamat (1945), Father Stonton dibebaskan dan kembali berkhidmat di sekolah St. Luke dan bersara pada 1957. En. Wellington Rufus Nanang adalah antara bekas pelajar dan guru sekolah ini yang paling berjaya ketika itu. Beliau merupakan antara guru terlatih yang pertama berkhidmat di St. luke pada tahun 1950. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun 1958 dan berjaya mendapat ijazah. Guru Besar yang telah berkhidmat selepas Father Stonton ialah En. Baker. Namun beliau hanya berkhidmat di St. Luke dalam jangka masa yang agak singkat. Selepas beliau, Reverend Father Tenant telah mengambil alih tugasnya sebagai Guru Besar.

Antara guru-guru dan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini selepas Rev. Father Tenant termasuklah : Encik Baker (1960 - 1961)

Encik Garland (1962 - 1964)

Encik Hilton Muda (1965)

Encik Chang Yu Hui (1965 - 1967)

Encik K.V. Varghese (1968 - 1970)

Encik Ricky Ho Chee Hong (1971 - 1974)

Encik Robert Yong Mok Seng (1975 -1978)

Encik Nicholas Ansie (1978 - 1981)

Encik Stephen landong (1981 - 1982)

Encik Tay Jik Kaw (1982 - 1984)

Encik Hilary Jugah (1985 - 1987)

Encik Nicholas Ansie (1987 - 1994)

Puan Ngian Silang (1994 - 2000)

Encik Wong Hiong Foo (2001 - 2005)

Encik Mering Jock Eng (2006 - 2014)

Puan Limok Anak Shem (2014 - sekarang)

Tahun 1967 merupakan detik bersejarah bagi sekolah ini kerana Sekolah St. Luke telah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Bantuan St. Luke dan Sekolah Menengah Bantuan St. Luke. Pemisahan ini berlaku berikutan siapnya bangunan dua tingkat di tapak letaknya Blok A sekarang ini.

Pada tahun 1968 sehingga 1970, pentadbiran sekolah dikendalikan oleh Encik K.V. Varghese. Selepas itu, En. Hilton Muda dan Father Basil Temenggung memikul tugas sebagai pentadbir sekolah secara bersama sehingga En. Ricky Ho melapor diri sebagai Pengetua Sekolah yang baru. Manakala, En. Stephen Landong pula dilantik sebagai Penolong Kanan.

Pada tahun 1975, En. Robert Yong telah mengambil alih tugas En. Ricky Ho sebagai pengetua sekolah SMB St. Luke sehingga tahun 1978. Semasa perkhidmatan beliau, bilangan pelajar telah meningkat dan memerlukan pertambahan jumlah kelas. Akibatnya beliau telah mengubahsuai Blok Asrama Lelaki yang tidak digunakan menjadi lima buah kelas yang baru. Blok yang dimaksudkan adalah Blok F sekarang.

Pada tahun 1978 sehingga 1981, jawatan pengetua telah disandang oleh En. Nicholas Ansie. Semasa pentadbiran beliau, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah mengambil keputusan meneruskan usaha En. Ricky ho bagi mendirikan sebuah lagi bangunan dua tingkat (Blok B) dan membina kuarters guru bagi menampung pertambahan pelajar dan guru-guru. Untuk menjayakan misi tersebut, pihak sekolah telah mengadakan Fun-fair setiap tahun sehingga memperolehi dana yang cukup bagi merealisasikan impian tersebut. Pada tahun 1979, ternyata impian tersebut telah menjadi kenyataan.

Pada tahun 1981, sebuah lagi bangunan semi-permanent woodwn classroom telah dibina. Bangunan ini dibina atas cadangan pihak ibu-bapa pelajar yang mahu anak-anak mereka belajar dalam satu sesi pembelajaran sahaja (satu sesi). Pembinaan bangunan tersebut banyak dibantu oleh sumbangan ibubapa dan atas kerjasama pihak Rangers dari Kem Pakit. Ia siap dibina semasa pentadbiran En. Stephen Landong. Pada ketika ini juga, Sekolah Menengah St. Luke memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran Bahasa Melayu buat pertama kalinya. Aliran Bahasa Melayu telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1985.

Bangunan kayu yang menempatkan 5 buah kelas tersebut akhirnya dirobohkan pada tahun 1995 kerana pihak sekolah ingin membina bangunan dua tingkat (Blok C) yang boleh memuatkan 10 bilik kelas yang baru. Kos pembinaan bangunan tersebut adalah setengah juta ringgit Malaysia. Sehingga tahun 1993, Sekolah Menengah Bantuan St. Luke hanya mampu menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga sahaja. Pada tahun 1994, Tingkatan Empat telah dimulakan kelasnya dan empat tahun kemudian, Sekolah Menengah Bantuan St. Luke dinaik taraf menjadi sekolah Gred A.

Ketika ini, SMK St. Luke sedang dalam usahanya menjayakan projek 2003 bagi mempertingkatkan prasarana dan kemudahan sekolah. Pada tahun 2003 juga, buat pertama kalinya sekolah ini menawarkan kelas aliran sains bagi tingkatan empat. Justeru itu, sekali lagi pihak sekolah menghadapi keperluan untuk menambah bangunan kelas yang sedia ada.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah untuk menjadikan SMK St. Luke sebuah institusi pendidikan yang disegani dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi setiap warga St. Luke.

Profil Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH

SMK ST LUKE MENJADI SEKOLAH TERBAIK DI BAHAGIAN SRI AMAN DAN KE-30 TERBAIK DI PERINGKAT NEGERI SARAWAK MENJELANG TAHUN 2010


MISI SEKOLAH

Mewujudkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang berkesan.

Memaksimumkan kemenjadian pelajar

Mengamalkan budaya ilmu

Memupuk sekolah yang mesra insan

Memupuk integrasi kaum

Menyediakan persekitaran sekolah yang selamat

Mengamalkan budaya kerja yang cermelang

Menyediakan prasarana sekolah yang mencukupi, selesa dan sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan semasa.


TEMA PEMBANGUNAN SEKOLAH

Ke arah Kecemerlangan dengan memaksimumkan semua sumber yang ada


BATTLE CRY

Proud to be Lukean

Get Ahead, Stay Ahead


PIAGAM SEKOLAH

KAMI warga SMK St. Luke dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

Memberi perkhidmatan pendidikan yang cemerlang

Menguruskan kerja dengan jujur, cekap, pantas dan bijaksana.

Bertugas sebagai satu pasukan yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif demi masa depan semua anak didik kami.

Mewujudkan suasana yang kondusif supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, licin dan aktif mulai hari pertama hingga hari terakhir sesi persekolahan.

Mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah dari semasa ke semasa.

Mewujudkan hubungan yang berkesan dengan ibubapa dan masyarakat demi peningkatan mutu pendidikan di sekolah.

Bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak dalam usaha meningkatkan prestasi dan maruah.

Memastikan proses perkembangan insan di kalangan pelajar meningkat melalui motivasi, bimbingan dan kaunseling.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

MIGHTY ST. LUKE

Mighty St. Luke, we behold

To give light is our school motto

Tall, proud, unwavering

Caring, sharing and loving


Mighty St. Luke, we proclaim

To bring fame and glory to thy name

Unbeatable, undauntedly proud we stand

Proud and steadfast in our motherland


Dedicated teachers we possess

Bringing St. Luke to success

Working together closely as a team

Striving towards a common dream


Mighty St. Luke, we promise thee

Good, hardworking students we must be

Thy good name we will uphold

Loyal citizens of tomorrow

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pelajar Cemerlang SPM 2019 :

No Nama Pelajar Pencapaian
1. Felix Othneal Anak Frank 9A
2. Patrich Lebune Darrent Anak Affendy 9A
3. Tan Shien Zhong 9A 1B
4. Matthelda Anak Maxwell 9A 1C
5. Ivan Eu Sik Wei 8A 1B
6. Russell Empin Anak Winston Rangga 8A 1B
7. Phidias Voon Yik Ying 8A 2B
8. Tay Miaw Khieng 8A 2B
9. Ho Pei Ling 8A 1B 1C
10. Vincent Wong Bing Sheng 8A 1B 1C
11. Kentworthy Galau Anak Samson 7A 2B
12. Susan Choo Ying Ling 7A 2B
13. Yvoone Anak Stanny 7A 2B
14. Oswald Anak Stanley 7A 1B 1C
15. Rommel Jeki Anak Jay 7A 2C
16. Abigail Serika Anak Elebis Tan 6A 3B
17. Denily Dylanis Anak Demendraa 6A 2B 1C
18. Melissa Lo Siew Chen 6A 2B 1C
19. Safika Anak Nisom 6A 2B 1C
20. Stannievia Ishika Anak Nel 6A 2B 1C
21. Chin Lii Khie 6A 2B 2C
22. Josephine Ting Hieh Rong 6A 2B 2C
23. Camillia Anak Dustan Snap 5A 3B 1C
24. Fam Siew Chen 5A 3B 1C
25. Ivone Nelle Anak Kenedy 5A 3B 1C
26. Jeocy Anak Anthony 5A 3B 1C
27. Edna Alicia Anak Chimiam 5A 2B 2C
28. Max Cabalera Anak Renggie 5A 2B 3C
29. Ezekiel Dampa Anak Joshua 5A 1B 2C 1D
30. Nathalie Euricha Anak Nandong 5A 1B 3C 1D
31. Bong Zheng Xian 5A 1C
32. Annatasia Jungkai Anak Gregory 5A 4C
33. Isabella Christie Anak Zelli 5A 3C 1D

GPS SEKOLAH : 4.38

LAYAK MENDAPAT SIJIL : 90.34% [131/145]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Luke (M)
Peti Surat 276,
95000, Sri Aman
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6083322089
Fax = 6083320620

Pautan luar[sunting | sunting sumber]