Sekolah Menengah Kebangsaan Subang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Subang
Lokasi
Kampung Melayu Subang, Petaling, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah
MotoIlmu Cahaya Kehidupan
Ditubuhkan1997
PengetuaKhairun Aznida binti Mokhtar
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ahmad Za'im Faisal bin Muhammad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Suzianah binti Abdul Latif
Penolong Kanan KokurikulumPuan Farid Fadillah binti Mohd Gani


Sekolah Menengah Kebangsaan Subang (SMKS) (dulu dikenali sebagai SMK Bukit Cerakah) ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1997. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sekolah ini berjiran dengan Sekolah Kebangsaan Subang dan berdekatan dengan Subang Skypark/Terminal 3 Lapangan Terbang Subang. Antara sekolah-sekolah menengah lain yang berdekatan dengan sekolah ini ialah SMK Bukit Jelutong, SMK Lembah Subang dan SMK Subang Bestari.

SMKS menggunakan nama tokoh-tokoh Islam bagi bilik tertentu antaranya, bilik guru: bilik mawaddah, perpustakaan: al farabi dan lain-lain. SMKS juga mengadakan acara-acara tahunan yang wajib diadakan antaranya ialah, sukan tahunan, Simulasi Haji, Pelancaran Program Membaca, sambutan hari kebangsaan-merdeka, dan karnival-karnival. Pada tahun 2007 SMKS telah meraikan ulangtahunnya yang ke-10. Pelbagai acara telah diadakan sempena ulangtahun ini. Pada tahun 2009, SMK Subang telah menyertai satu pertandingan anjuran TOYOTA iaitu Toyota ECO Youth, dan SMK Subang telah melayakkan diri untuk menjadi wakil Negeri Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang memiliki 1202 pelajar lelaki dan 1100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2302 orang. Ia mempunyai seramai 126 orang guru.2009

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

SMK Subang mula beroperasi pada 1 Januari 1997 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cerakah. Pengetua yang pertama ialah Datin Norsiah binti Ariffin dengan bilangan gurunya berjumlah 22 orang, iaitu 15 orang siswazah dan 7 orang guru bukan siswazah. Bilangan kelasnya, 7 kelas tingkatan dan 3 kelas peralihan.

Sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan SS17,Subang Jaya. Bangunan Blok Satria telah digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. dua buah bilik di aras empat bangunan Blok Wira telah digunakan sebagai pejabat dan bilik guru. Pihak sekolah juga menggunakan semua kemudahan yang ada di Sekolah Menengah Kebangsaan SS17, Subang Jaya, seperti penggunaan makmal dan sebagainya.

Pada Januari 1999,sekolah ini mula beroperasi di bangunan sendiri di Kampung Melayu Subang dan secara rasmi bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Subang atas persetujuan PIBG berdasarkan lokasi sebenar sekolah ini.

Kini,sekolah ini mempunyai 1896 orang murid iaitu 1039 di sesi pagi dan 857 di sesi petang, dan jumlahnya sering bertambah dari masa ke semasa. Jumlah kelas pula adalah 55,iaitu 30 di sesi pagi dan 25 di sesi petang (updated 2009).Jumalah guru pula adalah 123 orang. Jumalah staf sokongan pula adalah seramai 12 orang.

Pengetua:Puan Hjh Zawiah bt Yahya

PK Pentadbiran:En.Sabri B.Ba

PK Kokurikulum: Pn.Azizah Bt. Che Nawi

PK Hal Ehwal Murid (HEM): Tuan Haji Shamidi B. Kosiran

Penyelia Petang: Monaliza bt Ismail

Penolong Penyelia Petang: En. Mohammed Nazri B. Mohammed Yusof

VIP @ SMK Subang[sunting | sunting sumber]

01.Y.BHG.Dato' DR. Ahamad B.Sipon(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)(2006)

02.Dato'Razali(Timbalan Pengarah Pelajaran 2)

03.Ustaz Syakirin

04.Naib YDP Kapt(B)Shamsudin bin Jaafar

05.Dato Mokhtar Dahlan DUN Kota Damansar


Anugerah[sunting | sunting sumber]

SMK Subang pernah dimasukkan kedalam Malaysia Book of Records kerana telah membuat Baju Kurung terbesar di Malaysia hasil kerjasama murid dan guru.

SMK Subang pernah mewakili Selangor dalam satu pertandingan anjuran TOYOTA iaitu Toyota ECO Youth.

SMK Subang pernah menjadi naib johan bagi memenangi pertandingan Choral Speaking 2009 Daerah Petaling 1.

Duta Remaja Celcom

SMK Subang berjaya menjadi naib juara pertandingan memasak Chef Remaja Maggi di peringkat Selangor pada tahun 2013.


SMK Subang menjadi johan dalam pertandingan hockey mssd pada tahun 2018

Malaysia Book of Records[sunting | sunting sumber]

Dengan semangat 'YAKIN BOLEH' , SMKS telah berjaya melakukan gemilang di dalam buku MALAYSIA BOOK OF RECORD pada tahun 2001 dengan terhasilnya Baju Kurung Gergasi Jalur Gemilang .

Baju kurung yang ideanya diilhamkan oleh Puan Shazana bt Shamsudin ini berukuran 12.5 meter panjang dan 13.24 meter lebar , dihasilkan atas dedikasi 6orang guru iaitu Pn.Shazana , Pn.Noor Azizah , Pn.Syarifah , Pn.Badariah , Pn.Rohaya dan Pn.Salinah . Guru-guru ini turut dibantu oleh seramai lebih kurang 50 orang murid dalam urusan menyiapkan kelengkapan dan menggantungkannya .

Baju kurung yang dihasilkan daripada 50 meter kain dan menelan kos hampir RM1000 ini pula dijahit pada 2 Ogos 2000 dan siap pada 16 Ogos 2000 iaitu mengambil masa selama 2 minggu .

Hasil kreativiti dan pembalengan tenaga guru-guru Persatuan Sejarah , Seni , Sains dan Geografi ini telah mendapat liputan meluas pihak media . Pihak TV3 telah menyiarkan visual ini didalam Buliten Utama pada 29 Ogos 2000 . Berita mengenainya juga disiarkan dalam akhbar berita Harian pada 24 Ogos 2000 .

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Subang adalah sebuah sekolah yang aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum, sukan, dan sering terlibat dalam pelbagai program seperti kem, lawatan, dan pertandingan-pertandingan antara sekolah.

Antara sukan yang popular di sekolah ini dan sering mendapat kejayaan cemerlang di peringkat sekolah dan daerah ialah bola jaring, dan softball. Pasukan softball sekolah ini adalah antara yang terkuat dan digeruni di negeri Selangor kerana sering memenangi kejohanan softball saban tahun. Sukan di sekolah ini dikuasai oleh rumah sukan hijau apabila berjaya menjuarai acara keseluruhan, di hadapan biru, merah dan kuning. Bagi unit beruniform, SMKS mengadakan Pertandingan Kawat Kaki setiap tahun, dan selalunya unit beruniform kadet polis sering kali menjuarai pertandingan inI. Terdapat pelbagai unit beruniform yang ada di SMKS antaranya ialah Kadet polis, Bomba, pengakap, PBSM dan Puteri Islam.

Selain dari itu, SMK Subang juga merupakan Johan Sekolah Menengah Terbaik bagi Kejohanan Merentas Desa MSSD Petaling Perdana selama 5 tahun berturut-turut (2009 - 2013).

Pada tahun 2011, SMK Subang telah melakukan transformasi rumah sukan atas sebab pertambahan murid serta memberi nafas baru dan semangat kesukanan terhadap murid-murid. Nama rumah telah diubah dan SMK Subang telah menambah satu lagi rumah sukan yang berwarna jingga(oren). Nama rumah sukan diambil daripada nama batu permata. Antaranya ialah sapphire(biru),topaz(kuning),ruby(merah),emarald(hijau) dan yang terbaru citrine(oren)

Identiti sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Menjulang martabat ilmu
Mengamal pekerti mulia
Memegang prinsip jati diri
Memohon restu rahmat ilahi

Berbudi berbakti ikrar kami
Berganding bahu erat perpaduan
Hidup sejahtera bersatu hati
Sedia seiring menuju wawasan

SMK Subang terus cemerlang
Sebagai teladan menjadi perangsang
Warga Terdidik bersemangat juang
Cekal tempuhi cabaran mendatang

Berbudi berbakti ikrar kami
Berganding bahu erat perpaduan
Hidup sejahtera bersatu hati
Sedia seiring menuju wawasan

SMK Subang terus cemerlang
Sebagai teladan menjadi perangsang
Warga Terdidik bersemangat juang
Cekal tempuhi cabaran mendatang
Cekal tempuhi cabaran mendatang

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

Ilmu cahaya kecemerlangan

Misi[sunting | sunting sumber]

Melahirkan masyarakat yang memiliki

1.Keseimbangan sahsiah

2.Kecemerlangan akademik

3.Kegemilangan kokurikulum

Visi[sunting | sunting sumber]

SMK Subang akan menjadi gedung ilmu dan teladan kepada masyarakat sejagat pada 2013.

Ikrar sekolah[sunting | sunting sumber]

Maka kami,
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Subang,
Berikrar,
Akan menjadi,
Seorang insan, yang berilmu,
berpengetahuan berpandukan
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara,
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada raja dan negara,
Keluhuran perlembagaan,
Kedaulatan undang-undang,
Kesopanan dan kesusilaan. sedang dipebaiki

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Penerangan Tentang Lencana Sekolah

1.Perisai : Ketahanan Diri 2.Buku Terbuka : Ilmu Pengetahuan 3.Bukit : Alam dan Kesegaran serta Keindahan 4.Matahari : Cahaya sebagai Sinar Kecemerlangan 5.Atom : Teknologi Tinggi yang Perlu Dinikmati 6.Warna :-

Hijau= Kesegaran, Cergas, Cerdas Kuning= Cahaya yang menyuluh jalan mencapai kecemerlangan Biru= Perpaduan dan Kerjasama

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Subang
Kampung Melayu Subang
Selangor, Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • [www.smks.edu.my Sekolah Menengah Kebangsaan Subang]
  • Majalah sekolah, INFINITI
  • Buku perasmian Sekolah (2006)
  • Smk Subang Official Myspace
  • Smk Subang @ Facebook
  • bnksmksubang.blogspot.com