Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar
MotoAlah Bisa Tegal Biasa
Dirasmikan (1957-08-16) 16 Ogos 1957 (umur 61)
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
PengetuaTuan Haji Badruddin Bin Yusoff
Kod sekolahCEB4032
LokasiJalan Beserah 25300, Kuantan,, Pahang Darul Makmur,  Malaysia
Nama singkatanSABS
Telefon609566 5759
Faks609568 5627
Peta Google.


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar atau nama ringkasnya SMK Sultan Abu Bakar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Beserah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar memiliki 491 pelajar lelaki dan 687 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1178 orang. Ia mempunyai seramai 117 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (atau SMK Sultan Abu Bakar / SABS / SMKSAB) adalah sebuah sekolah menengah yang terletak di Jalan Beserah, Kuantan, Pahang. Sekolah ni dikelaskan sebagai sebuah sekolah bestari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asalnya SMKAB ditubuhkan dengan nama Sultan Abu Bakar School atau lebih popular dengan SABS. Ia dibuka secara rasmi oleh Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayathuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mukhtasim Billah pada 16 Ogos 1957.

Semasa dibuka SABS memiliki seramai 369 orang pelajar dan 17 orang guru. Guru besar pertama sekolah ini adalah Encik Idris bin Babjee. Pada waktu itu, SABS hanya mempunyai 2 buah bangunan sahaja, iaitu sebuah bangunan ‘H’ (bangunan pejabat sekarang) dan sebuah bangunan bengkel (kerja kayu, kerja elektrik). Terdapat 10 buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik guru, sebuah bilik geografi, sebuah perpustakaan dan dua buah makmal sains yang serba lengkap.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar
Jalan Beserah
25300, Kuantan
Pahang,  Malaysia
Telefon = 6095665759
Fax = 6095685627

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.