Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Keruit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Keruit
Lokasi
 Malaysia Simpang Sungai Klah, 35600, Sungkai,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054388308
Kod sekolahAEA0038
Faks6054388308



Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Keruit @ Kruit, atau secara ringkas dan lebih mudah dipanggil dengan nama SMK Sungai Kruit merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di persimpangan jalan menuju ke Felda Sungai Klah, kira-kira lebih kurang 2 kilometer jarak dari Pekan Sungkai.

Pada tahun 2009, SMK Sungai Kruit memiliki sebanyak 264 pelajar lelaki dan 240 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 504 orang pada tahun itu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal, kawasan tapak asal sekolah ini merupakan kawasan pertanian. Kawasan ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik di tepi jalan raya utama yang menghubungkan Pekan Sungkai dengan Tanjung Malim.

Projek pembinaannya telah dijalankan pada tahun 1993 di atas tapak seluas 15 ekar dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1995 dengan kos pembinaannya dianggarkan mencecah sekitar RM4.4 juta.

Sekolah ini mula beroperasi sebagai sekolah yang ke-17 di daerah Batang Padang. Pada tarikh 4 Disember tahun 1995 Tuan Haji Md. Sohut telah dilantik sebagai pengetua SMK Sungai Kruit yang pertama. Antara staf akademik yang terawal melaporkan diri di sekolah ini adalah Puan Rohaini Subari dan Encik Idris Johari.

Sebagai peneroka sekolah ini mereka bukan sahaja membuat perancangan untuk menerima guru dan pelajar tetapi terpaksa juga melakukan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang pada kebiasaannya dilakukan oleh kakitangan pejabat atau staf sokongan yang lain.

Kemasukan pelajar buat kali pertama ke sekolah ini adalah pada tanggal 4 Disember tahun 1995. Dengan kapasiti murid seramai 425 orang yang dipilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai dan juga dari "feeder school". Jumlah keseluruhan pelajar yang memulakan pengajaran dan pembelajaran pada masa tersebut adalah seramai 674 orang.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Asal usul tapak sekolah ini, ianya pada peringkat awal merupakan sebahagian dari kawasan ladang pertanian, iaitu Ladang Sungai Kruit. Oleh demikian kerana tempatnya amat bersesuaian dengan lokasi yang dipanggil Ladang Sungai Kruit. Maka, sebulat suara penduduk tempatan bersetujui dengan nama yang diberikan.

Secara rasminya, nama Smk Sg Kruit mula digunakan pada tanggal 2 Disember tahun1995.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Keruit @ Kruit
Jalan Sungkai Slim River, Simpang Sungai Klah
35600, Sungkai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]