Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong
Lokasi
 Malaysia Jalan Pisang Barat, 93150, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Berilmu Berbakti
Nombor sekolah6082252788
Kod sekolahYEA1203
PengetuaLau Yok Huck
GPK Pentadbiran dan AkademikChai Siew Ju
Faks6082428473


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong atau nama ringkasnya SMK Sg Maong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pisang Barat.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong memiliki 905 pelajar lelaki dan 828 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1733 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong mendapat namanya bersempena dengan sebatang sungai yang dinamakan Sungai Maong. Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Januari 1983. Pada masa itu, sekolah ini cuma menumpang di kawasan Sekolah Rendah Combined, Jalan Nanas Barat Kuching.

Pada mulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong hanya memiliki 4 buah bilik kelas dengan jumlah 183 orang pelajar, 7 orang guru dan seorang pembantu makmal. Pengetua yang pertama ialah Encik Wong Tau Siang.

Pelajar-pelajar yang menuntut di SMK Sungai Maong kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Kampung Kudei, Kampung Sungai Maong, Jalan Kulas, Kampung Semerah Padi pada awal penubuhannya. Setelah 7 tahun menumpang di kawasan SRK Combined, akhirnya SMK Sungai Moang berpindah ke bangunan baru di Jalan Pisang Barat, Kuching pada Disember 1990.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong memulakan kelas tingkatan 3 pada tahun 1985. Kelas Tingkatan 5 Aliran Sastera dimulakan pada tahun 1993 manakala Tingkatan 5 Aliran Sains dimulakan pada tahun 1998.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong
Jalan Pisang Barat
93150, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082252788
Fax = 6082428473

Pautan luar[sunting | sunting sumber]