Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah
Lokasi
Jalan Indah Utama,Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBeriltizam Maju Cemerlang
Ditubuhkan2004
Nombor sekolah07-238 3767
Kod sekolahJEA1087
Pengerusi PIBGEn. Law Thien Sheng
PengetuaTn. Hj. Julnizam Bin Janisan
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Shakira Irfah Binti Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Lim Hui Kian
Penolong Kanan KokurikulumPn. Rosmawati Binti Nawawi
Faks07-234 4107
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah (SMKTBI) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Taman Bukit Indah dibina atas nama Kementerian Pelajaran Malaysia secara rundingan ” Design and Build ” mulai Mei 2002 dan disiapkan sepenuhnya pada September 2003. Bangunan ini diserahkan sepenuhnya pada Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada Mac 2004.

SMK Taman Bukit Indah mula beroperasi pada 1 Jun 2004 dan sesi persekolahan bermula pada 14 Jun 2004 yang melibatkan tingkatan peralihan, satu, dua dan empat. Sejumlah besar murid-murid dari SMK Perling 2 mendaftarkan diri pada hari pendaftaran yang diadakan pada 11 Jun 2004. Jumlah murid yang mendaftar ialah 254 orang dan meningkat ke 299 orang pada Disember 2004. Sejumlah 9 buah kelas dibuka iaitu 2 kelas peralihan, 3 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2 dan 1 kelas tingkatan 4.

Puan Hajah Noor Hayatee Binti Md Noor pula diberi mandat sebagai pengetua pertama manakala seramai 8 orang guru terlatih dan 5 orang guru sandaran tanpa latihan telah memulakan tugas mereka di sekolah ini.

Tn. Haji Julnizam Bin Janisan merupakan pengetua yang memimpin sekolah ini sehingga kini.


Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

SMK Taman Bukit Indah terdiri daripada blok-blok 3 dan 4 tingkat bangunan pentadbiran dan akademik dengan kemudahan kantin, tempat letak kereta dan basikal berbumbung, dewan serbaguna, kemudahan sukan, surau, 4 unit wakaf dan pangsapuri yang menempatkan 16 unit rumah guru.

Dewan sekolah diberi nama Dewan Seri Indah, dataran perhimpunan dinamakan Dataran Semarak manakala ruang foyer dipanggil Anjung Lestari. Kelas-kelas pula mengambil nama sempena nama-nama bunga seperti Azalea, Iris, Cempaka, Sakura, Seroja dan lain-lain.






Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama Tahun berkhidmat
Puan Hajah Noor Hayatee Binti Md Noor 2004-2007
Puan Salbiah Binti Noordin 2008-2010
Puan Hajah Zubaidah Binti Endot 2011-2013
Puan Hajah Asiah Binti Mohamad 2013-2014
Encik Nasir Bin Mohamed Yunos 2014-2017
Encik Sahlal Bin Sakio Jan 2017 - Ogos 2017
Tuan Hj. Md. Ridzuan Bin Md. Nasir Okt 2017 - Mei 2019
Puan Hajah Subaidah Binti Haleed Julai 2019 - 2020
Puan Hajah Shahrulbanun Bte A.Ghani 2020 - Feb 2024
Tuan Hj. Julnizam Bin Janisan Mac 2024 - sekarang


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]