Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Puan Tukinah Binti Sadi
Kod sekolah BEA4610
Lokasi Jalan Bunga Melati 8 AMPANG, Selangor,  Malaysia
Nama singkatan SMKTS
Laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya
Telefon 03-42923696
Faks 03-42953820


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya atau nama ringkasnya SMK Taman Seraya, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bunga Melati 8.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya memiliki 805 pelajar lelaki dan 773 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1578 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya ditubuhkan pada Januari 1989 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Muda sehingga November 1990. Sekolah ini terletak di dalam kawasan perumahan Taman Seraya. Asal tapak kawasan sekolah berbukit dan telah diratakan untuk mendirikan bangunan sekolah.

Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan guru yang mengajar hanya seramai 7 orang. Bilangan murid yang pertama sekali mendaftar seramai 212 orang. Kebanyakan murid perintis datang dari sekolah-sekolah berhampiran iaitu Kampung Cheras Baru dan Sekolah Kebangsaan Taman Tasik. Murid-murid baharu ditempatkan dalam enam kelas tingkatan satu. Waktu pembelajaran bermula dari 1.15 petang hingga 6.40 petang. Kini bilangan guru di sekolah menjangkau 83 orang dengan bilangan murid seramai 1487 orang.

Pengetua pertama ialah Encik Bisri bin Singat yang bertugas dari 1989 hingga 1991 sebelum bertukar ke Sekolah Kebangsaan Taman Tasik. Kemudian, jawatan pengetua dipegang oleh Cik Kamariah binti Mohd. Sidek dari Ogos 1991 hingga Oktober 1992. Beliau ditukar ke Sekolah Menengah Abdul Jalil, Hulu Langat.Kemudian, jawatan pengetua dipegang oleh Tuan Haji Mohammed Sabudin bin Tamsir. Beliau berkhidmat dari 16 Oktober 1992 hingga Disember 1994. Beliau diganti oleh Puan Zakiah binti Md. Lassim mulai 16 Mei 1995 sehingga awal tahun 1997. Seterusnya, jawatan beliau dipegang oleh Puan Petri Noor Jaliah. Apabila beliau bertukar ke sekolah lain pada 16 Mac 1998, jawatan pegetua seterusnya diterajui oleh Datin Hajah Halimah sehingga 16 Disember 2001.

Mulai Januari 2003, Cik Kamariah binti Mohd. Sidek menerajui semula sebagai pengetua sehingga menamatkan perkhidmatannya pada 28 April 2006. Tempat beliau diganti oleh Datin Mazilah binti Ahmad Mansur pada Jun 2006 dan kemudiannya bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 pada 31 Januari 2008. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya menerima pengetua Puan Siti Zaharah binti Abdul Kadir sebagai pengetua baru pada 1 Februari 2008 sehingga tahun 2011. Pada tahun 2012, Tuan Haji Hasan bin Che Ling menjadi pengetua sekolah yang baharu. Selepas dua tahun, beliau telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 dan tempat beliau diganti oleh Puan Tukinah binti Sadi sehingga kini.

Bangunan baharu sekolah mula dibina pada April 1990. Hasil desakan PIBG, bangunan sekolah dapat digunakan lebih awal iaitu pada Disember 1990. Bangunan baharu sekolah terdiri daripada tiga blok iaitu Blok A ( Blok Angsana ), Blok B ( Blok Belian ) dan Blok C ( Blok Cengal ).

Pada pertengahan tahun 1994, pembinaan sebuah blok baharu yang dikenali sebagai Blok D ( Blok Damar ) bermula. Blok ini dapat digunakan pada tahun 1998. Blok ini menempatkan dua buah bengkel Kemahiran Hidup, sebuah makmal Reka Cipta dan tiga buah makmal Sains Tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi.

Peperiksaan awam yang pertama ialah peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada September 1991. Pada tahun 1992, tingkatan 4 mula diperkenalkan. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang pertama diadakan pada tahun 1993 mencatat kelulusan 54.96%.

Sekolah mula menubuhkan PIBG pada tahun 1990. Encik Razali bin Jamaluddin dilantik sebagai pengerusi yang pertama. Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Taman Seraya ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya dan dinaikkan dari Gred B ke Gred A pada bulan Mac 1998.

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

  • MISI

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKTS tercinta

Berdiri megah indah perkasa

SMKTS tercinta

Berilmu harmonis terus berbakti

Amalan hidup kami

Di sini kan bersemi

Bakti yang suci murni

Ilmu dicari cita dikejari

Berjaya terus berjaya

Demi agama bangsa Negara

Berusaha penuh rela

Berikrar setia sepenuh jiwa

SMKTS berjaya

Di sini kan bersemi

Bakti yang suci murni

Ilmu dicari cita dikejari

Berjaya terus berjaya

Demi agama bangsa Negara

Berusaha penuh rela

Berikrar setia sepenuh jiwa

SMKTS berjaya

SMKTS berjaya

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Rumah sukan SMK Taman Seraya dinamakan berdasarkan empat huruf yunani, iaitu Alfa, Beta, Gama dan Sigma.

Rumah Sukan Warna
Alfa Kuning
Beta Biru
Gama Hijau
Sigma Merah

Program Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Taman Seraya akan mengadakan pelbagai jenis program sepanjang tahun.

Lazimnya, sekolah akan mengadakan pelancaran Bulan Disiplin pada bulan Januari serta pelancaran Bulan Kemanusiaan pada bulan Februari. Selain itu, Bulan Bahasa akan diadakan pada bulan Mac manakala Bulan Sains dan Matematik diadakan pada bulan April. Bulan Teknik dan Vokasional turut dianjurkan pada bulan Julai.

Larian Seraya merupakan acara merentas desa yang diadakan pada setiap tahun. Setiap pelajar diwajibkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Acara tersebut bertujuan untuk mempamerkan bakat pelajar dalam bidang sukan di samping menggalakkan pelajar menjaga kesihatan diri. Sehubungan itu, sekolah akan menganjurkan Kejohanan Olahraga atau dikenali sebagai Hari Sukan Tahunan untuk melahirkan atlet-atlet baharu.

Program-program lain yang diadakan termasuk Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Anugerah Kecemerlangan, Anugerah Kokurikulum dan Majlis Graduasi.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Encik Bisri bin Singat ( 1989 -1991 )
  • Cik Kamariah binti Mohd. Sidek ( Ogos 1991 - Oktober 1991 )
  • Tuan Haji Mohammed Sabudin bin Tamsir ( Oktober 1992 - Disember 1994 )
  • Puan Zakiah binti Md. Lassim ( Mei 1995 - 1997 )
  • Puan Petri Noor Jalilah ( 1997 - Mac 1998 )
  • Datin Hajah Halimah ( 1998 - Disember 2001 )
  • Cik Kamariah binti Mohd. Sidek ( Januari 2003 - April 2006 )
  • Datin Mazilah binti Ahmad Mansur ( Jun 2006 - Januari 2008 )
  • Puan Siti Zaharah binti Abdul Kadir ( Februari 2008 - 2011 )
  • Tuan Haji Hasan bin Che Ling ( 2012 - 2014 )
  • Puan Tukinah binti Sadi ( 2014 - kini )

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya
Jalan Bunga Melati 8,
56100 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Telefon = 03-42923696
Faks = 03-42953820

Pautan luar[sunting | sunting sumber]