Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2)
Lokasi
Km 2 Jalan Jedok, 17500, Tanah Merah,, [Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1993
Nombor sekolah6099558701
Kod sekolahDEA5421
PengetuaEn. Mazlan B Yaacob
GPK Pentadbiran dan Akademiknone
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Izani B Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumEn. Zakaria B Ag Lah
Faks6099555125


Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) atau nama ringkasnya SMK Tanah Merah (2), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 2 Jalan Jedok.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) memiliki 597 pelajar lelaki dan 720 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1317 orang. Ia mempunyai seramai 125 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) (SMTM2 atau SEMETAM2 di kalangan penduduk setempat) ialah sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Terletak di kilometer 5 Jalan Sultan Ismail Petra, Mukim Bandar Daerah Kusial, Jajahan Tanah Merah, sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1993, manakala perasmian dilakukan pada tahun 1995 oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim. Sekolah ini dibina di atas tanah berkeluasan 1.5 hektar dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1).

Sejarah sekolah ini berkait rapat dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1). Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) merupakan hasil pecahan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1). Pada awal tahun 1990-an, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1) menampung sejumlah pelajar seramai 3000 orang dalam satu masa. Memandangkan jumlah pelajar yang semakin bertambah dan kekurangan infrastruktur di sekolah berkenaan, Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah melalui Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah memutuskan untuk mewujudkan sebuah Sekolah Menengah yang baharu, bagi menampung keperluan pendidikan masyarakat setempat.

Hasilnya, pada tahun 1990 kerja-kerja pembinaan sekolah menengah baru dijalankan di atas tapak berkeluasan 1.5 Hektar persegi. Kerja-kerja pembinaan mengambil masa selama tiga tahun untuk dengan kos sebanyak RM 103 juta.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, seramai 134 Pelajar Tingkatan Enam Atas dari Empat Buah Kelas diketuai Saudara Mohd Aliff Bin Kamaruddin selaku Ketua Pelajar dan Saudara Mohd Shamsul Bin Che Hamid, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti telah berjaya menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan berjaya mencatat peratusan 100% dengan kesemua pelajar berjaya lulus lima prinsipal sekali gus menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) muncul sebagai sekolah terbaik peringkat Negeri Kelantan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2)
Km 2 Jalan Jedok
17500, Tanah Merah
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6099558701
Fax = 6099555125

Pautan luar[sunting | sunting sumber]