Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara
MotoTekun Usaha Jaya
Ditubuhkan5 Januari 1969
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Premier
PengetuaEncik Mohd. Khir bin Muda[1]
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Zaini Binti Mohd Rais
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Hashim
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mahpuz bin Teh
Kod sekolahJEA1002
LokasiJohor Bahru Johor Bahru, Johor,  Malaysia
Kemasukan PelajarMenengah Rendah, Menengah Atas serta Pra-Universiti
Nama singkatanSMKTU
Laman sesawanghttp://smktasekutara.blogspot.com/
Telefon07-2361806
Faks07-2378410
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara atau nama ringkasnya SMK Tasek Utara, merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (Cluster School of Exellence) yang terletak di Johor. SMK Tasek Utara khusus bagi membuka peluang kepada anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan untuk bersaing dengan rakan-rakan yang memiliki pencapaian yang setara dengan mereka. SMK Tasek Utara juga merupakan sebuah sekolah cawangan kepada SMK Sultan Ismail (SSI).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara telah ditubuhkan pada 5 Januari 1969. Pada awalnya, sekolah ini merupakan sebuah sekolah cawangan kepada SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Ketika penubuhannya, seramai 844 orang pelajar dan 35 orang guru ditempatkan di bekas bangunan Asrama Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di Jalan Tasek Utara.

Akibat daripada sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Bandar Baru UDA dengan pertambahan jumlah pelajar kepada 988 orang, maka pada 1 September 1973, sekolah ini telah dipisahkan daripada sekolah induknya. Sekolah ini kemudiannya menjadi antara sekolah menengah rendah beraliran kebangsaan yang ulung di daerah Johor Bahru setelah bangunan barunya (sekolah sekarang ini) siap dibina di Jalan Tun Abdul Razak Johor Bahru.

Pada tahun 1977, sekolah ini telah menjadi sekolah menengah penuh apabila menerima pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 aliran sastera dengan jumlah pelajarnya menjangkau 1369 orang. Aliran Sains mula dibuka pada tahun 1980 dan pada 1981, pintunya dibuka untuk menerima pelajar-pelajar Kelas Peralihan. Pada tahun 1992, sekolah ini menerima pelajar-pelajar Rancangan Khas Agama. Pelajar-pelajar Aliran Agama ini ditempatkan di Asrama Pusat Putera Johor Bahru. Pada tahun 2005, Kelas Rancangan Khas (KRK) telah dibuka dengan menempatkan seramai 74 orang pelajar. Dua buah kelas telah diperuntukkan bagi pelajar perintis KRK ini.

Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 10 ekar dengan jarak jauhnya dari Bandaraya Johor Bahru kira-kira 7 kilometer. Pada asalnya sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan; 2 blok yang terdiri daripada bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan 2 tingkat sahaja. Pada tahun 1991, 4 buah bilik bangunan PGR telah siap dan dapat digunakan yang diikuti pulapada tahun 1993 apabila sebuah lagi bangunan KBSM telah siap. Pada akhir 1998, Dewan Besar yang telah didirikan hasil daripada usaha gigih PIBG dengan 90% telah berjaya disiapkan dan dapat digunakan. Usaha untuk menaik taraf dewan tersebut diteruskan dari semasa ke semasa.[Penjelasan diperlukan]

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Tekun Usaha Jaya

Cogan kata amalan bersama

Untuk jayakan cita-cita

Berjasa kepada negara.

Sekolah Tasek Utara

Pelajarnya puteri putera

Berikrar kepada negara

Tuntut ilmu dengan segera.

Kita diberi didikan

Dalam segala lapangan

Di bidang seni serta sukan

Sama-sama dipergiatkan.

Dalam segi tatasusila

Kita mesti berwaspada

Jangan terhina dan tercela

Kehormatan ayah bonda.

Hormati guru semua

Yang menjadi pendidik mulia

Bidang pelajaran

Minat mesti ditumpukan

Untuk menghasilkan

Cita-cita yang lumayan.

Guru yang mendidik

Rasa penuh dedikasi

Ilmu yang disemi

Kan berkekalan diwarisi.

Kita ditanam sifat waja

Sedia berbuat jasa

Taat setia pada raja

Khidmat untuk nusa dan bangsa.

Logo dan warna[sunting | sunting sumber]

Logo Sekolah]] Logo SMK Tasek Utara mengandungi dua jenis bentuk tertentu iaitu bentuk perisai dan pita di bahagian bawahnya. Perisai melambangkan satu institusi pengajian di bawah naungan Akta Pelajaran Malaysia. Di bahagian atas perisai terdapat bumbung rumah Melayu yang melambangkan aliran kebangsaan. Perisai yang dibahagikan kepada empat bahagian melambangkan empat buah pasukan rumah sukan iaitu Taming Sari, Sundang, Sempena Riau dan Majapahit.

Huruf-huruf jawi yang bersilang kait, iaitu ‘Ta’, ‘Alif’ dan ‘Jim’, ialah huruf pangkal Tasek Utara Johor juga tulisan Tekun, Usaha, Jaya. Di bahagian bawah perisai terdapat bentuk Tasek sebagai latar belakang kepada perkataan 'Utara'.

Warna keemasan melambangkan kemuliaan darjah-darjah kebesaran Sultan yang berdaulat sebagai yang Dipertua dan penaung rakyat serta ketua hal ehwal agama. Warna biru (firus) pula melambangkan taat setia rakyat kepada Sultan dan negeri juga merupakan pakaian seragam murid-murid sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Logo ini telah digunakan pada tahun 1972 semasa sekolah ini di bawah pentadbiran Tuan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahman, pengetua sekolah ini mulai 1971 hingga 1988. Logo ini ialah hasil ciptaan En. Md Salleh bin Mohd dari Pejabat Arkitek Jabatan Kerjaraya Johor, Johor Bahru. Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Pelukis-pelukis Johor (PERLU).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara
Susur 7,Jalan Tun Abdul Razak, 80350 Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]