Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar
Lokasi
Jalan Telok Kumbar, 11920, Bayan Lepas,, Pulau Pinang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha, Berilmu, Berjasa
Ditubuhkan01 Disembar 1989
Nombor sekolah6046491536
Kod sekolahPEA1211
PengetuaPN ROHAYA BINTI YAHYA
GPK Pentadbiran dan AkademikPN SAIME BINTI OTHMAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN NORMARZSHAHRIL BIN MANSOR
Penolong Kanan KokurikulumPN CHE ROZILAINI BINTI MHD HANAFI
Faks6046493892


Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar atau nama ringkasnya SMK Telok Kumbar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Telok Kumbar.

Pada 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar memiliki 408 pelajar lelaki dan 355 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 762 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Telok Kumbar terletak di kawasan luar bandar di Kampung Sungai batu di Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Lokasinya yang berada di kaki bukit sungguh strategik kerana pemandangan alma semulajadi yang indah menjanjikan suasana yang tenang dan sesuai untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar ditubuhkan pada 01 Disember 1989. Sebelum itu SMKTK menumpang di SRK Bayan Lepas selama setahun. Ketika itu hanya 18 orang guru bertugas bersama-sama 3 orang staf sokongan dan jumlah pelajar ialah 240 orang pelajar tingkatan 1 dan peralihan. Tuan Haji Saad Bin Haliff bertindak sebagai Pemangku Pengetua pada masa itu.

Bangunan baru sekolah yang bertempat di Telok Kumbar siap pada 03 Disember 1990. Bangunan sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan iaitu 2 blok bangunan 3 tingkat yang diberi nama Blok Aspirasi dan Blok Bestari dan 1 blok bangunan 4 tingkat yang diberi nama Blok Canggih. Setelah bangunan sekolah baru siap dibina Encik Abdul Hamid Haji Mohamad merupakan pengetua pertama yang berkhidmat.

Pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan 4 tingkat yang diberi nama Blok Dinamik dan 2 makmal komputer telah dibina bagi menampung keperluan pelajar. Pada tahun yang berikutnya sebuah dewan besar yang diberi nama Dewan An-Nur telah dibina untuk pelbagai kegunaan. Terdapat 6 makmal yang ditempatkan di dua buah blok. Makmal 1, makmal 2 dan makmal 3 terletak di blok Canggih manakala Makmal Kimia (aras 1), Makmal biologi(aras 2) dan Makmal Fizik (aras 3) pula terletak di blok Dinamik. Pusat Sumber Tun Seri Lanang merupakan nama baharu pusat sumber sekolah yang di beri oleh Puan Rofina. Pusat Sumber Tun Seri lanang, Bilik Hamka dan Bilik Abdullah Munsyi terletak di blok Bestari di aras 2. Pusat Sumber beserta bilik tersebut diselia oleh puan Rofina dan puan Siti Norbaya dibantu oleh pengawas pusat sumber sekolah. Kelas bagi Tingkatan 6 telah di hentikan pada tahun 2016 dan tiada sebarang berita mengenai penerusannya. Pada masa kini (Tahun 2020) terdapat 27 buah kelas iaitu 5 kelas Tingkatan 1, 5 kelas Tingkatan 2, 5 kelas Tingkatan 3, 6 kelas Tingkatan 4 dan 6 kelas Tingkatan 5

Senarai Pengetua Terdahulu[sunting | sunting sumber]

1 En. Abdul Hamid Haji Mohamad (16/9/ 1990 hingga 1/12/ 1995)

2 En. Abdul Malik Mohamed (1/1/ 1996 hingga 31/3/ 1997)

3 Datin Hazlin Binti Abdul Karim (1/4/ 1997 hingga 1/1/ 1999)

4 Tuan Haji Abdul Rahman Haji Salim (1/1/1999 hingga 31/12/1995)

5 Cik Hajah Noorijah Haji Ahmad (1/1 2000 hingga 15/10/ 2006)

6 Tuan Haji Shafie Hashim (16/10/ 2006 hingga 16/2/ 2008)

7 Puan Hajah Zainab Binti Ayub ( mulai 16/2/2008 hingga 27/7/2010)

8 Cik Norati bt. Mohd. Othman ( mulai 1/11/2010 hingga 11/2/2016)

9 Pn Hajah Azizah bt. Paijo ( mulai 12/2/2016 hingga 2018)

Piagam Sekolah[sunting | sunting sumber]

PELAJAR

1. Melahirkan pelajar ke arah kecemerlangan sahsiah diri, kurikulum dan kokurikulum.

2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, inovatif dan kreatif.


STAF

1. Meningkatkan profesionalisme guru melalui permuafakatan.

2. Menyediakan kemudahan prasarana pada tahap optimum.


KOMUNITI

1. Meningkatkan semangat perpaduan dan keadilan yang menyeluruh.

2. Mewujudkan budaya mesra komuniti.


JABATAN

1. Melaksanakan segala dasar dengan penuh iltizam melalui budaya kerja cemerlang.

2. Bersedia menerima teguran dan saranan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi.

3. Memastikan pengurusan dan pentadbiran organisasi mencapai tahap SKPM.

Misi & Visi[sunting | sunting sumber]

MISI

UNTUK MEMBANGUNKAN SAHSIAH PELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

VISI

MENJADIKAN SMK TELOK KUMBAR SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2012

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berusaha dan berilmu

Hingga ke puncak jaya

sentiasa berganding bahu

Saling bantu-membantu


Bersama hati dan budi

Dengan sumpah dan janji

akan kami terus berjasa

Pada nusa dan bangsa


SMKTK harapan kami

Menuju arah dan cita-cita

Satu azam dan satu tekad

Agar dipandang mulia


Marilah kita berikrar

Maju terus maju

Maju terus maju


Dihasilkan oleh: Cikgu Adnan (1991)

Lecana Sekolah[sunting | sunting sumber]

- Merah melambangkan keberanian.

- biru menlambangkan kerjasama dan perpaduan.

- kuning melambangkan penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang.

- Lambang buku bermaksud menuju kecemerlangan dalam kokurikulum.

- segi tiga bermaksud menuju Sains & Teknologi.

- skru bermaksud 9 wawasan menuju Wawasan 2020.

- garis lurus bermaksud menuju kecermalangan kokurikulum.

- Semua warga SMKTK berjuang dengan gigihnya berdasarkan moto sekolah, iaitu Berusaha, Berilmu dan Berjasa.



Penubuhan Alumni[sunting | sunting sumber]

Penubuhan persatuan alumni di peringkat sekolah menengah di Malaysia sememangnya telah lama dipraktikkan oleh sekolah-sekolah yang bergiat aktif dalam mengumpulkan bekas-bekas pelajar mereka.

Usaha untuk menubuhkan persatuan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar ini juga sebenarnya telah lama diusahakan sejak tahun 1998 hasil idea oleh beberapa bekas pelajar. Namun, usaha penubuhan persatuan alumni ketika itu agak terbantut disebabkan beberapa masalah terutamanya dari segi sokongan bekas pelajar sendiri. Percubaan seterus sekitar tahun 2005 juga menemui jalan buntu. Tahun 2013 memberi nafas yang baru kepada cadangan penubuhan persatuan alumni ini apabila hasil pertemuan bersama beberapa bekas pelajar sedikit sebanyak menghidupkan kembali cadangan penubuhan persatuan ini. Beberapa bekas pelajar yang terlibat hasil pertemuan bersama bekas guru mereka juga memberi idea dan perspektif mengenai hala tuju penubuhan persatuan alumni ini.

Ini kerana kebanyakkan bekas-bekas pelajar dan bekas-bekas guru yang telah melalui satu pengalaman dan mempunyai kepakaran dimana ingin mereka kongsi bersama sekolah tetapi tidak kesampaian kerana tiada medium yang sesuai untuk mereka gunakan. Adalah satu kerugian jika kita tidak menggunakan kekuatan yang ada ini untuk faedah kebaikan bersama kepada pelajar-pelajar dan pentadbiran. Secara amnya alumni ini akan bergerak sebagai satu cabang kumpulan sokongan kepada Pentadbiran SMK Telok Kumbar serta PIBG dan didaftarkan secara sah seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dibawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

Laman Web Rasmi: www.alumni-smktk.org

E-mail: admin@alumni-smktk.org

No. Pendaftaran: PPM-005-07-13022013

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar
Jalan Telok Kumbar
11920, Bayan Lepas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046491536
Fax = 6046493892

Pautan luar[sunting | sunting sumber]