Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail.jpg
SMK Tun Dr Ismail.jpg
Lokasi
Mukim Bakri, Muar
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan
Ditubuhkan1975

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail (STUDI) merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Muar, Johor.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cadangan untuk mengadakan sebuah sekolah menengah di mukim Bakri telah disuarakan oleh Guru Besar di SK Simpang Jeram Bakri, Tn Hj Othman bagi pihak UMNO Bakri dalam satu perjumpaan antara penduduk Mukim Bakri dengan Menteri Besar Johor Tan Sri Dato Hj Othman bin Hj Mohd Saat pada tahun 1965. Ini memandangkan kesulitan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dari Mukim Bakri Air Hitam dan Sungai Terap yang akan melanjutkan pelajaran menengah mereka di mana terpaksa dihantar jauh ke SMK Dato Sri Amar Di Raja, SMK Tun Perak atau ke SMK Parit Sulong.

Walaupun mendapat persetujuan Menteri Besar, pembinaan sekolah ini agak lambat dimulakan kerana masalah mendapatkan tapak yang sesuai sehingga pada tahun 1973 apabila tapak yang sesuai seluas 15 ekar diperolehi. Sekolah menengah ini telah didirikan di atas Bukit Bakri di Mukim Bakri, Muar pada tahun 1973. Tapak seluas kira-kira 15 ekar ini terletak berhampiran Pekan Bakri, merupakan tanah persendirian yang sebelum ini dipenuhi oleh pokok-pokok getah.

Mengambil sempena nama bukit ini, maka sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Bakri. Pada tahun 1974 sementara menunggu bangunan siap, pelajar-pelajarnya yang akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu dan peralihan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram, Bakri, Muar pada sebelah petang, di bawah pentadbiran Sekolah Menengah Tun Perak, Muar. Pelajar-pelajarnya seramai 230 orang daripada 4 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas peralihan. Tenaga pengajarnya seramai 9 orang termasuk seorang penyelia.

Pada 5 Januari 1975 pelajar-pelajar yang menumpang itu dipindahkan ke bangunan sendiri. Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada satu blok bangunan bilik darjah, pejabat dan perpustakaan, 1 blok makmal sains dan sains rumahtangga, 1 blok seni perusahaan dan 1 blok kantin sahaja. Pelajarnya seramai 350 orang dengan 15 orang guru. Seorang Guru Besar Tuan Haji Abd.Kadir Bin Majid telah ditempatkan di sekolah ini dan tidak lagi di bawah pentadbiran Sekolah Menengah Tun Perak (SMTP).

Bilangan pelajar bertambah ramai dan kekurangan bilik darjah, maka sebahagian daripada pelajar sekolah ini pernah menumpang di sekolah kebangsaan Bakri Batu 5, pada sebelah petang selama 2 tahun, sehinggalah bangunan tambahan siap dibina. Pada 3 Mac 1975 Encik Gimat bin Mohsin, penghulu Mukim Bakri telah dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pengelola sekolah ini. Tiga bulan kemudian Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) telah ditubuhkan dengan melantik Encik Mahat Bin Dahlan sebagai Yang Di Pertua pertamanya.

Oleh kerana pelajar bertambah ramai, satu bangunan setingkat di bawah projek kilat telah didirikan kemudian pada tahun 1993 sebuah blok 4 tingkat mengandungi makmal sains, pusat sumber, bilik seni, dan bilik darjah serta blok 3 tingkat telah didirikan.

Sehingga 1990 lulusan SRP jurusan sastera melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat di SMTP, bagi jurusan sains pula ke SM Dato Sri Amar di Raja sehingga 1994. Mulai 1995 kelas aliran sains telah dimulakan di sekolah ini. Pada 15 Julai 1994 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail Bakri Muar (STUDI) mengambil sempena nama Allahyarham Tun Dr Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Tun Dr Ismail
  2. Sekolah Kebangsaan Ladang Tun Dr Ismail
  3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1
  4. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya
  5. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2)
  6. Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail

Rujukan[sunting | sunting sumber]