Sekolah Rendah Islam I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Rendah Islam I
Lokasi
 Malaysia Km 3, Jalan Abi Tok Hashim, 01000, Kangar, Perlis
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6049770343
Kod sekolahRCT0004
Faks6049779107
Map

Sekolah Rendah Islam I atau nama ringkasnya Sekolah Rendah Islam 1, merupakan sebuah Sekolah rendah agama yang terletak di Km 3, Jalan Abi Tok Hashim.

Pada 2009, Sekolah Rendah Islam I memiliki 310 orang pelajar lelaki dan 212 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 522 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 01 Disember 1993 oleh Yayasan Islam Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis. Jabatan Agama Islam Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Akademi Pendidikan Islam Perlis (AKAPI).

Pada awal penubuhan sekolah ini hanya mempunyai murid  seramai 27 orang  murid lelaki sahaja dengan 4 orang guru lelaki, termasuk Guru Besarnya Encik Othman bin Chin  manakala jawatan Penolong Kanan disandang oleh En. Zainuddin b. Jusof.  Pembelajaran  bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Bagi pengambilan kedua dan seterusnya YaIPs akan mengambil murid – murid lelaki dan perempuan. Murid – murid telah bertambah dari setahun ke setahun.

Pada awal penubuhan sekolah ini mempunyai kakitangan sekolah terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah dan dua orang Pekerja Rendah Am. Sekolah Rendah Islam 1   telah berpindah ke bangunan baru pada  Oktober, 2003 dan dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Shahidan b. Kassim selaku Menteri Besar Perlis pada masa itu.

Pada tahun 2005, Sekolah Rendah Islam 1 telah dijadikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Memorandum Persefahaman telah ditandatangani oleh pihak Yayasan Islam Perlis  dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua kakitangan sekolah telah mendapat surat lantikan dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru – guru sekolah ini juga telah mengikuti kursus  Dalam Cuti (KDC) bermula pada bulan November, 2006 di maktab – maktab perguruan mengikut kursus yang ditawarkan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Islam I
Km 3, Jalan Abi Tok Hashim
01000, Kangar
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049770343
Faks = 6049779107

Pautan luar[sunting | sunting sumber]