Sekolah Seni Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Seni Malaysia Sarawak
Lokasi
Salak Land District, Jalan Sultan Tengah, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah seni
Ditubuhkan2004
Nombor sekolah082510356
Kod sekolahYEA1210
PengetuaReduan bin Taha


Sekolah Seni Malaysia Sarawak, dahulunya dikenali sebagai Sekolah Seni Kuching, merupakan sebuah institusi pendidikan seni peringkat menengah. Sekolah ini menawarkan empat bidang seni iaitu Seni Visual, Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Teater.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cadangan penubuhan Sekolah Seni telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2004 yang diadakan di Hotel Pan Pasifik, KLIA pada 30 Oktober 2004 hingga 01 November 2004. Yang Behormat Dato' Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu telah mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni di bawah Rancangan Malaysia ke-9 iaitu di negeri Sarawak dan Johor. Sekolah Seni Kuching mula beroperasi pada 01 Januari 2007 dan pengambilan pelajar pertamanya pada 14 Januari 2007. Pada tahun 2014, Sekolah Seni Kuching dengan rasminya bertukar nama kepada Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS). Sekolah Seni ini beroperasi di premis sementaranya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg, Kuching dari awal pembukaannya sehingga Jun 2016. Pada Jun 2016, Sekolah Seni Malaysia Sarawak telah berpindah ke premis sendirinya di Santubong.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Seni Malaysia Sarawak
Lot 7794 Blok 9
Salak Land District
Jalan Sultan Tengah
93050 Petra Jaya
Kuching. Sarawak.
Tel : 082-510356 / 082-536185
Faks : 082-513917
Emel : ssemks@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]