Sekolah Undang-Undang Rakyat (SUUR)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Sekolah Undang-Undang Rakyat (SUUR)

Sekolah Undang-Undang Rakyat (SUUR) merupakan satu kolektif dan gerakan bebas yang bertindak memberi kesedaran serta pendidikan undang-undang secara percuma kepada masyarakat akar umbi. Ia diasaskan oleh Khairul Naim Rafidi[1], aktivis mahasiswa dan bekas Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang kini masih menuntut di Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam. Kini SUUR bergerak di sekitar Shah Alam dan digerakkan bersama sekumpulan mahasiswa undang-undang yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

SUUR ditubuhkan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat sivil tentang Perlembagaan serta undang-undang yang berkait rapat dengan masyarakat seperti undang-undang perlembagaan, hak pekerja, hak asasi, undang-undang jenayah, dan lain-lain. SUUR menyokong segala usaha yang bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang.

Kaedah utama penyampaian oleh SUUR adalah melalui kuliah umum (public lecture), dan panel terdiri daripada ahli Majlis Peguam, ahli akademik, dan badan bukan kerajaan (NGO).

Selain isu undang-undang, SUUR tidak terlepas daripada berbicara tentang isu mahasiswa.[2] SUUR juga terlibat dengan kerja bakti dan pernah menganjurkan Mid-Night Run For Homeless.

SUUR pernah mendapat pengiktirafan daripada Dato’ Saifuddin Abdullah, yang merupakan mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi serta dijemput untuk satu sidang tentang perpaduan pada Hari Malaysia.[3]

TERAS PERGERAKAN[sunting | sunting sumber]

SUUR bergerak di atas empat teras utama yang diilhamkan oleh pengasas iaitu PETA.

  1. Pendidikan,
  2. Emansipasi,
  3. Tindak,
  4. Advokasi.

ISU MAHASISWA[sunting | sunting sumber]

Selain menjalankan kegiatan berunsur akademik, SUUR juga lantang memperjuangkan nasib mahasiswa. Melalui satu kenyataan, SUUR telah mempertikaikan tindakan pihak UIA mengenakan hukuman gantung terhadap dua pemimpin mahasiswa iaitu Saudara Hanif Mahpa dan Saudari Afiqah Zulkifli. Sesuatu yang menarik, SUUR menggunakan hujah undang-undang berbanding hujah retorik dan politik yang sering digunakan oleh kebanyakan pertubuhan.[1]

  1. ^ pautan, You can imprison our bodies, but not our souls.
  2. ^ Teks pautan, Kenyataan Media - Tahniah Gerakan Mahasiswa!.
  3. ^ Teks pautan, Merangka Masa Depan Malaysia.