Sekstan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambarajah skematik sebuah sekstan

Sekstan ialah sejenis alat navigasi berpantulan kembar yang mengukur jarak bersudut antara dua objek yang mudah dilihat. Kegunaan utamanya mengukur sudut antara suatu objek astronomi dengan ufuk untuk tujuan pengemudian samawi. Penganggaran sudut atau altitud ini difahamkan sebagai suatu pencerapan terhadap objek ini. Sudut yang diambil serta masa ia diukur boleh digunakan untuk mengira garis kedudukan dalam carta-carta nautika atau aeronautika —misalnya pencerapan Matahari pada waktu tengah hari ataupun bintang Polaris di langit Hemisfera Utara untuk menganggarkan latitud. Pemerhatian ketinggian sesebuah mercu tanda boleh memberikan suatu ukuran jarak dari lokasi mercu tersebut, bahkan alat ini juga boleh mengukur sudut antara objek-objek untuk menetapkan kedudukan dalam carta.[1] Alat ini turut digunakan untuk mengukur jarak qamari antara Bulan dengan objek samawi yang lain (misalnya bintang atau planet) untuk menentukan Waktu Min Greenwich dan seterusnya longitud.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seddon, J. Carl (June 1968). "Line of Position from a Horizontal Angle". Journal of Navigation. 21 (03): 367–369. doi:10.1017/S0373463300024838. ISSN 1469-7785. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]