Waktu Min Greenwich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jam Greenwich

Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time, GMT)merujuk kepada zon masa Waktu Universal Selaras (UTC).

Waktu ini dahulunya merujuk kepada waktu min suria di Balai Cerap Diraja, Greenwich, London. Secara teorinya, tengah hari pada waktu ini ditandakan apabila matahari melewati Meridian Greenwich (dan mencapai titik tertinggi di langit di Greenwich). Kelajuan bumi yang tidak teratur dalam orbit lonjongnya menyebabkan kejadian ini bisa berubah-ubah dengan perbedaan sehingga sebanyak 16 minit melebihi waktu suria nyata (apparent solar time) - perbezaan ini dikenali sebagai persamaan waktu). Namun waktu tengah hari ini diambil rata-ratanya sepanjang tahun dengan menggunakan waktu suria.

Dengan berkembangnya United Kingdom sebagai sebuah negara maritim yang maju dengan suatu empayar yang semakin meluas, para pelaut menyelaraskan jam mereka mengikut waktu di Greenwich, untuk mengukur jauhnya longitud kedudukan mereka dari "meridian Greenwich"; keadaan ini langsung tidak mempengaruhi jam di atas kapal-kapal mereka sendiri yang menggunakan waktu suria. Penerapan kaedah ini yang digabungkan dengan kaedah Nevil Maskelyne untuk mengukur jarak bulan berdasarkan pengamatan di Greenwich lalu membawa kepada penggunaan GMT secara meluas sebagai rujukan waktu di seluruh dunia. Walau tidak memengaruhi waktu di tempat, hampir semua zon waktu berdasarkan rujukan ini dihitung sebagai beberapa jam (atau setengah jam) lebih cepat atau lebih lambat daripada waktu ini GMT.

Sebagai zon waktu[sunting | sunting sumber]

Waktu ini dipakai secara standard atau piawai pada kebanyakan musim di negara-negara berikut (maju satu jam - GMT+1 - pada musim panas).

Waktu ini digunakan secara standard sepanjang tahun di negara dan kawasan berikut:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Standard Time Act, 1968.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.