Sel T ingatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sel T ingatan merupakan subset limfosit T yang mungkin mempunyai beberapa fungsi yang sama seperti sel B ingatan. Susur galur sel ini tidak jelas.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Sel T memori khusus-antigen yang menyasar secara khusus terhadap virus atau molekul mikrob lain boleh didapati pada kedua-dua subset sel T memori pusat (TCM) dan subset sel T memori efektor (TEM). Walaupun kebanyakan maklumat pada masa ini berdasarkan pemerhatian terhadap subset sel T sitotoksik (positif CD8), populasi serupa nampaknya wujud untuk kedua-dua sel T penolong (positif CD4) dan sel T sitotoksik. Fungsi utama sel memori ialah tindak balas imun yang dipertingkatkan selepas pengaktifan semula sel tersebut dengan pengenalan semula patogen yang berkaitan ke dalam badan. Sila ambil perhatian bahawa bidang ini masih giat dikaji secara intensif dan beberapa maklumat mungkin belum tersedia setakat ini.

  • Sel T ingatan pusat (TCM): Limfosit TCM mempunyai beberapa sifat yang sama dengan sel dasar, dan sifat yang paling penting ialah keupayaan untuk memperbaharui diri, paling utama disebabkan tahap pemfosforilan yang tinggi pada faktor transkripsi utama STAT5. Pada tikus, TCM terbukti memberikan keimunan yang lebih kuat terhadap virus,[1] bakteria[1] dan sel kanser,[2] berbanding dengan limfosit TEM dalam beberapa model eksperimen.
  • Sel T ingatan efektor (TEM): Limfosit TEM dan TEMRA bersifat aktif sebagai varian CD8 terutamanya, oleh itu sel-sel tersebut bertanggungjawab terutamanya untuk tindakan sitotoksik melawan patogen.[3]
  • Sel T ingatan pemastautin tisu (TRM): Oleh kerana limfosit TRM terdapat dalam jangka masa yang lama dalam tisu, terutamanya dalam tisu rintangan (contohnya tisu epitelium), sel tersebut adalah penting untuk tindak balas pantas terhadap pencerobohan rintangan dan tindak balas melawan sebarang kehadiran patogen yang relevan. Satu mekanisme yang digunakan oleh TRM untuk menyekat patogen ialah rembesan granzim B.[4][5]
  • Sel T ingatan seakan sel dasar (TSCM): Limfosit tersebut mampu memperbaharui diri seperti limfosit TCM dan juga mampu menjana kedua-dua subpopulasi TCM dan TEM.[6] Kehadiran populasi ini pada manusia kini sedang disiasat.
  • Sel T ingatan maya (TVM): Sehingga kini, satu-satunya fungsi yang kelihatan dalam sel TVM ialah penghasilan pelbagai sitokin,[7][8] tetapi terdapat spekulasi mengenai pengaruhnya dalam menundukkan keadaan imunologi yang tidak diingini dan penggunaannya dalam merawat gangguan autoimun.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Lineage relationship and protective immunity of memory CD8 T cell subsets". Nature Immunology. 4 (3): 225–34. March 2003. doi:10.1038/ni889. PMID 12563257. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  2. ^ "Central memory self/tumor-reactive CD8+ T cells confer superior antitumor immunity compared with effector memory T cells". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 102 (27): 9571–6. July 2005. Bibcode:2005PNAS..102.9571K. doi:10.1073/pnas.0503726102. PMC 1172264. PMID 15980149. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  3. ^ "Human memory T cells: generation, compartmentalization and homeostasis". Nature Reviews. Immunology. 14 (1): 24–35. January 2014. doi:10.1038/nri3567. PMC 4032067. PMID 24336101.
  4. ^ "Memory T cells in nonlymphoid tissue that provide enhanced local immunity during infection with herpes simplex virus". Nature Immunology. 10 (5): 524–30. May 2009. doi:10.1038/ni.1718. PMID 19305395.
  5. ^ "Tissue-resident memory T cells". Immunological Reviews. 255 (1): 165–81. September 2013. doi:10.1111/imr.12087. PMC 3748618. PMID 23947354.
  6. ^ "A human memory T cell subset with stem cell-like properties". Nature Medicine. 17 (10): 1290–7. September 2011. doi:10.1038/nm.2446. PMC 3192229. PMID 21926977. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  7. ^ "+ T cells: where they come from and why we need them". Nature Reviews. Immunology. 17 (6): 391–400. June 2017. doi:10.1038/nri.2017.34. PMC 5569888. PMID 28480897.
  8. ^ "Virtual memory CD8 T cells display unique functional properties". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 110 (33): 13498–503. August 2013. Bibcode:2013PNAS..11013498L. doi:10.1073/pnas.1307572110. PMC 3746847. PMID 23898211.
  9. ^ "Strong homeostatic TCR signals induce formation of self-tolerant virtual memory CD8 T cells". The EMBO Journal. 37 (14). July 2018. doi:10.15252/embj.201798518. PMC 6043851. PMID 29752423. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)