Selesema Hong Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selsema Hong Kong (juga dikenali sebagai pandemik selesema 1968[1]) ialah pandemik influenza yang berlaku pada tahun 1968 sehingga 1969 dan mengorbankan sekitar sejuta orang di seluruh dunia.[2][3][4] Penyakit ini disebabkan oleh virus influenza A subjenis H3N2, yang berasal dari H2N2 melalui pergeseran antigenik, sebuah proses genetik iaitu gen daripada pelbagai subjenis yang dicampurkan dalam kombinasi berbeza dalam individu yang berbeza untuk membentuk virus baru.

Rekod pertama wabak di Hong Kong muncul pada 13 Julai 1968. Pada akhir Julai 1968, wabak yang luas dilaporkan di Vietnam dan Singapura. Walaupun ketakutan dari selesema Asia 1957 di China, sedikit peningkatan telah dibuat mengenai pengendalian wabak tersebut. Akhbar The Times ialah sumber pertama untuk mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan pandemik baru.

Berbanding dengan pandemik lain, selesema Hong Kong menghasilkan kadar kematian yang rendah, dengan nisbah kematian kes di bawah 0.5% menjadikannya penyakit kategori 2 pada Indeks Bahaya Pandemik. Pandemik tersebut menjangkiti sekitar 500,000 penduduk Hong Kong, atau sekitar 15% dari penduduk.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rogers, Kara (February 25, 2010). "Hong Kong flu of 1968". Encyclopaedia Britannica. Open Publishing. Dicapai pada March 18, 2020.
  2. ^ Paul, William E. Fundamental Immunology. m/s. 1273. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2014. Dicapai pada 27 October 2016.
  3. ^ "World health group issues alert Mexican president tries to isolate those with swine flu". Associated Press. 25 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2009. Dicapai pada 26 April 2009.
  4. ^ Mandel, Michael (26 April 2009). "No need to panic ... yet Ontario officials are worried swine flu could be pandemic, killing thousands". Toronto Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2009. Dicapai pada 26 April 2009.
  5. ^ Starling, Arthur (2006). Plague, SARS, and the Story of Medicine in Hong Kong. HK University Press. m/s. 55. ISBN 962-209-805-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2016. Dicapai pada 27 October 2016.