Pandemik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pandemik [pan-dé-mik] (daripada Yunani πᾶν pan "semua" + δῆμος demos "orang") atau wabak besar ialah epidemik penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas; tidak sahaja merangkumi sesebuah benua, malah boleh merebak seluruh dunia. Penyakit endemik meluas yang stabil dari segi berapa ramai orang jatuh sakit akibatnya bukanlah satu pandemik. Tambahan lagi, pandemik selesema tidak termasuk selesema bermusim.

Terdapat sejumlah pandemik yang pernah melanda umat manusia sepanjang sejarah zaman disebabkan penyakit berjangkit besar seperti cacar dan penyakit batuk kering, malah ada yang mengesan dampak sehingga hari ini, misalnya pandemik HIV tahun 1980-an serta Pandemik koronavirus 2019-20.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pandemik bermula apabila tiga syarat telah dipenuhi:[1]

  • Kemunculan penyakit baru dalam populasi
  • Ia menjangkiti manusia, menyebabkan sakit yang serius
  • Ia merebak dengan mudah di kalangan manusia.

Sesuatu penyakit atau keadaan bukanlah pandemik hanya kerana ia menular atau membunuh ramai manusia. Pandemik mestilah juga sesuatu yang berjangkit. Contohnya, barah bertanggungjawab bagi banyak kematian tetapi tidak dianggap pandemik kerana ia bukanlah penyakit berjangkit.

Pandemik terkini[sunting | sunting sumber]

HIV dan AIDS[sunting | sunting sumber]

HIV merebak secara langsung dari Afrika ke Haiti, kemudian merebak ke Amerika Syarikat dan kebanyakan bahagian dunia sekitar 1969.[2] HIV, virus yang menyebabkan AIDS, kini merupakan pandemik, dengan kadar jangkitan setinggi 25% di selatan dan timur Afrika. Pada 2006 kadar jangkitan HIV dikalangan wanita mengandung di Afrika Selatan adalah 29.1%.[3] Pendidik berkesan mengenai latihan berjaga-jaga amalan seksual dan jangkitan bawaan darah telah membantu mengurangkan kadar jangkitan di beberapa negara Afrika yang menaja program pendidikan kebangsaan. Kadar jangkitan kembali meningkat di Asia dan Amerika. AIDS mampu membunuh 31 juta manusia di India dan 18 juta di China menjelang 2025, menurut unjuran oleh penyelidik populasi PBB.[4] Jumlah kematian akibat AIDS di Afrika mungkin mencecah 90-100 juta menjelang 2025.[5]

Penyakit koronavirus 2019 (COVID-19)[sunting | sunting sumber]

Orang beratur di luar farmasi Wuhan untuk membeli pelitup dan bekalan ubat

Koronavirus baru dikenal pasti pertama di Wuhan, Hubei, China, pada awal bulan Januari 2020,[6] kerana menyebabkan gugusan kes penyakit pernafasan akut, kini dirujuk sebagai penyakit koronavirus 2019 (COVID-19), yang telah dikenal pasti pada bulan Disember 2019. Lebih daripada 100 negara dan wilayah terjejas, dengan wabak besar di pusat China, Itali, Korea Selatan dan Iran.[7] Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencirikan koronavirus sebagai pandemik.[8][9]

Pandemik dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat sejumlah besar pandemik direkodkan dalam sejarah manusia, terutamanya berkait dengan "zoonosis" yang seiring dengan ternakan haiwan, seperti influenza dan batuk kering. Terdapat sejumlah epidemik yang agak penting sehinggakan ia patut disebut melebihi "sekadar" memusnahkan bandar-bandar:

  • Wabak Athens, 430 SM. demam kepialu membunuh suku daripada tentera Athen, dan suku daripada penduduk sepanjang empat tahun. Penyakit membunuh ini melemahkan sepenuhnya penguasaan Athens, tetapi kadar membunuh penyakit ini menghalang penyebarannya lebih meluas; contoh. ia membunuh hosnya pada kadar lebih pantas ia mampu merebak. Punca wabak ini tidak diketahui selama beberapa tahun. Pada Januari 2006, penyelidik dari Universiti Athens menganalisa gigi yang diambil dari kubur besar-besaran di bawah bandar, dan mengesahkan kehadiran bakteria yang bertanggungjawab bagi penyakit demam kepialu.[10]
  • Wabak Antonine, 165 hingga 180 M. Kemungkinannya cacar di bawa ke semenanjung Itali oleh tentera yang kembali dari Timur Dekat ("Near East"); ia membunuh suku dari mereka yang dijangkiti, dan sehingga lima juta kesemuanya.[11] Pada kemuncak wabak kedua, yaitu Wabak Cyprian (251–266), ia mungkin penyakit yang sama seperti Antonine, 5,000 orang pada sehari dikatakan mati Rom.
  • Wabak Justinian, dari 541 hingga 750 M merupakan kali pertama wabak bubonik dicatatkan. Ia bermula di Mesir, dan sampai ke Constantinople pada musim bunga berikutnya, membunuh (menurut penghikayat Byzantine Procopius) 10,000 sehari pada kemuncaknya, dan kemungkinan 40% daripada penduduk bandarnya. Wabak itu berterusan untuk menghapuskan separuh dari penduduk manusia yang dijangkitinya sepanjang dunia yang diketahui.[12][13] It caused Europe's population to drop by around 50% between 550 and 700.[14]
  • Maut Hitam, bermula pada 1300-an. Jumlah kematian di seluruh dunia dianggarkan sebanyak 75 juta orang.[15] Lapan ratus tahun selepas wabak terakhir, wabak itu kembali ke Eropah. Bermula di Asia, penyakit ini sampai ke Mediterranean dan Eropah barat pada tahun 1348 (mungkin dari peniaga Itali melarikan diri di Crimea), dan membunuh kira-kira 20 hingga 30 juta orang Eropah dalam enam tahun;[16] sepertiga dari jumlah penduduk[17] dan sehingga separuh di kawasan bandar yang paling teruk.[18] Ia adalah wabak kitaran Eropah yang berterusan sehingga abad ke-18.[19] Dalam tempoh ini, lebih daripada 100 epidemik melanda Eropah.[20] Sebagai contoh, di England, epidemik akan berterusan dalam kitaran dua hingga 13 tahun dari 1361 hingga 1480.[21] Wabak Besar London pada tahun 1665-66 adalah wabak besar terakhir wabak di England. Penyakit itu membunuh kira-kira 100,000 orang, 20% penduduk London.[22]
  • Pandemik Ketiga, bermula di China pada pertengahan abad ke-19, wabak ini kemudian tersebar kepada semua benua yang dihuni manusia dan membunuh lebih 10 juta orang di India sahaja.[23] Semasa pandemik ini, Amerika Syarikat menyaksikan wabak pertama dalam tahun 1900 di San Francisco.[24] Hari ini, kes terpencil dari wabak masih terdapat di barat Amerika Syarikat.[25]

Pertemuan para penjelajah Eropah dengan penduduk dunia lain lazim menyebarkan wabak tempatan dengan kadar jangkitan yang luar biasa. Wabak penyakit menyebabkan kepupusan seluruh etnik Guanches di Kepulauan Canaria pada abad ke-16. Separuh penduduk peribumi Hispaniola terbunuh oleh cacar pada 1518. Penyakit cacar juga melanda Mexico pada 1520-an lalu menyebabkan kematian kira-kira 150 ribu orang di Tenochtitlán termasuk maharajanya, dan di Peru pada 1530-an, memberi kelebihan kepada para penjelajah Eropah.[26] Campak membunuh dua juta orang penduduk asli Mexico pada 1600-an. Pada 1618–1619, sebuah wabak cacar mengorbankan 90% penduduk asli Amerika Teluk Massachusetts.[27] Pada 1770-an, penyakit cacar membunuh sekurang-kurangnya 30% penduduk asli Amerika di Barat Daya Pasifik.[28] Wabak-wabak cacar pada 1780–1782 and 1837–1838 melumpuhkan dan mengurangkan penduduk Indian Plains dengan ketara.[29] Ada pendapat bahawa kematian 95% penduduk asli Amerika di Dunia Baru berlaku akibat penyakit dari Dunia Lama seperti cacar, campak dan influenza.[30] Selama itu, golongan Eropah memperoleh tahap keimunan yang tinggi terhadap penyakit-penyakit tersebut, tetapi penduduk peribumi tidak memiliki keistimewaan itu.[31]

Penyakit cacar menjejaskan penduduk peribumi Australia dengan membunuh lebih kurang 50% penduduk peribumi pada peringkat awal penjajahan British.[32] Selain itu, banyak penduduk Māori di New Zealand juga terbunuh akibat cacar.[33] Pada selewat-lewatnya 1848–49, sebanyak 40 ribu orang dalam kalangan 150 ribu orang penduduk Hawaii terbunuh akibat campak, batuk kokol, dan influenza. Penyakit-penyakit bawaan, terutamanya cacar membawa kepada kepupusan penduduk peribumi Pulau Easter.[34] Pada 1875, lebih daripada 40 ribu orang Fiji, yakni kira-kira sepertiga jumlah penduduk terkorban disebabkan oleh campak.[35] Campak juga membawa kepada kepupusan penduduk Andaman.[36] Jumlah penduduk Ainu berkurang secara mendadak pada abad ke-19, lazimnya akibat penyakit berjangkit bawaan penetap Jepun di Hokkaido.[37]

Para pengkaji membuat kesimpulan bahawa siflis dibawa dari Dunia Baru ke Eropah selepas penjelajahan Columbus. Penemuan ini membawa anggapan bahawa golongan Eropah membawa bakteria tropika itu pulang ke Eropah, dan organisma-organisma terlibat mengalami mutasi menjadi organisma yang lebih berbahaya dalam persekitaran Eropah yang berbeza.[38] Pada masa itu, penyakit itu lebih membawa maut daripada zaman sekarang. Siflis ialah pembunuh utama di Eropah ketika Zaman Pembaharuan (Renaissance).[39] Masalah penyakit membunuh lebih banyak tentera British di India daripada peperangan. Antara 1736 dengan 1834, hanya kira-kira 10% pekerja Syarikat Hindia Timur Inggeris dapat berlayar pulang dengan selamat.[40]

Seawal 1803, pihak diraja Sepanyol menguruskan Penjelajahan Balmis dengan tujuan menghantar vaksin cacar ke tanah jajahan Sepanyol lalu menganjurkan pemvaksian besar-besaran.[41] Pada 1832, kerajaan persekutuan Amerika Syarikat mengasaskan program vaksin cacar kepada golongan peribumi Amerika.[42] Sejak awal abad ke-20, penyingkiran dan kawalan penyakit di negara-negara tropika menjadi tumpuan sebuah kuasa penjajah.[43] Wabak penyakit tidur di Afrika dapat dikekang melalui penskrinan jutaan orang penduduk berisiko.[44] Pada abad ke-20, pengurangan kadar kematian di pelbagai negara oleh pembangunan perubatan membawa kepada peningkatan jumlah penduduk dunia terbesar dalam sejarah manusia.[45]

Taun[sunting | sunting sumber]

  • Pandemik taun pada 1817-1824. Pada asalnya, wabak ini bermula di Benggala dan tersebar di seluruh India pada 1820. 10,000 orang tentera British dan banyak orang India maut dalam pandemik ini.[46] Pandemik ini tersebar ke China dan Indonesia; pulau Jawa mencatatkan lebih 100 ribu kematian serta Laut Kaspia sebelum reda. Angka kematian di India daripada 1817 hingga 1860 dianggarkan melebihi 15 juta orang. 23 juta orang lagi maut dari 1865 hingga 1917. Lebih dua juta orang di Empayar Rusia maut dalam tempoh masa ini.[47]
  • Pandemik taun pada 1829–1851: Pandemik ini tersebar di Rusia, Hungary dan Jerman pada 1831. Pandemik ini mencapai London pada 1832 dengan 55,000 kematian di United Kingdom.[48] Selain itu, Perancis, Ontario dan New York mendapat pandemik ini pada tahun yang sama,[49] dan tersebar ke pesisir Pasifik Amerika Utara pada 1837. Sebuah wabak berlaku selama dua tahun di England dan Wales pada 1848, menyebabkan kematian kira-kira 52,000 orang.[50] Kira-kira 150,000 orang Amerika maut akibat taun dari 1832 hingga 1849.[51]
  • Pandemik taun pada 1846–1860 secara utamanya menjejaskan Rusia dengan lebih sejuta kematian. Pada 1852, wabak taun merebak ke Indonesia, kemudiannya ke China dan Jepun pada 1854. Filipina mengalami wabak ini pada 1858 serta Korea pada 1859. Sebuah wabak di Benggala pada 1859 menyebabkan taun tersebar ke Iran, Iraq, Arabia dan Rusia.[52]
  • Pandemik tahun 1863–1875 secara lazimnya tersebar di Eropah dan Afrika. Kira-kira 30,000 daripada 90,000 orang jemaah haji menjadi mangsa bagi pandemik ini. Taun mengorbankan 90,000 orang di Rusia pada 1866.[53]
  • Pandemik taun pada 1881-1896: 250,000 orang maut di Eropah dalam tempoh 1883-1887 serta 50,000 di kawasan Amerika. Taun mengorbankan 267,890 orang di Rusia (1892);[54] 120,000 orang di Sepanyol[55]; 90,000 orang di Jepun dan 60,000 orang di Persia.
  • Pandemik taun pada 1899-1923 tidak banyak memberi kesan di Eropah disebabkan oleh kemajuan dalam kesihatan awam, tetapi Rusia menerima kesan buruk dengan kematian lebih daripada 500,000 orang ketika suku pertama abad ke-20.[56] Pandemik ini membunuh lebih daripada 800,000 orang di India. Sebuah wabak taun di Filipina pada 1902 hingga 1904 menyebabkan kematian lebih daripada 200,000 orang.[57]
  • Pandemik taun 1962-75 atau El Tor bermula di Indonesia dan mencapai Bangladesh pada 1963, India pada 1964 dan Kesatuan Soviet pada 1966.

Influenza[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pandemik influenza
Fasa-fasa amaran pandemik influenza Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
  • Tokoh perubatan Yunani, Hippocrates menjelaskan influenza buat pertama kali pada 412 SM.[58]
  • Pandemik influenza pertama dicatat pada 180 dan sejak itu, pandemik influenza berlaku setiap 10 hingga 30 tahun.[59][60][61]
  • Pandemik-pandemik influenza dicatatkan berlaku pada 1729-1730, 1732-1733, 1781-1782, 1830, 1833-1834, dan 1847-1848.[62]
  • Selesema Asiatik pada 1889–1890 dilaporkan buat pertama kali pada Mei 1889 di Bukhara, Uzbekistan. Menjelang Oktober, wabak ini telah tersebar ke Tomsk dan kawasan Caucasus. Kemudian, wabak ini tersebar ke Barat dan melanda Amerika Utara pada Disember 1889, dan Amerika Selatan pada Februari hingga April tahun berikutnya. Penyakit ini turut merebak ke India pada Februari-Mac 1890 dan Australia pada Mac-April 1890. Wabak ini dikatakan berpunca daripada virus jenis H2N8. Virus ini memiliki kadar jangkitan dan kematian yang sangat tinggi. Kira-kira sejuta orang pesakit terkorban dalam pandemik ini.[63]
  • Selesema Sepanyol pada 1918 dan 1819 mula dikenal pasti pada Mac 1918 oleh pihak tentera Amerika yang berlatik di Fort Riley, Kansas. Pada Oktober, wabak ini berkembang menjadi sebuah pandemik antarabangsa di semua benua dunia dan menjangkiti kira-kira sepertiga penduduk dunia (kira-kira 500 juta orang).[64] Wabak ini tamat dalam 18 bulan selepas pengenalpastian terawal. Dalam enam bulan pertama, kira-kira 50 juta orang maut,[64] dan ada anggaran nilai kematian yang mencecah dua kali ganda nilai tersebut.[65] Kira-kira 17 juta orang maut di India, 675 ribu orang di Amerika,[66] dan 200 ribu orang di UK.
  • Selesema Asia berlaku pada 1957 dan 1958 akibat virus H2N2. Wabak ini mula dikenal pasti di China pada lewat Februari 1957. Wabak ini tersebar ke Amerika pada Jun, menyebabkan kira-kira 70 ribu orang terkorban di Amerika. Secara keseluruhan, dua juta orang di seluruh dunia terkorban.[67]
  • Selesema Hong Kong pada 1968 dan 1969 oleh virus H3N2 yang berasal dari Hong Kong sejak awal 1968. Pandemik ini tersebar ke Amerika pada akhir tahun itu lalu mengorbankan lebih kurang 34 ribu orang, dan kira-kira sejuta orang di seluruh dunia.[68]

Influenza A/H1N1 2009[sunting | sunting sumber]

Wabak jenis baru Influenza A virus subjenis H1N1 pada 2009 menimbulkan kebimbangan bahawa pandemik baru sedang berlaku. Pada separuh akhir April, 2009, aras amaran pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ditingkatkan daripada tahap tiga kepada lima sehingga diumumkan pada 11 Jun 2009 bahawa aras pandemik telah ditingkatkan kepada tahap tertinggi, tahap enam.[69] Ini merupakan pandemik pertama pada tahap ini sejak 1968. Dr Margaret Chan, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memberi kenyataan pada 11 Jun 2009 mengesahkan bahawa strain H1N1 merupakan pandemik, dengan hampir 30,000 kes disahkan seluruh dunia.

Tifus[sunting | sunting sumber]

Tifus kadangkala digelar sebagai "demam kem" memandangkan wabak penyakit ini sering muncul ketika peperangan. Kesan pertama berlaku pada 1489 di Sepanyol ketika Perang Salib. Ketika perang tersebut, 20 ribu orang maut akibat tifus berbanding 3,000 orang yang maut dalam peperangan. Pada 1528, pasukan Perancis kehilangan 18,000 orang tentera di Itali, menyebabkan Itali dikuasai oleh Sepanyol. Pada 1542, 30 ribu orang maut akibat tifus ketika peperangan menentang pihak Uthmaniyah di Balkan.

Ketika Perang Tiga Puluh Tahun, kira-kira 8 juta orang Jerman maut akibat wabak bubonik dan demam tifus.[70] Penyakit tifus juga berperanan dalam kemusnahan Grande Armée milik Napoleon di Rusia pada 1812. Felix Markham menyangka bahawa 450,000 orang tentera menyeberangi Sungai Neman pada 25 Jun 1812, padahal kurang daripada 40,000 dapat menyeberangi sungai itu semula.[71] Pada awal 1812, Napoleon menubuhkan seangkatan 500,000 orang tentera untuk menggantikan kekalahan oleh Rusia, tetapi lebih 219 ribu orang tentera maut akibat tifus.[72]

Penyakit ini juga berperanan dalam Kebuluran Besar Ireland. Ketika Perang Dunia Pertama, wabak-wabak tifus membunuh lebih 150 ribu orang di Serbia manakala 25 juta orang dijangkiti dengan tiga juta orang maut di Rusia pada 1918 hingga 1922.[72] Tifus juga membunuh orang yang dipenjara dalam kem tahanan Nazi dan kem tahanan perang Soviet ketika Perang Dunia Kedua; lebih 3.5 juta daripada 5.7 juta orang tahanan perang Soviet di bawah Nazi maut.[73]

Cacar[sunting | sunting sumber]

Cacar adalah penyakit mudah berjangkit yang disebabkan oleh virus Variola. Penyakit ini membunuh sekitar 400,000 orang Eropah setiap tahun semasa tahun terakhir abad ke-18.[74] Semasa abad ke-20, dianggarkan bahawa cacar bertanggung jawab bagi 300–500 juta kematian.[75][76] Sehingga awal 1950-an dianggarkan 50 juta kes cacar berlaku diseluruh dunia setiap tahun.[77] Selepas kempen pengvaksinan yang berjaya sepanjang abad ke-19 dan abad ke-20, WHO mengesahkan penghapusan cacar pada Disember 1979. Sehingga hari ini, cacar merupakan satu-satunya penyakit berjangkit manusia yang dihapuskan sepenuhnya.[78]

Campak[sunting | sunting sumber]

Dalam sejarah, penyakit campak adalah amat ketara di seluruh dunia kerana bersifat amat mudah berjangkit. Menurut Program Pengimunan Kebangsaan, 90% penduduk mengalami campak sebelum berumur 15 tahun. Sebelum vaksin campak diperkenalkan pada 1963, terdapat kira kira tiga ke empat juta kes di Amerika setiap tahun.[79] Sejak 150 tahun lalu, campak dianggarkan telah membunuh kira-kira 200 juta orang di seluruh dunia. Pada tahun 2000, penyakit campak membunuh kira-kira 770 ribu orang di dunia dengan kira-kira 40 juta kes pada tahun itu.[80][81]

Penyakit ini adalah endemik, yakni telah wujud secara berterusan dalam sesebuah masyarakat dan oleh itu, badan kebanyakan orang telah mendapat rintangan daripada penyakit itu. Di kawasan-kawasan dengan pendedahan terhadap campak yang sedikit, pendedahan terhadap penyakit baharu adalah amat berbahaya. Pada 1529, sebuah wabak campak di Cuba telah membunuh kira-kira dua per tiga penduduk peribumi yang sebelumnya menghidap cacar.[82] Penyakit campak pernah melumpuhkan Mexico, Amerika Tengah dan tamadun Inca.[83]

Batuk kering[sunting | sunting sumber]

Satu per tiga daripada penduduk dunia telah dijangkiti oleh Mycobacterium tuberculosis, dan jangkitan baru berlaku pada kadar satu setiap saat.[84] Sekitar satu dari sepuluh jangkitan pendam ini akan akhirnya berkembang kepada penyakit aktif, yang mana, jika dibiarkan tanpa rawatan, akan membunuh lebih dari separuh mangsanya. Setiap tahun, 8 juta orang jatuh sakit akibat penyakit batuk kering (TB), dan dua juta orang mati akibat penyakit tersebut seluruh dunia.[85] Pada abad ke-19, penyakit batuk kering membunuh anggaran suku daripada penduduk dewasa Eropah;[86] dan pada tahun 1918 satu dari enam kematian di Perancis masih disebabkan oleh TB. Menjelang akhir abd ke-19, 70 hingga 90% penduduk bandar di Eropah dan Amerika dijangkiti oleh M. tuberculosis, dan sekitar 40% kelas pekerja di bandar adalah akibat TB.[87] Semasa abad ke-20, penyakit batuk kering membunuh anggaran 100 juta orang.[80] TB masih merupakan salah satu masalah kesihatan utama di negara membangun.[88]

Kusta[sunting | sunting sumber]

Kusta, juga dikenali sebagai Penyakit Hansen, disebabkan oleh basilus, Mycobacterium leprae. Ia adalah penyakit kronik dengan tempoh pengeraman sehingga lima tahun. Sejak 1985, 15 juta orang seluruh dunia telah disembuhkan dari kusta.[89] Pada 2002, 763,917 kes baru dikesan. Ia dianggarkan bahawa antara satu dan dua juta orang cacat seumur hidup akibat kusta.[90]

Dalam sejarah, kusta telah menjangkiti manusia sejak sekurang-kurangnya 600 BC, dan diketahui meluas dalam tamadun China kuno, Mesir Purba dan India.[91] Semasa Tempoh Pertengahan Tinggi (High Middle Ages), Eropah Barat menyaksikan wabak kusta yang tidak pernah dilihat.[92][93] Banyak leprosaria, atau hospital kusta, muncul pada Middle Ages; Matthew Paris menganggarkan bahawa pada awal abad ke-13 terdapat 19,000 buah hospital kusta di Eropah.[94]

Malaria[sunting | sunting sumber]

Malaria luas merebak di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian Amerika, Asia, dan Afrika. Setiap tahun, terdapat sekitar 350–500 kes malaria.[95] Ketahanan dadah merupakan masalah semakin besar dalam rawatan malaria pada abad ke-21, disebabkan ketahanan kini adalah perkara biasa terhadap kesemua kelas dadah malaria, dengan pengecualian artemisinins.[96]

Malaria pada satu masa adalah biasa dikebanyakan Eropah dan Amerika Utara, di mana ia untuk dianggap tidak wujud.[97] Malaria mungkin menyumbang kepada kejatuhan Empayar Rom.[98] Penyakit ini dikenali sebagai "demam Rom".[99] Plasmodium falciparum menjadi ancaman sebenar kepada koloni dan penduduk tempatan apabila ia diperkenalkan ke Amerika sepanjang perdagangan hamba abadi. Malaria memusnahkan koloni pendudukan Jamestown dan menyerang secara berkala Selatan dan Tengah Barat. Menjelang 1830, wabak ini telah sampai ke timur laut Pasifik.[100] Semasa Perang Saudara Amerika, terdapat 1.2 juta kes malaria dikalangan tentera kedua pihak.[101] Selatan U.S. terus dijangkiti dengan jutaan kes malaria sehingga 1930-an.[102]

Demam kuning[sunting | sunting sumber]

Demam kuning telah menjadi sumber beberapa epidemik yang merosakkan.[103] Bandar sejauh ke utara sehingga New York, Philadelphia, dan Boston diserang epidemik ini. Pada 1793, epidemik demam kuning 1793 terbesar dalam sejarah U.S. membunuh sehingga 5,000 orang di Philadelphia—sekitar 10% penduduk negeri.[104] Sekitar separuh penduduk lari dari bandar, termasuk Presiden George Washington. Sekitar 300,000 dipercayai mati akibat demam kuning di Sepanyol semasa abad ke-19.[105] Ketika zaman koloni, Afrika Barat terkenal sebagai "kubur orang kulit putih" disebabkan malaria dan demam kuning.[106]

Punca tidak diketahui[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga beberapa penyakit yang tidak diketahui yang amat serius tetapi kini lenyap, dengan itu etiologi penyakit tersebut tidak dapat ditentukan. Punca Penyakit Berpeluh pada abad ke-16 di England, yang menyerang seseorang dengan serta merta dan amat ditakuti melebihi wabak bubonic, sehingga kini masih tidak diketahui.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Avian influenza frequently asked questions" (dalam bahasa Inggeris). World Health Organization. December 5, 2005. Diarkib daripada yang asal pada 2004-04-02. Dicapai pada 2009-02-13. A pandemic can start when three conditions have been met: a new influenza virus subtype emerges; it infects humans, causing serious illness; and it spreads easily and sustainably among humans.
  2. ^ The virus reached the U.S. by way of Haiti, genetic study shows.. Los Angeles Times. October 30, 2007.
  3. ^ The South African Department of Health Study, 2006
  4. ^ AIDS Toll May Reach 100 Million in Africa. Washington Post. June 4, 2006.
  5. ^ Aids could kill 90 million Africans, says UN
  6. ^ "WHO Statement Regarding Cluster of Pneumonia Cases in Wuhan, China". WHO. 31 December 2019. Dicapai pada 12 March 2020.
  7. ^ "Coronavirus COVID-19 Global Cases by Johns Hopkins CSSE". gisanddata.maps.arcgis.com. Dicapai pada 2020-03-08.
  8. ^ "WHO Director-General's opening remarks at the media briefing on COVID-19 - 11 March 2020". WHO. 11 March 2020. Dicapai pada 12 March 2020.
  9. ^ "Coronavirus confirmed as pandemic". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-11. Dicapai pada 2020-03-11.
  10. ^ "Ancient Athenian Plague Proves to Be Typhoid". Scientific American. January 25, 2006.
  11. ^ Past pandemics that ravaged Europe. BBC News, November 7. 2005
  12. ^ Cambridge Catalogue page "Plague and the End of Antiquity"
  13. ^ Quotes from book "Plague and the End of Antiquity" Lester K. Little, ed., Plague and the End of Antiquity: The Pandemic of 541-750, Cambridge, 2006. ISBN 0-521-84639-0
  14. ^ "Plague, Plague Information, Black Death Facts, News, Photos[[:Templat:–]] National Geographic". Science.nationalgeographic.com. Dicapai pada 2008-11-03. Konflik URL pautan wiki (bantuan)
  15. ^ New MOL Archaeology monograph: Black Death cemetery. Archaeology at the Museum of London.
  16. ^ Death on a Grand Scale. MedHunters.
  17. ^ Stéphane Barry and Norbert Gualde, in L'Histoire n° 310, Jun 2006, pp.45–46, say "between one-third and two-thirds"; Robert Gottfried (1983). "Black Death" in Dictionary of the Middle Ages, volume 2, pp.257–67, says "between 25 and 45 percent".
  18. ^ Plague - LoveToKnow 1911. 1911encyclopedia.org.
  19. ^ "A List of National Epidemics of Plague in England 1348-1665"
  20. ^ Jo Revill. "Black Death blamed on man, not rats | UK news | The Observer". The Observer. Dicapai pada 2008-11-03.
  21. ^ "BBC[[:Templat:–]] History[[:Templat:–]] Black Death". bbc.co.uk. Dicapai pada 2008-11-03. Konflik URL pautan wiki (bantuan)
  22. ^ The Great Plague of London, 1665. The Harvard University Library, Open Collections Program: Contagion.
  23. ^ Plague. World Health Organization.
  24. ^ Bubonic plague hits San Francisco 1900 - 1909. A Science Odyssey. Public Broadcasting Service (PBS).
  25. ^ Human Plague -- United States, 1993-1994, Centers for Disease Control and Prevention
  26. ^ Smallpox: Eradicating the Scourge
  27. ^ Smallpox The Fight to Eradicate a Global Scourge, David A. Koplow
  28. ^ Greg Lange,"Smallpox epidemic ravages Native Americans on the northwest coast of North America in the 1770s", 23 Jan 2003, HistoryLink.org, Online Encyclopedia of Washington State History, accessed 2 Jun 2008
  29. ^ Houston CS, Houston S (2000). "The first smallpox epidemic on the Canadian Plains: In the fur-traders' words". Can J Infect Dis. 11 (2): 112–5. PMC 2094753. PMID 18159275. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  30. ^ The Story Of... Smallpox – and other Deadly Eurasian Germs
  31. ^ Stacy Goodling, "Effects of European Diseases on the Inhabitants of the New World"
  32. ^ Smallpox Through History
  33. ^ New Zealand Historical Perspective
  34. ^ How did Easter Island's ancient statues lead to the destruction of an entire ecosystem?, The Independent
  35. ^ Fiji School of Medicine
  36. ^ Measles hits rare Andaman tribe. BBC News. May 16, 2006.
  37. ^ Meeting the First Inhabitants, TIMEasia.com, 8/21/2000
  38. ^ Genetic Study Bolsters Columbus Link to Syphilis, New York Times, January 15, 2008
  39. ^ Columbus May Have Brought Syphilis to Europe, LiveScience
  40. ^ "Sahib: The British Soldier in India, 1750-1914 by Richard Holmes"
  41. ^ Dr. Francisco de Balmis and his Mission of Mercy, Society of Philippine Heath History
  42. ^ Lewis Cass and the Politics of Disease: The Indian Vaccination Act of 1832
  43. ^ Conquest and Disease or Colonialism and Health?, Gresham College | Lectures and Events
  44. ^ WHO Media centre (2001). "Fact sheet N°259: African trypanosomiasis or sleeping sickness".
  45. ^ The Origins of African Population Growth, by John Iliffe, The Journal of African HistoryVol. 30, No. 1 (1989), pp. 165-169
  46. ^ Cholera- Biological Weapons
  47. ^ The 1832 Cholera Epidemic in New York State
  48. ^ Asiatic Cholera Pandemic of 1826-37
  49. ^ The Cholera Epidemic Years in the United States
  50. ^ Cholera's seven pandemics, cbc.ca, December 2, 2008
  51. ^ The 1832 Cholera Epidemic in New York State - Page 2. By G. William Beardslee
  52. ^ Asiatic Cholera Pandemic of 1846-63 . UCLA School of Public Health.
  53. ^ Eastern European Plagues and Epidemics 1300-1918
  54. ^ Cholera - LoveToKnow 1911
  55. ^ "The cholera in Spain". New York Times. 1890-06-20. Dicapai pada 2008-12-08.
  56. ^ cholera :: Seven pandemics, Britannica Online Encyclopedia
  57. ^ 1900s: The Epidemic Years, Society of Philippine Health History
  58. ^ 50 Years of Influenza Surveillance. World Health Organization.
  59. ^ "Pandemic Flu". Department of Health and Social Security.
  60. ^ Beveridge, W.I.B. (1977) Influenza: The Last Great Plague: An Unfinished Story of Discovery, New York: Prodist. ISBN 0-88202-118-4.
  61. ^ Potter, C.W. (2001). "A History of Influenza". Journal of Applied Microbiology. 91 (4): 572–579. doi:10.1046/j.1365-2672.2001.01492.x. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan); |access-date= memerlukan |url= (bantuan)
  62. ^ "Bird flu timeline: A history of influenza from 412 BC – AD 2006". NaturalNews.
  63. ^ CIDRAP article Pandemic Influenza Last updated 29 May 2008
  64. ^ a b Taubenberger JK, Morens DM (2006). "1918 Influenza: the mother of all pandemics". Emerg Infect Dis. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). 12 (1). Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  65. ^ Spanish flu, ScienceDaily
  66. ^ Pandemics and Pandemic Threats since 1900. U.S. Department of Health & Human Services
  67. ^ Q&A: Swine flu. BBC News. April 27, 2009.
  68. ^ "World health group issues alert Mexican president tries to isolate those with swine flu". Associate Press. April 25, 2009. Dicapai pada 2009-04-26.
  69. ^ "AWHO 'declares swine flu pandemic'". BBC News. June 11, 2009.
  70. ^ War and Pestilence. TIME. April 29, 1940
  71. ^ See a large copy of the chart here: http://www.adept-plm.com/Newsletter/NapoleonsMarch.htm, but discussed at length in Edward Tufte, The Visual Display of Quantitative Information (London: Graphics Press, 1992)
  72. ^ a b Joseph M. Conlon. "The historical impact of epidemic typhus" (PDF). Dicapai pada 2009-04-21.
  73. ^ Soviet Prisoners of War: Forgotten Nazi Victims of World War II By Jonathan Nor, TheHistoryNet
  74. ^ Smallpox and Vaccinia. National Center for Biotechnology Information.
  75. ^ "UC Davis Magazine, Summer 2006: Epidemics on the Horizon". Dicapai pada 2008-01-03.
  76. ^ How Poxviruses Such As Smallpox Evade The Immune System, ScienceDaily, February 1, 2008
  77. ^ "Smallpox". WHO Factsheet. Retrieved on 2007-09-22.
  78. ^ De Cock KM (2001). "(Book Review) The Eradication of Smallpox: Edward Jenner and The First and Only Eradication of a Human Infectious Disease". Nature Medicine. 7: 15–6. doi:10.1038/83283.
  79. ^ Center for Disease Control & National Immunization Program. Measles History, article online 2001. Available from http://www.cdc.gov.nip/diseases/measles/history.htm
  80. ^ a b Torrey EF and Yolken RH. 2005. Their bugs are worse than their bite. Washington Post, April 3, p. B01.
  81. ^ Stein CE, Birmingham M, Kurian M, Duclos P, Strebel P (2003). "The global burden of measles in the year 2000—a model that uses country-specific indicators". J. Infect. Dis. 187 (Suppl 1): S8–14. doi:10.1086/368114. PMID 12721886. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  82. ^ Man and Microbes: Disease and Plagues in History and Modern Times; by Arno Karlen
  83. ^ "Measles and Small Pox as an Allied Army of the Conquistadors of America" by Carlos Ruvalcaba, translated by Theresa M. Betz in "Encounters" (Double Issue No. 5-6, pp. 44-45)
  84. ^ World Health Organization (WHO). Tuberculosis Fact sheet N°104 - Global and regional incidence. March 2006, Retrieved on 6 October 2006.
  85. ^ Centers for Disease Control. Fact Sheet: Tuberculosis in the United States. 17 March 2005, Retrieved on 6 October 2006.
  86. ^ Multidrug-Resistant Tuberculosis. Centers for Disease Control and Prevention.
  87. ^ Tuberculosis in Europe and North America, 1800–1922. The Harvard University Library, Open Collections Program: Contagion.
  88. ^ Immune responses to tuberculosis in developing countries: implications for new vaccines. Nature Reviews Immunology 5, 661-667 (August 2005).
  89. ^ Leprosy 'could pose new threat'. BBC News. April 3, 2007.
  90. ^ Leprosy (Hansen's Disease).Centers for Disease Control and Prevention (CDC).
  91. ^ "Leprosy". WHO. Dicapai pada 2007-08-22.
  92. ^ "Medieval leprosy reconsidered". International Social Science Review, Spring-Summer, 2006, by Timothy S. Miller, Rachel Smith-Savage.
  93. ^ Boldsen JL (2005). "Leprosy and mortality in the Medieval Danish village of Tirup". Am. J. Phys. Anthropol. 126 (2): 159–68. doi:10.1002/ajpa.20085. PMID 15386293. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  94. ^ Wikisource-logo.svg Leprosy. Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. 1913.
  95. ^ Malaria Facts. Centers for Disease Control and Prevention.
  96. ^ White NJ (2004). "Antimalarial drug resistance". J. Clin. Invest. 113 (8): 1084–92. doi:10.1172/JCI21682. PMC 385418. PMID 15085184. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  97. ^ Vector- and Rodent-Borne Diseases in Europe and North America. Norman G. Gratz. World Health Organization, Geneva.
  98. ^ DNA clues to malaria in ancient Rome. BBC News. February 20, 2001.
  99. ^ "Malaria and Rome". Robert Sallares. ABC.net.au. January 29, 2003.
  100. ^ "The Changing World of Pacific Northwest Indians". Center for the Study of the Pacific Northwest, University of Washington.
  101. ^ "A Brief History of Malaria"
  102. ^ Malaria. By Michael Finkel. National Geographic Magazine.
  103. ^ Yellow Fever - LoveToKnow 1911.
  104. ^ Arnebeck, Bob (January 30, 2008). "A Short History of Yellow Fever in the US". Benjamin Rush, Yellow Fever and the Birth of Modern Medicine. Diarkib daripada yang asal pada October 29, 2002. Dicapai pada 04-12-2008. Periksa date values in: |accessdate= (bantuan)
  105. ^ Tiger mosquitoes and the history of yellow fever and dengue in Spain.
  106. ^ Africa's Nations Start to Be TheirBrothers' Keepers. The New York Times, October 15, 1995.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Steward's "The Next Global Threat: Pandemic Influenza".
  • American Lung Association. (2007, April), Multidrug Resistant Tuberculosis Fact Sheet. As retrieved from www.lungusa.org/site/pp.aspx?c=dvLUK9O0E&b=35815 November 29, 2007.
  • Larson E (2007). "Community factors in the development of antibiotic resistance". Annu Rev Public Health. 28: 435–47. doi:10.1146/annurev.publhealth.28.021406.144020. PMID 17094768.
  • Bancroft EA (2007). "Antimicrobial resistance: it's not just for hospitals". JAMA. 298 (15): 1803–4. doi:10.1001/jama.298.15.1803. PMID 17940239. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Pandemik di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus pandemik di Wikikamus