Selulase

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selulase
Enzim selulase Thermomonospora fusca
Pengenal pasti
Nombor EC3.2.1.4
Nombor CAS9012-54-8
Pangkalan data
IntEnzLihat IntEnz
BRENDAEntri BRENDA
ExPASyLihat NiceZyme
KEGGEntri KEGG
MetaCycLaluan metabolik
PRIAMProfil
Struktur PDBRCSB PDB
PDBj
PDBe
PDBsum
Ontologi genAmiGO / EGO

Selulase ialah mana-mana enzim yang lazimnya dihasilkan kulat, bakteria dan protozoa yang memangkinkan selulolisis, penguraian selulosa dan polisakarida berkaitan. Nama ini juga digunakan bagi apa-apa campuran atau kompleks alami enzim yang bertindak bersama-sama untuk mengurai selulosa.

Selulase mengurai selulosa kepada monosakarida ("gula ringkas") seperti beta-glukosa atau polisakarida dan oligosakarida yang lebih pendek. Penguraian selulosa memiliki kepentingan ekonomi kerana menjadi juzuk utama tumbuhan yang dimakan dan digunakan dalam tindak balas kimia. Tindak balas khusus ini ialah hidrolisis ikatan glikosidik 1,4-beta-D-glikosida pada selulosa, hemiselulosa, likenin dan bijirin beta-D-glukan. Oleh kerana ikatan antara molekul selulosa cellulose adalah kuat, penguraian ini lebih sukar berbanding dengan penguraian polisakarida lain seperti kanji.[1]

Kebanyakan mamalia kurang berupaya untuk menghadam serat diet seperti selulosa dengan sendiri. Dalam banyak haiwan herbivor seperti ruminan dan penapai usus belakang, selulase dihasilkan oleh bakteria simbiosis. Selusosa endogen terhasil dalam beberapa jenis haiwan metazoa seperti beberapa jenis anai-anai, siput,[2][3][4] dan cacing tanah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barkalow DG, Whistler RL. "Cellulose". AccessScience, McGraw-Hill.[pautan mati kekal]
  2. ^ Bignell DE, Roisin Y, Lo N (2011). Biology of termites: a modern synthesis. Dordrecht: Springer. ISBN 978-9048139767.
  3. ^ Watanabe H, Noda H, Tokuda G, Lo N (July 1998). "A cellulase gene of termite origin". Nature. 394 (6691): 330–1. Bibcode:1998Natur.394..330W. doi:10.1038/28527. PMID 9690469. S2CID 4384555.
  4. ^ Watanabe H, Tokuda G (August 2001). "Animal cellulases". Cellular and Molecular Life Sciences. 58 (9): 1167–78. doi:10.1007/PL00000931. PMID 11577976. S2CID 570164.