Senarai Tapak Warisan Dunia di Iceland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Iceland" does not exist.

Tapak Warisan Dunia (TWD) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) merujuk kepada tempat-tempat yang mempunyai kepentingan warisan budaya dan semula jadi seperti yang diterangkan di Konvensyen Warisan Dunia UNESCO yang ditubuhkan pada tahun 1972.[1] Iceland menerima konvensyen tersebut pada 19 Disember 1995, melayakkan tapak-tapak semula jadi dan kebudayaan negara tersebut untuk dimasukkan ke dalam senarai konvensyen itu.[2]

Setakat 2020, terdapat tiga tapak yang dimasukkan ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia, di mana tapak pertama ialah Taman Negara Þingvellir pada 2004. Dua lagi tapak ditambah kemudiannya iaitu Surtsey pada tahun 2008 dan Taman Negara Vatnajökull pada tahun 2019.[2] Þingvellir merupakan tapak kebudayaan, manakala dua tapak yang lain merupakan tapak semula jadi.[2]

Selain daripada senarai TWD, Iceland juga mengekalkan enam pemilikan dalam senarai tentatifnya. Tapak sedia ada Þingvellir disenaraikan ke dalam senarai tentatif sebanyak dua kali, sebagai satu cadangan bagi mengembangkan tapak kebudayaannya supaya merangkumi tapak semula jadi, dan sebagai sebahagian daripada pencalonan rentas negeri untuk meliputi kawasan warisan Viking.[2]

Tapak-tapak Warisan Dunia[sunting | sunting sumber]

UNESCO menyenaraikan tapak-tapak warisan kepada sepuluh kriteria, di mana setiap masukan perlulah memenuhi salah satu daripada kriteria itu, Kriteria i hingga vi merupakan kebudayaan, manakala vii hingga x merupakan semula jadi.[3]

Tapak Gambar Lokasi Tahun disenaraikan Data UNESCO Penerangan
Taman Negara Þingvellir Pemandangan Taman Negara Þingvellir Bláskógabyggð 2004 1152; iii, vi (budaya) Þingvellir terletak di kawasan gunung beapi aktif, menampilkan rengkahan tektonik yang ketara. Sekitar tahun 930 hingga 1798, Þingvellir menjadi tempat bagi Althingi, dewan perhimpunan terbuka yang mewakili Iceland, dimana rakyat berhimpun untuk dua minggu setiap tahun bagi menggubal undang-undang dan menyelesaikan pertikaian. Althingi merupakan parlimen yang masih wujud tertua di dunia.[4] Serpihan-serpihan sekitar 50 petak yang dibina daripada rumput dan batu boleh dilihat, walaupun sisa-sisa abad ke-10 telah ditanam di bawah tanah.[5]
Surtsey Pemandangan pulau dari jauh Vestmannaeyjar 2008 1267; ix (semula jadi) Surtsey adalah sebuah pulau gunung berapi yang terbentuk daripada beberapa letusan yang berlaku dari tahun 1963 hingga 1967, sekitar 32 kilometer (20 bt) daripada pesisir selatan Iceland. Sejak 1964, ia telah menjadi tapak penyelidikan pengkolonian populasi pengasas yang tiba dari luar. Hanya sedikit ahli sains yang dibenarkan untuk melawat, di mana ia tetap tidak diganggu sejak pembentukannya. [6]
Taman Negara Vatnajökull – Alam Api dan Ais Dinamik Glasier yang meliputi gunung Tenggara Iceland 2019 1604; viii (semula jadi) Litupan ais Vatnajökull merupakan glasier kedua terbesar di Eropah[7] dan ia meliputi beberapa buah gunung berapi, termasuklah dua daripada gunung-gunung yang paling aktif di pulau. Interaksi di antara gunung berapi dan glasier menimbulkan pelbagai kejadian yang boleh dilihat seperti jökulhlaup, banjir letusan tiba-tiba yang disebabkan oleh pelanggaran pinggir sesebuah glasier semasa letusan subglasier.[8]

Senarai tentatif[sunting | sunting sumber]

Selain daripada tapak-tapak yang disenaraikan dalam Tapak Warisan Dunia (TWD), negara-negara anggota boleh mengekalkan suatu senarai tentatif yang boleh dicalonkan untuk ke senarai TWD. Pencalonan untuk senarai TWD hanya boleh diterima jika tapak tersebut sebelum ini disenaraikan dalam senarai tentatif.[9] Setakat 2019, Iceland mempunyai enam tapak di dalam senarai itu.[2]

  * Tapak rentas negeri
Tapak Gambar Lokasi Tahun disenaraikan Kriteria UNESCO Penerangan
Hutan Simpan Breiðafjörður Pemandangan teluk. Jalan raya dan menara radio di hadapan. Barat Iceland 2011 ii, v, x (bercampur) Breiðafjörður adalah sebuah teluk cetek yang besar di barat Iceland. Mempunyai beberapa pulau, pulau kecil dan skerry; ia merupakan suatu tempat pembiakan yang penting bagi burung-burung, termasuklah angsa brent (Branta benicla) dan burung kedidi dian kecil (Calidris canutus). Kawasan ini telah dihuni secara berterusan sejak penempatan Iceland, dan memelihara masyarakat berdasarkan penggunaan persekitaran tempatan yang mampan.[10]
Mývatn dan Laxá Tasik Mývatn, dikelilingi dengan tumbuhan yang subur Utara Iceland 2011 viii, ix, x (semula jadi) Pesisir tasik Mývatn dan sungai Laxá subur dengan tumbuhan, berbeza dengan landskap gunung berapi di sekitarnya yang tandus. Tasik cetek yang kaya dengan nutrien merupakan rumah kepada pelbagai jenis serangga air yang kemudiannya menjadi makanan kepada beberapa spesies burung air. Lima belas spesies itik membiak di kawasan itu.[11]
Monumen dan tapak Viking / Taman Negara Þingvellir* Þingvellir, retakan tektonik Bláskógarbyggð 2011 iii (budaya) Ini merupakan sebahagian daripada pencalonan bersiri bagi sembilan tapak dari enam negara untuk mewakili contoh warisan zaman Viking yang menakjubkan, di mana Þingvellir dan beberapa tapak lain telah disenaraikan secara sendirian.[12]
Taman Negara Þingvellir Pesisir tasik Þingvellir Bláskógarbyggð 2011 vii, viii, ix, x (budaya) Pencalonan ini menumpukan pada warisan semula jadi bagi tapak budaya yang telah disenaraikan. Kawasan ini dibentuk oleh hanyutan benua, volkanisme dan pengglasieran. Ia juga penting untuk biokepelbagaiannya; ikan char Artik (Salvelinus alpinus) telah berkembang kepada empat bentuk yang berbeza di tasik Þingvallavatn dalam kurang daripada 10 ribu tahun.[13]
Tradisi Rumah Rumput Rumah yang dilitupi tanah Keldur dengan rumput tumbuh di bahagian atasnya 14 tapak 2011 iii, iv (budaya) Tradisi rumah rumput dibawa ke Iceland oleh para peneroka terawal dan telah berkembang daripada rumah panjang. Struktur sesebuah rumah rumput dibina daripada kayu balai dan rumah dilitupi dengan rumput. Bentuk dan fungsi rumah-rumah ini berubah mengikut masa, disesuaikan dengan iklim tempatan dan keperluan rakyat. Empat belas tapak wakil disenaraikan dalam pencalonan ini.[14]
Sistem Gunung Berapi Torfajökull / Hutan Simpan Fjallabak Pemandangan Kaldaklofsfjöll, batu-batu riolit dengan salji dan tumbuhan yang jarang Selatan Iceland 2013 vii, viii (semula jadi) Sistem gunung berapi Torfajökull termasuklah stratovolkano riolit dan kompleks gunung berapi subglasier. Ia adalah tapak yang penting untuk mengkaji pembentukan riolit yang dihasilkan ketika interaksi gunung berapi dan ais. Sistem ini mempamerkan pelbagai ciri permukaan geoterma, termasuklah fumarol, kolam lumpur, solfatara (fumarol yang menghasilkan gas belerang), dan mata air panas. Kawasan ini merupakan rumah kepada bakteria dan arkea termofil.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "La Convention du patrimoine mondial" (dalam bahasa Perancis). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 21 September 2010.
  2. ^ a b c d e "Iceland" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 24 November 2019.
  3. ^ "UNESCO World Heritage Centre – The Criteria for Selection" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2016. Dicapai pada 17 Ogos 2018.
  4. ^ "A short history of Alþingi – the oldest parliament in the world". europa.eu (dalam bahasa Inggeris). The European Union. Dicapai pada 7 April 2017.
  5. ^ "Þingvellir National Park – UNESCO World Heritage Centre" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  6. ^ "Surtsey – UNESCO World Heritage Centre" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  7. ^ "Hver er stærsti jökull í Evrópu?". Vísindavefurinn (dalam bahasa Iceland). 5 Februari 2016. Dicapai pada 21 June 2020.
  8. ^ "Vatnajökull National Park – Dynamic Nature of Fire and Ice – UNESCO World Heritage Centre" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  9. ^ "Tentative Lists" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 7 Oktober 2010.
  10. ^ "Breiðafjörður Nature Reserve– UNESCO World Heritage Centre" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  11. ^ "Mývatn and Laxá– UNESCO World Heritage Centre" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  12. ^ "Viking Monuments and Sites / Þingvellir National Park – UNESCO World Heritage Centre" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  13. ^ "Þingvellir National Park – UNESCO World Heritage Centre" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  14. ^ "The Turf House Tradition – UNESCO World Heritage Centre" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  15. ^ "Torfajökull Volcanic System / Fjallabak Nature Reserve – UNESCO World Heritage Centre" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Warisan Dunia UNESCO. Dicapai pada 2 Januari 2020.