Senarai watak anime Pokémon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pokémon, dikenali di Jepun sebagai Pocket Monsters (ポケットモンスター, Poketto Monsutā), ialah sebuah siri anime televisyen Jepun berdasarkan siri permainan video Pokémon yang diterbitkan oleh Nintendo. Ia mula disiarkan di TV Tokyo pada 1 April 1997, dengan kerjasama MediaNet (dahulunya Softx) dan Shopro, bermaksud Shogakukan-Shueisha Productions Co., Ltd. (dahulunya Shogakukan Productions Co., Ltd.). Protagonis utama rancangan ini ialah Ash Ketchum, yang berusia sepuluh tahun yang bercita-cita tinggi untuk jadi "Pokémon master", yang mengambil bahagian dalam perlawanan yang melibatkan pertempuran dengan makhluk dipanggil Pokémon dalam wilayah fiksyen Kanto, Kepulauan Oren, Johto, Hoenn, Sinnoh, Unova, Kalos, Alola, dan baru-baru ini Galar. Ash selalunya disertai oleh rakan tikus elektrik-nya Pikachu, dan rakan manusia-nya yang selalu bertukar. Kebanyakan rakan-rakannya adalah jurulatih Pokémon, seperti Misty, Brock, Tracey Sketchit, May, Dawn, Iris, Cilan, Serena, Clemont, Lillie, Kiawe, Mallow, Lana, Sophocles dan Go walaupun sebahagian rakan Ash seperti adik May iaitu Max dan adik Clemont iaitu Bonnie, terlalu muda untuk membesarkan dan melatih Pokémon dengan sendiri.

Antagonis berulang sepanjang rancangan ini adalah pencuri komedi dari Pasukan Roket, terdiri daripada Jessie dan James dan Pokémon mereka, Meowth yang boleh bercakap dan kemudian seekor Wobbuffet. Ash juga berlawan dengan pesaingnya dalam pengembaraannya, termasuk Gary Oak, Ritchie, Harrison, Morrison, Tyson, Paul, Nando, Conway, Barry, Tobias, Trip, Bianca, Stephan, Cameron, Virgil, Tierno, Trevor, Sawyer, Alain, Gladion dan Hau.

Watak[sunting | sunting sumber]

Siri
Original Series Advanced Generation Diamond and Pearl Black & White XY Sun & Moon Pokémon (2019)
Indigo League Adventures on the Orange Islands The Johto Journeys Johto League Champions Master Quest Advanced Advanced Challenge Advanced Battle Battle Frontier Diamond and Pearl Battle Dimension Galactic Battles Sinnoh League Victors Black & White Rival Destinies Adventures in Unova and Beyond XY Kalos Quest XY & Z Sun & Moon Ultra Adventures Ultra Legends Journeys
Wilayah
Watak Kanto Kepulauan Oren Johto Hoenn Kanto Sinnoh Unova Kalos Alola Kanto,Johto,Hoenn,Sinnoh,
Unova,Kalos,Alola,Galar
Ash Ketchum Utama
Pikachu Utama
Misty Utama Berulang Tetamu Tetamu Berulang Berulang
Brock Utama Berulang Utama Tetamu Berulang Berulang
Jessie Utama
James Utama
Meowth Utama
Wobbuffet Utama Tetamu Utama
Tracey Sketchit Utama Tetamu Tetamu Tetamu Tetamu
May Utama Berulang Tetamu
Max Utama Tetamu Tetamu
Dawn Utama Berulang Tetamu
Iris Utama
Cilan Utama Tetamu
Serena Utama
Clemont Utama
Bonnie Utama
Lillie Utama
Kiawe Utama
Mallow Utama
Lana Utama
Sophocles Utama
Go Utama

Protagonis[sunting | sunting sumber]

Suara Bahasa Jepun: Rika Matsumoto; Hana Takeda (umur 6; siri baru, SS001)
Suara Bahasa Melayu: :
Ash Ketchum adalah protagonis utama Pokémon anime. Seorang jurulatih Pokémon yang berumur 10 tahun, impiannya adalah untuk menjadi Pokémon Master yang paling hebat di dunia. Didalam siri ini, Ash bersaing dalam Liga Pokémon di Kanto, Kepulauan Oren, Johto, Hoenn, Sinnoh, Unova, Kalos, dan Alola, dan juga bersaing dalam Battle Frontier di Kanto. Kini Ash bekerja di Institusi Sakuragi sebagai penolong penyelidik bersama rakan barunya Go dan menerima seutas Dynamax Band dari Juara Wilayah Galar Leon untuk Gigantamax Pikachu dia.
Suara Bahasa Jepun: Mayumi Iizuka (Japanese),
Suara Bahasa Melayu:
Rakan pengembara Ash yang pertama, Misty adalah seorang jurulatih Pokémon yang berumur 12 tahun yang mengembara dengannya sepanjang lima musim yang pertama. Dia adalah salah satu daripada empat ketua Gim Bandar Cerulean bersama dengan tiga orang kakaknya.