Sepana
Penampilan
Sepana atau perengkuh adalah alat digunakan mencengkam dan menerapkan tork untuk memusingkan objek - biasanya pengikat berputar, seperti nat dan baut - atau mencegahnya berpusing.
Kata sepana meminjam dari bahasa Inggeris: spanner menyerap bahasa Jerman yang mula digunakan pada tahun 1630-an merujuk kepada alat mengetat pegas dalam kancing roda senjata api; ia turunan spannen "menghubung" dari Proto-Jermanik *spannan dari PIE root *(s)pen- ("menarik, meregangkan, memusing").[1] Alat ini telah diperhatikan oleh sejarawan sejak abad ke-15 untuk tujuan memasangkan kelengkapan tertentu seperti pembetung dan baju besi.[2]
Jenis
[sunting | sunting sumber]Gambar | Nama | Keterangan |
---|---|---|
sepana terbuka | berhujung U yang mampu memuatkan bolt atau nat tertentu; hujung ini bersudut 15 darjah lari dari paksi alat membolehkan penarikan dari ruang masuk yang terbatas[3] | |
sepana kotak | berhujung cincin dengan bukaan segi empat ("kotak") atau heksagon memudahkan pengetatan nat[4] | |
sepana soket | sama seperti sepana kotak atau cincin tetapi dipasangkan dengan batang engkol (ratchet ) yang berasingan untuk memudahkan pengetatan atau pelonggaran[3] | |
sepana cangkuk | berhujung cangkuk bercuping memudahkan pemuatan kepada nat gelang yang berlekuk[5] | |
sepana boleh laras atau sepana hidup | kepala boleh disuaikan menggunakan pengetat laras di bawah mata alat. Spanar jenis ini kurang disyorkan untuk melonggarkan nat kerana mudah menyebabkan bucu nat menjadi haus[3] | |
sepana/perengkuh paip | badan keras dan agak berat serta bergerigi di hujung kepala memudahkan pencengkaman pada paip dan pasangan keluli. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "spanner (n.)". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 17 November 2019.
- ^ Henry C. Mercer, Ancient Carpenters' Tools: Illustrated and Explained, Together with the Implements of the Lumberman, Joiner and Cabinet-Maker, 1928, reprint Courier Corporation - 2013, pages 271-272
- ^ a b c Brader Shawn (24 Februari 2020). "#TahukahAnda: Inilah Spanar Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Baiki Motosikal". PanduLaju. Dicapai pada 31 Ogos 2021.
- ^ "spana kotak". Kamus teknikal dan kejuruteraan dengan istilah kejuruteraan. Golden Books Centre Sdn. Bhd. 1992. m/s. 91.
- ^ "spana cangkuk". Kamus teknikal dan kejuruteraan dengan istilah kejuruteraan. Golden Books Centre Sdn. Bhd. 1992. m/s. 91.