Serangan Stockholm 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seramgan Stockholm 2017
Tempat di mana trak melanggar pejalan kaki
Map
LokasiNorrmalm, Stockholm, Sweden
Koordinat59°19′57.8″N 018°03′44.2″E / 59.332722°N 18.062278°E / 59.332722; 18.062278Koordinat: 59°19′57.8″N 018°03′44.2″E / 59.332722°N 18.062278°E / 59.332722; 18.062278
Tarikh7 April 2017
s. 14:53 Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2)
SasaranOrang awam
Jenis serangan
Serangan rempuhan kenderaan
SenjataTrak penghantaran yang dicuri
Kematian4 dan 1 anjing[1]
Tercedera15+ (9 cedera parah)[1]
Pelaku2 suspek
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Serangan Stockholm 2017 adalah serangan pengganas, yang berlaku pada 7 April 2017 di 14:53 Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2). Seorang lelaki memandu sebuah trak penghantaran bir yang dirampas merempuh orang ramai di sepanjang jalan pejalan kaki Drottninggatan dan merempuh bahagian depan sebuah kedai jabatan Åhléns di pusat bandar Stockholm, ibu negara Sweden. Serangan itu membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan beberapa yang lain.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Sistem kereta bawah tanah Stockholm telah dikunci sebagai tindak balas, dan Stockholm Central Station juga telah dipindahkan.[2][3] Semua kereta api ke dan dari stesen pusat Stockholm dibatalkan, kemudian disambung semula pada petang yang sama.[4] Perdana Menteri Sweden, Stefan Löfven menyatakan bahawa kawalan di sempadan Sweden juga telah diperketatkan. Sementara itu, polis di Norway menyatakan bahawa pegawai-pegawai di bandar-bandar terbesar di negara ini dan di Lapangan Terbang Oslo akan bersenjata.[5] Pemantauan polis juga ditingkatkan di ibu negara Finland, Helsinki.[6] Rondaan polis juga meningkat di ibu negara Finland, Helsinki.[7]

Spendrups, syarikat yang memiliki trak penghantaran itu, melaporkan kenderaan itu telah dicuri hanya beberapa minit sebelum serangan itu manakala pemandunya telah membuat penghantaran ke restoran di Adolf Fredriks Kyrkogata. Pemandu trak asal melaporkan kepada polis bahawa dia telah cuba untuk menghentikan pencuri, dan telah cedera semasa menghentikannya.[8][9]

Kemalangan jiwa[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]

4 orang, termasuk satu anjing,[10] meninggal dunia ketika serangan itu berlaku. Keadaan penyerang masih tidak diketahui.[perlu rujukan]

Kecederaan[sunting | sunting sumber]

15+ orang telah tercedera, dengan 9 lagi mengalami cedera parah.[1]

Ketua doktor perubatan di Hospital Universiti Karolinska, Nelson Follin berkata kepada surat khabar Sweden Dagens Nyheter bahawa hospital itu sedang merawat "segelintir" orang. Dan "kecederaan itu sangat serius". [11]

Siasatan polis[sunting | sunting sumber]

Drottninggatan selepas serangan

Polis Sweden menenyebarkan gambar-gambar seorang lelaki dengan pakaian kot[12] dikehendaki untuk disoal siasat berkaitan kepada serangan. Pada petang Jumaat, seorang lelaki di Märsta, utara Stockholm, telah ditangkap.[13] Seorang warganegara Uzbekistan berusia 39 tahun itu dilaporkan telah ditangkap sebagai suspek. Menurut akhbar Sweden Aftonbladet, lelaki itu ditahan dengan cedera ringan yang dialaminya dan telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan juga menyatakan bahawa beliau telah menunjukkan simpati terhadap Negara Islam Iraq dan Syam dalam talian. Seorang pegawai polis Stockholm menyatakan bahawa dia kelihatan seperti suspek di gambar yang disiarkan oleh pihak polis Sweden.[14][15][16] Seorang lagi lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan suspek pertama kemudiannya dilaporkan telah ditangkap.[15][16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Four confirmed dead, one arrested over suspected terror attack – Radio Sweden". Sveriges Radio. Dicapai pada 7 April 2017. Four people are confirmed dead, according to preliminary information from the police. One person had died in hospital, the Stockholm County Council Medical Director Johan Bratt confirmed to Swedish Radio on Friday evening. Bratt also confirmed 15 people are injured, nine of whom are seriously injured. Two of the injured are children. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Four confirmed dead, one arrested over suspected terror attack - Radio Sweden". Sveriges Radio. 7 April 2017. Dicapai pada 7 April 2017. At a press conference in Stockholm at 9.15pm on Friday, the police stated the incident is being treated as a terror attack. [...] Prime Minister Stefan Löfven said: "Everything indicates this is a terror attack." Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Masters, James; Sanchez, Ray (7 April 2017). "Stockholm truck attack kills 4; arrest made". CNN. Dicapai pada 7 April 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Four confirmed dead, one arrested over suspected terror attack – Radio Sweden". Sveriges Radio. 7 April 2017. Dicapai pada 7 April 2017. National train services to and from Stockholm's Central Station were cancelled for several hours, but were resumed again late on Friday evening, with major delays. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Anderson, Christina; Selsoe Sorensen, Martin (7 April 2017). "Stockholm Truck Attack Kills 4; Terrorism Is Suspected". The New York Times. Dicapai pada 7 April 2017.
  6. ^ Fouche, Gwaldys; Forsell, Tuomas (7 April 2017). "Norway police to carry weapons at Oslo airport and main cities after Stockholm attack". Reuters. Dicapai pada 7 April 2017.
  7. ^ Anderson, Christina; Selsoe Sorensen, Martin (7 April 2017). "Stockholm Truck Attack Kills 4; Terrorism Is Suspected". The New York Times. Dicapai pada 7 April 2017.
  8. ^ Anderson, Christina; Selsoe Sorensen, Martin (7 April 2017). "Stockholm Truck Attack Kills 4; Terrorism Is Suspected". The New York Times. Dicapai pada 7 April 2017. The brewery’s driver told the police that a masked man had stolen the vehicle, and that he had been injured trying to stop him, the authorities said. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ Keyton, David; Olsen, Jan M. (7 April 2017). "4 killed in Stockholm truck attack described as terrorism". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 April 2017. The Swedish brewery Spendrups said one of its trucks had been hijacked a few blocks from the scene earlier in the day. "It is one of our delivery trucks. In connection with a delivery to a restaurant called Caliente, someone jumped into the truck and drove it away while the driver was unloading his delivery," Spendrups spokesman Marten Luth told the Swedish news agency TT. The beer company's truck driver was not injured, he said. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ Howes, Scarlet (2017-04-07). "Heartbreaking picture shows dog killed in Stockholm truck 'terror attack'". mirror. Dicapai pada 2017-04-07.
  11. ^ Anderson, Christina; Sorensen, Martin (7 April 2017). "Stockholm Truck Attack Kills 4; Terrorism Is Suspected". The New York Times. Dicapai pada 8 April 2017.
  12. ^ Metro.co.uk, Ashitha Nagesh for (2017-04-07). "PICTURED: Man suspected of Stockholm terror attack that killed five". Metro. Dicapai pada 2017-04-07.
  13. ^ "Four confirmed dead, one arrested over suspected terror attack – Radio Sweden". Sveriges Radio. 7 April 2017. Dicapai pada 7 April 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ Carlsson Tenitskaja, Alexandra; Tagesson, Eric; Micic, Mira; Aschberg, Richard (7 April 2017). "Den gripna har visat sympatier med IS" [The arrested person has shown sympathy with ISIS]. Aftonbladet (dalam bahasa Sweden). Dicapai pada 7 April 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  15. ^ a b Batchelor, Tom; Cockburn, Harry; Dearden, Lizzie; Ketish, Ben (7 April 2017). "Stockholm attack: Suspect is '39-year-old from Uzbekistan who supported Isis online'". The Independent. Dicapai pada 7 April 2017.
  16. ^ a b Foster, Peter; Boyle, Danny; Rothwell, James (8 April 2017). "Sweden truck attack suspect 'is 39-year-old from Uzbekistan who posted jihadist propaganda'". The Telegraph. Dicapai pada 8 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]