Sesendal (pakaian)
Sesendal berlaku apabila seluar dalam atau pakaian yang lain terasak ke dalam belahan punggung seseorang. Sedangkan ia boleh berlaku secara semula jadi, istilah ini biasanya dikaitkan dengan usikan budak sekolah atau dengan sejenis pembulian. Sesendal terbentuk apabila seluar dalam seseorang mangsa ditarik ke atas dengan kekerasan oleh pembuli.
Sesendal biasanya ditonjolkan dalam karya popular, baik dalam bentuk komedi kasar mahupun sebagai tingkah laku yang membayangkan pembulian. Dalam karya sebegitu, seluar brief (juga dikenali sebagai "peputih ketat") biasanya merupakan jenis seluar dalam yang dilakukan.[1][2]
Kelainan
[sunting | sunting sumber]Sebagai usikan atau sejenis pembulian, terdapat sebilangan kelainan sesendal. Sesendal amat berkesan sebagai usikan pembulian kerana ia sangat sakit lagi menghina. Apabila sesendal tradisional dilakukan, seluar dalam mangsa (baik lelaki mahupun wanita) ditarik dengan sekuat-kuatnya ke atas demi mengakibatkan tekanan koyak pada dubur mangsanya yang amat sangat sakit. Aspek penghinaan berdasarkan kesan orang awam melihat seluar dalam mangsa dipaksakan ke dalam bahagian tubuh yang peka.
Tidaklah mungkin untuk menyenaraikan setiap kelainan sesendal kerana nama dan prosesnya sangat subjektif. Bagaimanapun, sesetengah kelainan yang lebih terkenal termasuk:
- Sesendal Melvin: Kelainan yang seluar dalam mangsa ditarik ke atas dari depan untuk mencederakan alat kelaminnya.[3]
- Sesendal atom: Melibatkan pita pinggang mangsa ditarik melewati kepalanya.[3][4]
- Sesendal gantung: Kelainan yang mangsanya digantung dari seluar dalamnya sehingga kakinya tidak dapat menjejakkan lantai.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ wedgie. The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition. Houghton Mifflin Company, 2004. Accessed 30 November 2007 via Dictionary.com.
- ^ No More Bullies, School Counselor Resources.
- ^ a b Curran, David (2007-01-04). "Gwyneth And 'The Atomic Wedgie'". www.sfgate.com. San Francisco Chronicle. Dicapai pada 2009-07-07.
- ^ Krysis, B. M. (2004). The Angry Plumber and Other Woefully True Bathroom Calamities. Trafford Publishing. m/s. 72. ISBN 9781412023597. Dicapai pada 2009-07-06.
- ^ Stuever, Hank (2002-09-02). "At School, a Most Uncomfortable Subject". The Washington Post. Dicapai pada 2009-07-07.