Tingkah laku manusia
Tingkah laku manusia ialah sekumpulan tingkah laku yang ditonjolkan oleh manusia dan dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, hipnosis, pujukan, paksaan, dan/atau genetik. Ia merupakan salah satu faktor yang penting dalam masyarakat manusia. Menurut sudut pandangan humanisme, setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku manusia dikaji dalam disiplin akademik seperti psikologi, kerja sosial, sosiologi, ekonomi, dan antropologi.
Tingkah laku manusia (dan organisma yang lain, malahan mekanisme) jatuh pada satu julat, dengan sesetengah tingkah laku lebih biasa berlaku berbanding dengan yang lain dan sesetengahnya luar biasa, serta juga sesetengah yang dapat diterima dan yang lain di luar had boleh terima. Dalam bidang sosiologi, tingkah laku dianggap sebagai tidak bermakna kerana ia tidak ditujukan kepada orang lain dan justera, merupakan tindakan manusia yang paling asas. Tingkah laku harus tidak dikelirukan dengan tingkah laku sosial yang merupakan tindakan yang lebih maju kerana ia merupakan tingkah laku yang ditujukan khusus kepada orang lain. Kebolehterimaan tingkah laku dinilai berdasarkan norma sosial dan dikawal oleh berbagai-bagai kawalan sosial.
Pada 1970, sebuah buku yang berjudul "The Social Contract: A Personal Inquiry into the Evolutionary Sources of Order and Disorder" ("Kontrak Sosial: Penyelidikan Peribadi tentang Punca Susunan dan Gangguan Evolusi") yang ditulis oleh ahli antropologi Robert Ardrey diterbitkan. Buku dan kajian itu menyelidiki tingkah laku haiwan (etologi) lalu membandingkannya dengan tingkah laku manusia sebagai fenomena yang serupa.
Pola Tingkah Laku Manusia
[sunting | sunting sumber]Nama | Pendirian |
---|---|
Asertif | Utamakan hak sendiri, hormati hak orang lain |
Agresif | Utamakan hak sendiri, ketepikan hak orang lain |
Pasif | Ketepikan hak sendiri, utamakan hak orang lain |
Submisif | Ketepikan hak sendiri dan ketepikan hak orang lain. Tingkahlaku ini melihat semua perkara tentang dirinya dan orang lain sebagai negatif |
Pengaruh tingkah laku manusia
[sunting | sunting sumber]- Genetik (lihat juga psikologi evolusi);
- Sikap – setakat mana seseorang menilai sesuatu tingkah laku sebagai baik atau tidak;
- Norma sosial – pengaruh tekanan sosial yang dirasai oleh seseorang (kepercayaan normatif) untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tingkah laku;
- Kawalan kelakuan tanggapan – kepercayaan seseorang tentang betapa mudah atau susah untuk melakukan sesuatu tingkah laku.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tingkah laku manusia |