Setiausaha syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Setiausaha syarikat (bahasa Inggeris: company secretary, CS) adalah seseorang yang bertindak sebagai pegawai pematuhan (compliance officer) di dalam sesebuah badan atau pertubuhan. Jawatan ini merupakan satu jawatan kanan dan berdikari. Di kebanyakkan negara, termasuk Malaysia, jawatan ini adalah diwajibkan oleh undang-undang. Di Malaysia ianya dikuatkuasa di bawah Akta Syarikat 1965. Akta ini mewajibkan kesemua badan atau pertubuhan yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah akta ini mempunyai sekurang kurangnya seorang setiausaha syarikat. Walaubagaimanapun badan perniagaan kecil yang didaftar di bawah Pendaftaran Perniagaan (ROB) dikecualikan.

CS adalah seorang yang bertauliah dan mempunyai kebenaran yang diluluskan oleh akta untuk bertidak sebagai CS di dalam sesebuah badan perniagaan, koperasi, yayasan, persatuan dan lain lain yang didaftarkan di bawah Akta tersebut. Meskipun namanya, pemegang jawatan ini tidaklah bertindak seperti setiausaha biasa, sebaliknya fungsi lebih sebagai wakil syarikat dalam dokumen undang-undang, dan bertanggungjawab memastikan syarikat dan pengarah syarikat tersebut beroperasi dalam batas undang-undang.