Shafizan Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohd Shafizan Hashim
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Shafizan Hashim
Tarikh lahir (1982-09-02) 2 September 1982 (umur 35)
Tempat lahir Kedah, Malaysia
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini Kedah FA
Nombor 6
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2002- Kedah FA  ? (3)
Pasukan kebangsaan
2008
2008-Sekarang
Malaysia Malaysia XI
Malaysia Malaysia
1 (0)
1 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 10 Oktober 2008

Mohd Shafizan Hashim (lahir pada 2 September 1982) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini beraksi bersama juara Liga Super Malaysia, Kedah FA. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dikenali sebagai Pelam oleh peminat hijau kuning, Shafizan terpilih dalam kesebelasan utama Kedah selepas Roshaidi Wahab mengalami kecederaan pada musim 2006/07. Pada 30 Jun, 2007, Shafizan membantu Kedah menjuarai Piala FA Malaysia selepas menewaskan Perlis FA 4-2 menerusi sepakan penalti. Selepas itu, dia membantu kedah menjuarai Liga Super Malaysia, dan Piala Malaysia.

Pada musim 2008, Shafizan sekali lagi membantu Kedah menjuarai tiga piala iaitu Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia. Pada masa yang sama, Shafizan membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Malaysia ketika menentang India pada 22 Julai, 2008 sebagai kesebelasan utama. Dia kemudian terpilih mewakili kesebelasan Malaysia untuk menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan ini, Malaysia XI tumpas 0-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]