Liga Super Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia Super League
Liga Super Malaysia
ليݢ سوڤر مليسيا
马来西亚超级足球联赛
மலேசியன் சூப்பர் லீகா
Fail:Malaysia Super League logo.png
NegaraMalaysia Malaysia
Konfederasi AFC
Ditubuhkan2004; 20 tahun yang lalu (2004)
Divisyen1
Bilangan pasukan14 Kelab
Disingkirkan keLiga Premier Malaysia
ArasTahap 1
Piala domestik
Piala antarabangsa
Juara semasa Johor Darul Ta'zim (2023)
Kejuaraan terbanyak Johor Darul Ta'zim
(10 Trofi)
Tapak sesawangLaman Rasmi
Musim 2023

Liga Super Malaysia (Jawi: ليݢ سوڤر مليسيا) merupakan pertandingan bola sepak tahap tertinggi di Malaysia. Ia menggantikan Liga-M sebagai bahagian tertinggi suatu masa dahulu. Liga Super Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada Liga-M sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan Liga Super Malaysia agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia iaitu semenjak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada 1921. Terdapat 12 kelab akan berentap di dalam Liga Super Malaysia dan 2 kelab terbawah biasanya akan disingkirkan ke Liga Perdana Malaysia. Pada tahun 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk menswastakan Liga Super Malaysia dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2004, Liga Super Malaysia pernah menggunakan 8 kelab yang mana setiap kelab akan bermain 3 pusingan (21 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah dan pelawat manakala pusingan ketiga akan dihoskan oleh stadium yang mempunyai bilangan penonton yang lebih besar berdasarkan dua pusingan terawal.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2009, Liga Super Malaysia mempunyai 14 kelab yang menyaksikan format tuan rumah dan pelawat sahaja digunakan 2 pusingan (26 perlawanan). Selain itu, setiap pasukan juga tidak dibenarkan memiliki pemain asing.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2012, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk membuka kembali peluang untuk menggunakan 4 pemain import dengan 1 daripadanya adalah kuota pemain dari negara Asia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Trofi 2004—2016

Liga Super Malaysia telah bermula sejak tahun 1982. Liga Super Malaysia pada masa itu digunakan sebagai peringkat kelayakan ke Piala Malaysia. Sejak itu, kejohanan Liga Super Malaysia menjadi salah satu pertandingan terpenting dalam kalendar bola sepak Malaysia. Pada awalnya hanya pasukan negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan pasukan jemputan seperti Singapura dan Brunei menyertai Liga Super Malaysia. Apabila pertandingan secara profesional diperkenalkan pada 1996, terdapat kelab mula menyertai Liga Super Malaysia.

Pada tahun 1989 hingga 1993, Liga Super Malaysia dikenali sebagai Liga Semi-Pro Malaysia . Pada tahun 1994 hingga 2003, nama Liga Semi-Pro ditukar kepada Liga M.

Nama Liga[sunting | sunting sumber]

Senarai nama Liga Malaysia diasaskan pada 1982, nama bagi Liga Malaysia sering diubah mengikut format pertandingan.

Musim Nama
2004 - kini Liga Super Malaysia
1998 - 2003 Liga Perdana 1
1994 - 1997 Liga Perdana
1989 - 1993 Liga Semi-Pro Divisyen 1
1982 - 1988 Liga Malaysia

Jumlah kelab Liga[sunting | sunting sumber]

Jumlah kelab Liga Malaysia juga sering berubah-ubah. Pada 2004, perubahan drastik dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan membenarkan hanya 8 kelab bertanding di Liga Super Malaysia. Manakala 16 kelab bersaing di Liga Premier Malaysia yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Selepas tiga musim Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi mengubah jumlah kelab kepada 13 kelab. Pada musim 2008, FIFA mengkritik format Liga Malaysia yang digunakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima kritikan tersebut dan mereka menambah jumlah kelab kepada 14 kelab. Bermula tahun 2013, jumlah kelab kembali dikurangkan kepada 12 kelab di mana sistem perlawanan play off diperkenalkan. Jadual di bawah adalah jumlah penyertaan kelab ke Liga Malaysia utama di Malaysia sejak tahun 1982.

Musim Jumlah Pasukan
2004 - 2006 8 Kelab
2003, 2007 - 2008 13 Kelab
2002, 2009 - 2012, 2023 14 Kelab
1998, 2000 - 2001, 2013 - 2022 12 Kelab
1995 - 1997 15 Kelab
1990 - 1993, 1999 10 Kelab
1989 9 Kelab
1985 - 1988 17 Kelab
1982 - 1984, 1994, 2024-25 16 Kelab

Penajaan Liga[sunting | sunting sumber]

Musim Penaja Penjenamaan Liga
2023 Astro Astro Liga Super Malaysia
2022 Unifi Unifi Liga Super Malaysia
2021 Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH) PPHH Liga Super Malaysia
2020 CIMB CIMB Liga Super Malaysia
2019
-
Liga Super Malaysia
2018 Unifi Unifi Liga Super Malaysia
2015 - 2017
-
Liga Super Malaysia
2012 - 2014 Astro Astro Liga Super Malaysia
2011
-
Liga Super Malaysia
2005 - 2010 TM TM Liga Super Malaysia
1989 - 2004 Dunhill Dunhill Liga Super Malaysia

Pencapaian Terbaik[sunting | sunting sumber]

Pencapaian terhebat untuk Liga Super diberi kepada pasukan yang memenangi 2 trofi (double) dan 3 trofi (treble) pada musim yang sama. Ianya merangkumi Liga Super Malaysia, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.

Juara 'quadruple' (empat trofi) semusim[sunting | sunting sumber]

Tahun Pasukan Kejohanan
2022-23 Johor Johor Darul Ta'zim Liga Super, Piala Sumbangsih, Piala FA & Piala Malaysia

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Liga_Super_Malaysia#/editor/6

Kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menyapu bersih empat (4) piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut pernah dicatatkan dalam sejarah bola sepak tanah air.

Juara 'triple' (tiga trofi) semusim[sunting | sunting sumber]

Tahun Pasukan Kejohanan
2019 Johor Johor Darul Ta'zim Liga Super, Piala Sumbangsih & Piala Malaysia
2016 Johor Johor Darul Ta'zim Liga Super, Piala Sumbangsih & Piala FA
2014 Pahang Darul Makmur Pahang Piala Sumbangsih, Piala FA & Piala Malaysia
2012 Kelantan Kelantan Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia
2009 Selangor Selangor Liga Super, Piala Sumbangsih & Piala FA
2007-08 Kedah Kedah Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia
2006-07 Kedah Kedah Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia
1997 Selangor Selangor Piala Sumbangsih, Piala FA & Piala Malaysia

Juara 'double' (dua trofi) semusim[sunting | sunting sumber]

Tahun Pasukan Kejohanan
2021 Johor Johor Darul Ta'zim Liga Super, Piala Sumbangsih
2020 Johor Johor Darul Ta'zim Liga Super, Piala Sumbangsih
2018 Johor Johor Darul Ta'zim Liga Super, Piala Sumbangsih
2017 Johor Johor Darul Ta'zim Liga Super & Piala Malaysia
Kedah Kedah Piala Sumbangsih & Piala FA
2015 Johor Johor Darul Ta'zim Liga Super, Piala Sumbangsih
2011 Kelantan Kelantan Liga Super, Piala Sumbangsih
2010 Selangor Selangor Liga Super, Piala Sumbangsih
2005 Selangor Selangor Piala FA & Piala Malaysia
2002 Selangor Selangor Piala Sumbangsih & Piala Malaysia
2001 Terengganu Terengganu Piala Sumbangsih & Piala Malaysia
1996 Selangor Selangor Piala Sumbangsih & Piala Malaysia
1992 Pahang Darul Makmur Pahang Piala Sumbangsih & Piala Malaysia

Senarai Juara[sunting | sunting sumber]

Semenjak diasaskan pada 2004, lapan (8) pasukan telah menjuarai Liga Super Malaysia dengan Pahang menjadi juara yang pertama. Kedah menjadi pasukan pertama yang menjuarai liga untuk dua musim berturut-turut (2007-2008) diikuti oleh pasukan Selangor (2009-2010), Kelantan (2011-2012) dan terbaru pasukan Johor Darul Ta'zim (2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022, 2023) menjadi pasukan pertama yang menjuarai Liga ini 10 musim berturut-turut.

Musim Juara Naib Juara Tempat Ketiga
2023 Johor Johor Darul Ta'zim Selangor Selangor Sabah Sabah
2022 Johor Johor Darul Ta'zim Terengganu Terengganu Sabah Sabah
2021 Johor Johor Darul Ta'zim Kedah Kedah Pulau Pinang Pulau Pinang
2020 Johor Johor Darul Ta'zim Kedah Kedah Terengganu Terengganu
2019 Johor Johor Darul Ta'zim Pahang Darul Makmur Pahang Selangor Selangor
2018 Johor Johor Darul Ta'zim Perak Darul Ridzuan Perak Selangor PKNS
2017 Johor Johor Darul Ta'zim Pahang Darul Makmur Pahang Wilayah Persekutuan Felda United
2016 Johor Johor Darul Ta'zim Felda United Kedah Kedah
2015 Johor Johor Darul Ta'zim Selangor Selangor Pahang Darul Makmur Pahang
2014 Johor Johor Darul Ta'zim Selangor Selangor Pahang Darul Makmur Pahang
2013 Singapura LionsXII Selangor Selangor Johor Johor Darul Ta'zim
2012 Kelantan Kelantan Singapura LionsXII Selangor Selangor
2011 Kelantan Kelantan Terengganu Terengganu Selangor Selangor
2010 Selangor Selangor Kelantan Kelantan Terengganu Terengganu
2009 Selangor Selangor Perlis Perlis Kedah Kedah
2007-08 Kedah Kedah Negeri Sembilan Negeri Sembilan Johor Johor FC
2006-07 Kedah Kedah Perak Darul Ridzuan Perak Brunei DPMM FC
2005-06 Negeri Sembilan Negeri Sembilan Melaka Telekom Melaka FC Perak Darul Ridzuan Perak
2005 Perlis Perlis Pahang Darul Makmur Pahang Perak Darul Ridzuan Perak
2004 Pahang Darul Makmur Pahang Selangor Public Bank FC Perlis Perlis

Pasukan Terbaik[sunting | sunting sumber]

Jadual di bawah adalah senarai bilangan kemenangan kejohanan oleh pemenang sejak tahun 2004.

# Kelab Gelaran
1 Johor Johor Darul Ta'zim 10
2 Selangor Selangor 2
Kelantan Kelantan 2
Kedah Kedah Darul Aman 2
5 Singapura LionsXII 1
Negeri Sembilan Negeri Sembilan 1
Perlis Perlis 1
Pahang Darul Makmur Sri Pahang 1

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Penjaring Terbanyak[sunting | sunting sumber]

Musim Pemain Pasukan Gol
2023 Colombia Ayron del Valle Selangor Selangor 23
2022 Brazil Bergson da Silva Johor Johor Darul Ta'zim 29
2021 Nigeria Ifedayo Olusegun Selangor Selangor 26
2020 Nigeria Ifedayo Olusegun Selangor Selangor 12
2019 Liberia Kpah Sherman Selangor PKNS FC 14
2018 Sepanyol Rufino Segovia Selangor Selangor 19
2017 Lubnan Mohammed Ghaddar Johor Johor Darul Ta'zim
Kelantan Kelantan
23
2016 Argentina Jorge Pereyra Díaz Johor Johor Darul Ta'zim 18
2015 Mali Dramane Traore PDRM 20
2014 Brazil Paulo Rangel Selangor Selangor 16
2013 Marlon Alex James ATM 16
2012 Cameroon Jean-Emmanuel Effa Owona
Liberia Francis Forkey Doe
Negeri Sembilan Negeri Sembilan
Terengganu Terengganu
15
2011 Malaysia Abdul Hadi Yahya Terengganu Terengganu 20
2010 Malaysia Mohd Ashaari Shamsuddin Terengganu Terengganu 18
2009 Malaysia Mohd Nizaruddin Yusof Perlis Perlis 18
2007-08 Marlon Alex James Kedah Kedah 23
2006-07 Guinea Keita Mandjou
Brunei Mohd Shahrazen Said
Perak Darul Ridzuan Perak
Brunei DPMM Brunei
21
2005-06 Guinea Keita Mandjou Perak Darul Ridzuan Perak 17
2005 Brazil Julio Cesar Rodriguez
Zambia Zacharia Simukonda
Sabah Sabah
Perlis Perlis
18
2004 Malaysia Indra Putra Mahayuddin Pahang Darul Makmur Pahang 15
2003 Zambia Phillimon Chepita Perlis Perlis 23
2002 Malaysia Muhamad Khalid Jamlus Perak Darul Ridzuan Perak 17
2001 Malaysia Norizam Ali Hassan Perak Darul Ridzuan Perak 13
2000 Malaysia Azizul Kamaluddin Pahang Darul Makmur Pahang 12
1999 Malaysia Azman Adnan Pulau Pinang Pulau Pinang 13
1998 Rusia Viatcheslav Melnikov Pahang Darul Makmur Pahang 17
1997 Hungary Laszlo Repasi Perak Darul Ridzuan Perak 19
1996 Australia Scott Ollerenshaw Sabah Sabah 18
1995 Australia Scott Ollerenshaw Sabah Sabah 22
1994 Malaysia Mohd Hashim Mustapha Kelantan Kelantan 25
1993 Malaysia Mohd Hashim Mustapha Kelantan Kelantan 13
1992 Malaysia Zainal Abidin Hassan Pahang Darul Makmur Pahang 12
1991 Australia Abbas Saad Johor Johor 11
1990 Australia Alistair Edwards Singapura Singapura 13
1989 Malaysia Zainal Abidin Hassan Selangor Selangor 12

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]