Shafizawati Sharif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shafizawati binti Sharif terkenal dengan penglibatannya dengan Akademi Fantasia sebagai guru seni vokal menggantikan Siti Hajar. Beliau merupakan anak kepada penyanyi 60-an yang terkenal iaitu M. Shariff.

Beliau menerima pendidikan asas dalam bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi. Beliau kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Akademi Seni Kebangsaan dan telah lulus dengan cemerlang Diploma Seni Muzik (Major Vokal dan Susunan) pada tahun 2001. Memiliki Gred 8 Vokal (ABRSM) pada tahun 2000 dari United Kingdom, Gred 8 Piano dan Gred 8 Teori Muzik dari institusi yang sama di sana. Beliau menjurus kepada Latihan Vokal, Piano, Teori Muzik/Susunan Harmoni/Sebutan Lirik (Bahasa German, Itali dan Perancis) dan Latihan Koir. Beliau turut menyumbangkan suara beliau untuk Konsert Sharifah Aini, Teater Rubiah, album Sheila Majid dan persembahan bangsawan. Beliau turut menyumbangkan ilmu muziknya bersama Classicomm Vocal Center dan Kementerian Pendidikan serta jurulatih vokal untuk Nurul, Kumpulan Rabbani dan Amy Mastura.

Kini beliau masih meneruskan usahanya mendidik bintang-bintang Akademi Fantasia 1-4. Kini bertugas sebagai Guru Muzik & Koir di Kolej Tunku Ja'afar dan turut ditugaskan sebagai Penasihat Koir bagi 'Malaysian Youth Orchestra & Choral Group' yang bakal mewakili Malaysia untuk 'Bonyi Muzik Festival di Brisbane'.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]